Pages

Friday, January 29, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-2 (Sesi Pagi)

Tarikh : 25 Januari 2021 - 29 Januari 2021

Nama Guru Bertugas :

1.     Puan Norasmawati binti Omar

2.     Puan Nik Kamisah binti Abdul Aziz

3.     Cik Roslinda binti Mansor

4.     Puan Rafidah binti  Salleh

5.     Puan Safinatunajakh binti Mat Som

6.     Encik Ahmad Zubair bin Muhamad Taib

7.     Puan Komagal a/p Kunaisekaran

8.     Encik Dzarfan bin Kamal Bahrain

9.     Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim

1    Puan Nurul Iman bin Iliyas

      Puan Musaliha binti Mustafa

Minggu ini merupakan minggu ke -2 sesi persekolahan pada tahun 2021. Sesi PdPR diteruskan untuk semua murid tahap 2 iaitu murid tahun 4, 5 dan 6. Guru-guru dinasihatkan agar mempelbagaikan teknik mengajar secara online dan offline di rumah masing-masing. Usaha luar biasa dari guru-guru dijamin berterusan demi menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap anak-anak didik yang disayangi.


Di sini saya akan kongsikan variasi PdPR yang dihasilkan oleh beberapa orang guru demi menghasilkan pengajaran yang berkualiti. Semoga usaha dan kerja keras dari guru memberi manfaat kepada murid-murid yang tersayang.


Kerjasama dari ibu bapa dan penjaga amatlah dihargai semasa PdPR ini kerana guru tidak dapat memantau dengan dekat kerana pandemik Covid-19 yang berleluasa saat ini. Oleh yang demikian, pihak sekolah  mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan yang diberikan oleh ibu bapa sekalian demi keberlangsungan pendidikan anak-anak kita.


Pada 25 hingga 27 Januari 2021 juga sesi penghantaran dan pengambilan buku teks turut dilaksanakan mengikut jadual yang telah diberikan dalam group kelas anak masing-masing


Bahan PdPR Sains tahun 6

Slaid Power Point Sains PdPR Tahun 5

                                                            
Hasil kerja Pendidikan Seni murid tahun 5

Aktiviti murid Prasekolah yang sentiasa dipelbagaikan

Google Meet dari salah seorang guru Tahun 6
 
Pembayaran Sumbangan  PIBG di kaunter 

Pengambilan buku teks tahun 2021

Menerima kunjungan YDP PIBG 

26 Januari 2021 (Selasa)

Menerima kunjungan mesra :  Pemantauan Pengurusan Pembukaan Sekolah oleh Pn. Noranismawati PPD Sepang

Pada 28 Januari 2021 merupakan cuti umum sempena Hari Thaipusam. 

Terima kasih atas kerjasama semua guru bertugas Kumpulan Minggu kedua.  Semoga kita dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.

 

Yang menjalankan tugas,

Norasmawati binti Omar

No comments:

Post a Comment