Pages

Saturday, February 20, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-5 (Sesi Petang)

Tarikh:15 Februari 2021 hingga 19 Februari 2021

Nama Guru Bertugas:

1. Hariz Safwan bin Yaccob

2. Nor Rafini binti Othman

3. Mohd Hadri bin Ag Idris

4. Rozimah binti Yaakob

5. Zalina binti Ismail

6. Rohani binti Mansor

7. Nurazlin binti Mat Nor

8. Suphasara Supranie A/P Airak

Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada hari Isnin 15 Februari 2021, pihak SK Taman Putra Perdana telah menerima 3 orang guru baharu. Semoga kehadiran 3 orang guru baharu ini dapat melonjakkan lagi mutu pendidikan anak murid di sekolah ini. Tiga orang guru baharu tersebut ialah;

Cik Azwane binti Adnan
Jurusan Pendidikan Muzik / Sains
Lepasan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
Akan mengajar di sesi pagi



Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang
Jurusan Pendidikan Jasmani
Lepasan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Akan mengajar di sesi pagi


Cik Nurul Hanani binti Mohamad Kamal
Jurusan Pendidikan Jasmani / Pendidikan Kesihatan
Lepasan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Akan mengajar di sesi petang


Sesi lapor diri guru baharu bersama Puan Guru Besar dan Penolong Kanan Petang


Sesi taklimat ringkas bersama guru baharu


"Standard Operating Procedur" tetap dipatuhi ketika urusan lapor diri guru baharu

Pada 16 Februari 2021, pihak sekolah telah menerima kunjungan Pegawai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah Sepang untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penyediaan kemudahan dan kelas mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dijangka bermula pada April atau Mei 2021. Bilik Pemulihan Khas sedia ada akan dijadikan kelas PPKI. Manakala Bilik Pemulihan Khas akan berpindah lokasi ke Makmal Komputer 3. Dalam masa yang sama, Terminal 6 (dahulu : Bilik LINUS) yang terletak bersebelahan Bilik Bitara akan dijadikan Bilik Aktiviti PPKI. Semoga perubahan ini sedikit sebanyak menambahkan keselesaan belajar kepada anak-anak istimewa untuk sama-sama cemerlang seiring dengan rakan-rakan di arus perdana.


Perjumpaan antara Puan Guru Besar dan barisan pentadbir bersama Pegawai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah Sepang


"Standard Operating Procedur" tetap dipatuhi ketika perbincangan berlangsung


Lawatan di dalam bilik Makmal Komputer 3


Ketika sesi lawatan dilakukan


Lawatan ke Kelas Pemulihan


Perbincangan dan sumbang saran antara pegawai terlibat dengan barisan pentadbir


Lawatan ketika di Bilik Pemulihan


Lawatan di bilik kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)


Beberapa cadangan diutarakan ketika sesi lawatan berlangsung

Pada hari Jumaat 19.2.2021, satu pengumuman yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga pendidik dan murid iaitu sesi persekolahan bersemuka akan bermula pada 1 Mac 2021 secara berperingkat-peringkat. Perkara tersebut diumumkan oleh Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan Malaysia. Berikut merupakan rangkuman keseluruhan pengumuman beliau;










Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah bagi tahun 2021. Semoga sesi persekolahan kali ini berkekalan hingga ke penghujung penggal persekolahan. Berikut pula merupakan perkongsian sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dilaksanakan sepanjang minggu ini oleh guru-guru sesi petang;

Video PdPR Cikgu Hariz untuk murid-muridnya

Terima kasih para ibu bapa yang memberi kerjasama sepanjang PdPR berlangsung

Antara isi pengajaran yang disampaikan 

Ingatan tugasan yang perlu disempurnakan setelah PdPR berlangsung

PdPR Cikgu Nurazlin bagi mata pelajaran Matematik

Medium penyampaian guru dalam PdPR

Aktiviti : Dadu Saya /Jom Kira bagi Program Transisi Tahun 1 oleh Cikgu Suphasara

Bahan pengajaran Cikgu Suphasara bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan kelas 3 Oracle dan 3 Fedora

Aktiviti senamrobik program transisi tahun 1 Merak

Hasil kerja murid bagi mata pelajaran Pendidikan Moral kelas 3 Oracle dan 3 Fedora

Bahan pengajaran Cikgu Suphasara bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris kelas 2 Topaz dan 2 Amber

Disediakan oleh:
Hariz Safwan bin Yaccob

No comments:

Post a Comment