Pages

Sunday, February 28, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-6 (Sesi Petang)

Tarikh : 22 hingga 26 Februari 2021

Nama Guru Bertugas : 
1. Saifullah bin Mat Saupi (K)
2. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman (P)
3. Afandi bin Mat Zain
4. Nora Azean binti Che Othman
5. Norazah binti Mohd Ali
6. Nor Latipah binti Che Yusoff
7. Maizara binti Mahat
8. Siti Aisah binti Hanafi
9. Norazmira binti Kadirun

Minggu ini merupakan minggu ke-6 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Selaras dengan pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan pembukaan sekolah bermula 1 Mac 2021, semua guru telah mula bertugas di sekolah untuk melakukan kerja-kerja penyediaan kelas, penambahbaikan Standard Operating Procedure (SOP), gotong-royong, pengemaskinian fail dan sebagainya. Berikut merupakan aktiviti guru-guru di sekolah sepanjang minggu ini;

Guru Kelas Tahun 1 mengemaskini Borang Imunisasi Tahun 1

Guru-guru kelas membersihkan kelas masing-masing

Gotong-royong membersihkan Bilik PPKI dan Bilik Kesihatan

Kerja-kerja penambahbaikan SOP sebagai persediaan pembukaan sekolah


Pada 25 Mac 2021, Taklimat Penataran Garis Panduan Pengurusan & Pengoperasian Sekolah Norma Baharu 2.0 dan Taklimat Keselamatan & Disiplin SKTPP 2021 telah diadakan bertempat di Terminal Muafakat dengan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. Berikut merupakan gambar sepanjang taklimat berlangsung;

Taklimat Penataran Garis Panduan Pengurusan & Pengoperasian Sekolah Norma Baharu 2.0 disampaikan oleh Pn. Jumilah binti Ahmad, PK Petang SKTPP

Taklimat Keselamatan & Disiplin SKTPP 2021 disampaikan oleh Ustaz Muhammad Saiffol bin Ngabiah, Guru Disiplin Sesi Petang SKTPP


Pada 26 Februari 2021, Program Penyerahan Beg Sekolah Percuma Untuk Murid Tahun 1 telah berlangsung. Seorang wakil penjaga bagi setiap murid dijemput untuk menerima beg percuma bermula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari bertempat di Bilik BOSS (SPBT). 

Wakil penjaga mengisi borang sebelum menerima beg percuma


Contoh borang permohonan Pemberian Beg Sekolah Percuma


Wakil penjaga murid Tahun 1 menerima sumbangan beg percuma

Penyerahan beg percuma dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan

Walaupun guru-guru sibuk dengan tugasan di sekolah, Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tetap berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang baik dengan ibu bapa dan penjaga murid-murid. Program Transisi Tahun Satu pula masih dalam Fasa 3 iaitu Fasa Kesediaan dengan tema "Mari Fikirkan". Berikut merupakan serba sedikit aktiviti PdPR pada minggu ini;

Antara medium pengajaran yang digunakan untuk menyampaikan PdPR

Contoh lembaran kerja yang disediakan oleh guru

Lembaran kerja Pendidikan Islam murid Tahun 1

Hasil karya Pendidikan Seni Visual murid Tahun 2

PdPR bukanlah penghalang untuk murid menyerlahkan kreativiti masing-masing


Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah kepada murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2. Semoga sesi persekolahan bersemuka ini berjalan lancar dan kita semua dilindungi daripada wabak Covid-19.

Disediakan oleh;
Norazmira binti Kadirun

No comments:

Post a Comment