Tarikh : 20 Januari 2021 sehingga 22 Januari 2021
Nama guru bertugas :
1. Rosmawati binti Md Desa
2. Roseniza binti Setapa
3. Norsiah binti Mohd Nor
4. Norli binti Hassan
5. Azwani binti Mohamed
Noordin @ Noordin
6. Juli binti Mahbah
7. Zurilazman bin
Abdullah
8. Mohd Ishak Shairazi
bin Mohd Sauzi
9. Norina binti Mohamed
10. Claudia Jacqueline
Charles Nelson
11. Tarmiji bin Sabali
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021 dan
Selamat Kembali ke Sekolah.
Minggu ini merupakan minggu pertama sesi persekolahan
tahun 2021. Pengajaran
dan Pembelajaran diteruskan secara PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran dari
Rumah - Home Base Learning) sepanjang PKP dikuatkuasa mulai 25 Jan
hingga 4 Feb 2021.
SK Taman Putra Perdana telah menyediakan jadual waktu pelaksanaan
PdPR semasa tempoh PKP Fasa 2 ini. Bahan pembelajaran juga dikongsi oleh guru melalui
pelbagai platform seperti Whatsapp, Telegram, Youtube & Google Classroom.
Pelbagai kaedah PdPR telah dilaksanakan dengan mengambil kira kesesuaian guru
dan murid. Sama ada secara dalam talian mahu pun di luar talian. Kesungguhan
guru untuk menyampaikan ilmu kepada anak didik tiada tolok bandingnya. Pandemik
Covid-19 yang muncul tanpa diduga telah memberi kesan mendalam kepada sektor
pendidikan di seluruh dunia. Namun walau apa pun cabaran, guru akan terus
berusaha gigih untuk memberikan yang terbaik kepada generasi pewaris negara.
Ibu bapa/penjaga juga dipohon membantu memberi bimbingan kepada anak-anak menjalani sesi pembelajaran di rumah. Pihak sekolah percaya ibu bapa dan penjaga hari ini amat prihatin terhadap pembelajaran anak-anak. Murid-murid diharapkan dapat memberi fokus dan bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran. Guru dan ibu bapa saling melengkapi untuk meneruskan ekosistem pembelajaran yang berkesan bagi pembelajaran anak-anak di rumah. Pembelajaran digital sesi persekolahan 2021 akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kesesuaian guru, ibu bapa/penjaga dan murid. Guru tidak sempurna tetapi kami cakna dan sentiasa ikhlas berusaha. Marilah kita bersatu hati untuk melakukan yang terbaik demi masa depan anak-anak kita. Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi.
Berikut gambar-gambar yang dikongsi bersama guru semasa sesi PdPR
Sesi PdPR Bahasa Inggeris bersama Teacher Parimala |
Sesi PdPR Bahasa Arab bersama Muallim Ishak |
Sesi PdPR Bahasa Melayu bersama Cikgu Norli |
Sesi PdPR Bahasa Melayu bersama Cikgu Roseniza |
Penglibatan murid dalam sesi PdPR |
Penglibatan murid dalam sesi PdPR |
Murid menunjukkan hasil karya seni |
Aktiviti murid dalam menyiapkan karya seni |
Penglibatan murid dalam sesi PdPR |
Penglibatan murid dalam sesi PdPR |
Terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan murid kerana
berjaya melaksanakan sesi PdPR minggu pertama dengan jayanya. Terima kasih dan
syabas juga kepada semua ibu bapa yang bertungkus lumus dan tidak pernah jemu
menyokong dan membantu anak-anak untuk melaksanakan PdPR di rumah. Semoga semua
murid terus bersemangat untuk belajar walau dalam keadaan norma baharu ini.
Disediakan Oleh:
No comments:
Post a Comment