Pengagihan buku teks bagi tahun 4, 5 dan 6 sesi 2021 adalah pada ketetapan berikut :
Tarikh : 25 - 27 Januari 2021
Hari : Isnin, Selasa dan Rabu
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari (Sesi 1)
12.00 tengah hari - 4.00 petang (Sesi 2)
Tempat : Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS), SK Taman Putra Perdana
Jadual Pengambilan Buku Teks Tahun 4, 5 dan 6 |
Ibu bapa/ penjaga memberikan komitmen yang baik kerana dapat meluangkan masa untuk hadir ke sekolah bagi tujuan pengambilan buku teks kegunaan sesi 2021. Alhamdulillah proses pengambilan buku teks berjalan dengan lancar mengikut garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan. Tahniah kepada guru-guru SPBT dan guru-guru kelas kerana berjaya melaksanakan sesi pengagihan buku teks ini dengan jaya dan lancar. Terima kasih juga kepada ibu bapa/penjaga yang memberi kerjasama baik dalam mematuhi SOP sepanjang sesi pengambilan buku teks berlangsung. Semoga kerjasama yang terjalin memudahkan segala urusan pada masa akan datang. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Berikut adalah gambar yang diambil semasa sesi pengambilan buku teks :
Guru yang berugas menjaga kaunter Pemulangan Borang Semakan Buku Teks |
Guru SPBT menjaga kaunter pemberian buku teks |
Guru-guru kelas tahun 6 mengambil kehadiran ibu bapa/penjaga |
Kaunter pembayaran PIBG |
Guru-guru kelas tahun 5 mengambil kehadiran ibu bapa/penjaga |
YDP PIBG Tuan Haji Khairul Azhar Bin Mohammad Suffian bersama guru-guru yang bertugas |
Pn. Hjh Rohaidah Binti Mohd Ali (Guru Besar SKTPP) menyantuni Tuan Haji Khairul Azhar Bin Mohammad Suffian (YDP PIBG SKTPP) melihat proses pengambilan buku teks |
No comments:
Post a Comment