Pada 26 Februari 2021 (Jumaat), telah diadakan Pelancaran Hari NILAM Selangor (HaNIS) & Fokus Sepuluh Minit 'FoS' 2021 secara atas talian menggunakan aplikasi ‘Google Meet’. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.
Objektif Program:
1. Sebagai wadah menyokong dan memantapkan pelaksanaan Program
NILAM
2. Memupuk budaya dan semangat membaca sebagai asas ilmu pengetahuan
3. Membantu murid dalam memantapkan dan meningkatkan pencapaian PAJSK
Atur
Cara Program:
10.00
pagi : Pendaftaran Peserta
: Ucapan Aluan Pengacara
Majlis (Pn. Noor Hayati binti Yusof)
: Bacaan Doa (Ustaz Zurilazman bin Abdullah)
: Taklimat Program (Pn. Arnny Yusnita
binti Md. Enarji)
: Ucapan Pelancaran Program (Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali)
: Tayangan Video
Buku Program Pelancaran Hari NILAM Selangor (HaNIS) & Fokus Sepuluh Minit 'FoS'
2021 telah disediakan dalam bentuk ‘anyflip’ oleh Puan Roseniza binti Setapa.
Pautan Buku Program klik sini
Antara paparan semasa
pelancaran program dijalankan
Puan Nur Malisha selaku AJK yang bertanggungjawab menyediakan pautan 'Google Meet' bagi program kali ini |
Puan Umi Nazrah sebagai wakil Guru Pusat Sumber Sekolah mengalu-alukan penyertaan murid |
Antara murid yang telah menyertai sesi pelancaran program |
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari pengacara majlis, Puan Noor Hayati binti Yusof |
Bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah |
Taklimat program telah disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita selaku GPM |
Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali telah melancarkan program pada hari ini secara atas talian dari bilik Guru Besar |
Sesi tayangan video yang telah disediakan oleh Cik Noor Azlinda |
Pelancaran
Hari NILAM Selangor (HaNIS) & Fokus Sepuluh Minit 'FoS' 2021 tamat pada jam 11.40 pagi.
Diharapkan agar penataran
maklumat mengenai NILAM pada kali ini dapat memberikan info yang lebih jelas
mengenai perjalanan program NILAM di sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada
Guru Besar Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, barisan pentadbir, ahli jawatankuasa
pelaksana, guru-guru serta murid-murid yang telah memberi sokongan dan kerjasama sepanjang perjalanan dan pengendalian program.
Disediakan oleh,
Amalina binti Abd Hamid
No comments:
Post a Comment