Pages

Wednesday, March 31, 2021

Aktiviti Guru Penyayang : Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari - Mac 2021

                                         

Selamat hari lahir untuk semua murid SKTPP yang lahir pada bulan Januari-Mac. 
Semoga kalian 
dipanjangkan umur
dimurahkan rezeki 
menjadi murid dan anak yang terpuji sahsiahnya
 serta cemerlang dunia akhirat
💓💓💓💓💓💓💓💓💓

Berikut gambar yang sempat dirakam hasil inisiatif guru kelas membuat sambutan di kelas masing-masing.









Murid-murid tetap gembira walaupun sambutan dijalankan dalam keadaan menjaga SOP
#staysafe

Monday, March 29, 2021

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Bulan Mac

Menjejaki minggu ke-3 dan ke-4 sesi persekolahan bersemuka, guru penyayang dan guru bertugas masih kekal meneruskan tugas mereka. Pada setiap awal pagi dan tengah hari, para guru telah pun bersedia untuk menyambut kehadiran anak-anak murid ke sekolah. 

Senyuman manis sentiasa terukir di wajah para guru. Senyuman tanda kasih seorang guru untuk setiap anak muridnya yang berjaya melangkah kaki ke sekolah.

Suhu diambil bagi mengesahkan bahawa murid tersebut sihat untuk berada dalam kawasan sekolah, tanda selamat bersama-sama rakan-rakan lain di dalam kelas. 

Guru penyayang dan guru bertugas akan sentiasa memastikan murid-murid yang hadir untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan. Setiap hari, para guru tidak jemu untuk menitipkan pesanan kepada murid-murid yang dikasihi.

Semoga pesanan tersebut melekat di minda dan tersemat di jiwa setiap murid yang mendengarnya. Tujuannya hanya satu iaitu untuk sama-sama membanteras penularan virus Covid-19. 

Harapan para guru, sesi persekolahan bersemuka akan berterusan seperti biasa. Selagi guru-guru dan murid-murid mematuhi SOP, selagi itulah harapan tersebut akan mekar berbunga. Melihat senyuman dan gelagat murid setiap pagi sahaja sudah mendamaikan jiwa, apatah lagi saat bertentang mata semasa sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC). 

Berikut dikongsikan gelagat yang sempat dirakam sepanjang tempoh dua minggu terakhir aktiviti menyambut kehadiran murid pada bulan Mac.












Sunday, March 28, 2021

Maklumat Kokurikulum Murid Tahun 3, 4, 5 dan 6/2021

Ibu bapa dan murid boleh melihat senarai kokurikulum murid-murid di blog Kokurikulum SKTPP seperti di bawah;

Tahun 3 - sila klik di sini

Tahun 4 - sila klik di sini

Tahun 5 - sila klik di sini

Tahun 6 - sila klik di sini

Kenangan bersama hero sukan SKTPP & negara : Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin

Throwback kejayaan kokurikulum SKTPP 2016 di sini.

Friday, March 26, 2021

Hadiah Tambahan Anugerah Ruang Rehat Guru Sejahtera

Hari ini SKTPP menerima tambahan hadiah Anugerah Ruang Rehat Guru Sejahtera tahun lepas daripada pihak JPN Sepangor melalui Pn. Ruzaimah; Kaunselor PPD Sepang. Terima kasih banyak atas ingatan & sokongan. Semoga guru-guru SKTPP semakin bersemangat menjalankan tugas dalam suasana yang tenang dan damai sentiasa..






Saksikan majlis penyampaian hadiah Anugerah tersebut semasa Seminar Kaunseling Psikologi Perkhidmatan Kaunseling JPN Selangor tahun lepas di sini.

Berikut sekitar penilaian Anugerah Ruang Rehat Guru Sejahtera SKTPP yang dikenali sebagai CEO Lounge tahun lepas.. 





Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-10 (Sesi Petang)

Tarikh: 22 hingga 26 Mac 2021

Guru bertugas: 


  1. Encik Nor Amirulfitri bin Othman (Ketua) 
  2. Puan Nur Malisha binti Omar (Penolong
  3. Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah
  4. Puan Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud
  5. Puan Nazahiyah binti Ab Rahman
  6. Puan Fadhilah binti Talib
  7. Puan Rabihah binti Amirudin
  8. Cik Parimala A/P Panni Selvam
  9. Puan Ranjiny Rajah

Minggu ini merupakan minggu ke-4 sesi persekolahan sesi petang. Alhamdulillah, murid- murid berdisiplin dalam mengikuti peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh KPM dan pihak sekolah. Murid juga kelihatan semakin selesa belajar dalam suasana norma baharu. 

Murid-murid sentiasa diingatkan untuk sentiasa menjaga penjarakan fizikal dan amalan penjagaan kebersihan semasa berada di dalam kelas dan sekolah. Murid- murid juga sentiasa diberi kesedaran untuk tidak berjabat tangan dan bersentuhan antara satu sama lain sama ada guru, rakan dan orang di sekeliling. Selain daripada itu, mereka juga diingatkan untuk menjaga SOP di dalam kenderaan terutamanya van sekolah.  

Hal yang sering ditekankan kepada setiap murid dan penjaga adalah untuk memastikan murid-murid tidak bergejala (demam, batuk, selsema) sebelum di hantar ke sekolah. 

Berikut dipaparkan beberapa gambar suasana persekolahan untuk sepanjang minggu ke-10. 

Murid diambil bacaan suhu badan setiap kali hadir ke sekolah. 

Mencuci tangan di sinki yang telah disediakan. 

Murid-murid beratur untuk membeli makanan di dewan dan dipantau oleh guru bertugas. Kemudian, murid akan makan di dalam kelas dengan seliaan guru. 

Suasana di pagar B ketika waktu balik. 

Kerjasama daripada ibu bapa, guru dan murid-murid amat diharapkan dalam menjalani persekolahan dengan norma baharu bagi memastikan segala usaha mengawal penularan wabak COVID-19 dapat berjalan dengan jayanya. 


Laporan disediakan oleh:
Nazahiyah Ab Rahman

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-10 (Sesi Pagi)

TARIKH : 22 MAC 2021 HINGGA 26 MAC 2021

SENARAI NAMA GURU BERTUGAS KUMPULAN 4:

  1. NORZIANI BT ZUBIR (K)
  2. NOR-AZURA BT MUSTAFA
  3. NORLIDA BT OTHMAN 
  4. ZAILEZAH BT SARDI
  5. UMI NAZRAH BT SAHARONI
  6. ARJUNAWATI BT AHMAD NUZE 
  7. NORFAUZIATON BT ALI MOHAMED 
  8. SRIMAHATHEVAN VADIVELU
  9. NURUL IZZANI BT MOHD LATIFI
10. ARNNY YUSNITA BT MD. ENARJI
11. NORAZIAN BT MAT ANUAR

Sesi persekolahan secara bersemuka bagi minggu ke-4 bagi tahun 2021 berjalan dengan lancar. Segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian dipatuhi dengan baik sekali. Murid-murid sudah memahami kehidupan norma baharu ini dengan mematuhi garis panduan SOP supaya menjaga diri masing-masing dan menyesuaikan situasi pandemik Covid-19. 

Berikut adalah suasana sesi persekolahan pada minggu ini:

Sebahagian barisan guru bertugas minggu
Sebahagian barisan guru bertugas mingguan

Tatacara murid mematuhi SOP masuk ke kelas dari pintu pagar B

Situasi di pagar A

Waktu rehat murid

Taklimat ringkas Pn. Rohaidah Bt. Mohd. Ali (Guru Besar) selepas sesi bacaan yasin pagi Jumaat


Pemantauan RMT oleh Pegawai PPD, Pn. Noranismawati Bt Mohd Fauzi

Secara keseluruhan sesi persekolahan pada minggu ini berjalan lancar dengan pematuhan SOP oleh semua warga sekolah. Selain itu, semua pihak termasuk ibubapa perlu memastikan peranan dalam memberi kerjasama sewaktu menguruskan perjalanan menghantar dan mengambil semula anak dari sekolah. Semoga dengan usaha yang berterusan ini kita semua akan kembali kepada norma kehidupan yang asal. 

Tuesday, March 23, 2021

SKTPP Virtual Run 2021 (Merentas Desa)

               Aktiviti Larian Merentas Desa adalah acara tahunan berdasarkan kalendar tahunan sukan sekolah. Tetapi berikutan Pandemik Covid-19 yang melanda negara pada ketika ini, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana julung-julung kalinya bakal menjalankan program SKTPP Virtual Run 2021 pada akhir bulan ini. 

Info Larian

Tempat
Di kawasan kediaman masing-masing

Tarikh Larian
28 Mac 2021 hingga 4 April 2021

Jarak Larian
4 km
(merujuk kepada Peraturan Kejohanan Merentas Desa MSSM bagi Kategori Sekolah Rendah)

Penyertaan 
PERCUMA
(terbuka kepada semua murid tahun 4, 5 dan 6 SKTPP)


Aplikasi
STRAVA

Hantar Bukti Larian
Pautan Google Form

Anugerah
Sijil Pencapaian
(Emas, Perak, Gangsa)


        Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan penyertaan murid-murid dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah terutama dalam bidang sukan untuk memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, membina budaya dan gaya hidup sihat selaras dengan Dasar 1Murid 1Sukan dengan penglibatan semua murid daripada pelbagai kaum di sekolah.

        Majlis perasmian program ini akan diadakan pada 27 Mac 2021 yang akan disempurnakan oleh Puan Rohaidah Binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana dalam Youtube Live serta Facebook Live iaitu medium rasmi SKTPP Virtual Run 2021. Majlis ini akan diadakan pada pukul 8.30 pagi hari Sabtu ini.

          Maklumat lanjut program ini boleh didapati di Facebook dan Instagram rasmi SKTPP Virtual Run 2021 seperti yang tertera di bawah:

    FACEBOOK      
                   

           
                       

              Diharap program yang akan berlangsung ini dapat menyediakan medium kepada murid-murid bagi menyertai aktiviti sukan dan riadah yang sesuai dengan keadaan situasi norma baharu masa kini. 

Disediakan oleh : Fatin Huzaikka

Sijil Penghargaan Kebun Komuniti MPS

Terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPS) kerana sudi menghantar sendiri ke sekolah sijil penghargaan dan hadiah baja kompos serta poly bag atas penyertaan SKTPP dalam pertandingan Kebun Komuniti tahun lepas. Insyaa Allah... hasil pengalaman tersebut akan kami gunakan untuk membuat persiapan yang lebih rapi, terancang dan menyeluruh jika terpilih menyertai lagi pertandingan yang sama pada tahun ini..



Sijil penghargaan yang diterima

Monday, March 22, 2021

Program Mentor Mantee Kali Pertama

Pada 22 Mac 2021, Isnin - Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana  telah mengadakan Program Mentor Mantee kali pertama. Program ini merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid yang melibatkan tindakan membimbing, menyokong dan memberi nasihat.

Berpegang kepada konsep membangun sahsiah diri murid melalui panduan daripada mentor, program ini berjalan dengan kerjasama semua guru. Secara tidak langsung, program ini dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi sebarang masalah yang mendatang. Bimbingan dan sentuhan ini dapat memberi impak yang positif dalam kehidupan murid.

Selain itu, program ini dapat mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling menghormati antara mentor dan mantee. Justeru, dapat mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain. 

Program Mentor Mantee ini akan berterusan sepanjang tahun yang akan dijalankan sekali dalam sebulan. Butiran lanjut adalah seperti di bawah:

1. Sasaran   : Semua murid sesi pagi dan petang

2. Masa       : 7.30 pagi - 8.00 pagi (sesi pagi)

                     1.30 tengah hari - 2.00 petang (sesi petang)

3. Tempat   : Kelas masing-masing

4. Modul    : Aku Cantik dan Kemas  (Tahun 6)
                     Kemasan Diri                    (Tahun 5)
                     Pengurusan Masa            (Tahun 4)
                     Promosi Diri                     (Tahun 3)
                     Diri Saya                            (Tahun 2)
                     Salam Perkenalan           (Tahun 1)
                     Keluargaku Sayang         (Prasekolah)

Guru mengajar sepenuh hati;
Demi semua murid tersayang;
Semoga diajar lekat di hati;
Itulah harapan guru penyayang.

Antara gambar yang sempat dirakam semasa aktiviti dijalankan

                    SESI PAGI 


Sesi penyerahan fail kepada mentor

Contoh murid berpakaian kemas

Sesi penerangan tentang kekemasan diri

Contoh kebersihan kuku

Contoh murid berpakaian lengkap dan kemas

Sesi soal jawab menjaga kebersihan diri

Nota ringkas daripada mentor

Pengagihan murid dalam kumpulan (sekelas 2 kumpulan)

Murid mencatat nota kebersihan diri

Sesi perkenalan tajuk


Video program mentor mantee yang disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita.

SESI PETANG


Sesi perkenalan di dalam kelas

Kepetahan murid memperkenalkan diri

Penerapan nilai murni, saling menghormati kawan

Hasil kerja murid

PRASEKOLAH

Konsep saling menyayangi


Sayangi keluarga, sayangi diri sendiri


Disediakan oleh:
Cik Roslinda binti Mansor
AJK Guru Penyayang