Semoga kalian
dipanjangkan umur
dimurahkan rezeki
menjadi murid dan anak yang terpuji sahsiahnya
serta cemerlang dunia akhirat
Menjejaki minggu ke-3 dan ke-4 sesi persekolahan bersemuka, guru penyayang dan guru bertugas masih kekal meneruskan tugas mereka. Pada setiap awal pagi dan tengah hari, para guru telah pun bersedia untuk menyambut kehadiran anak-anak murid ke sekolah.
Senyuman manis sentiasa terukir di wajah para guru. Senyuman tanda kasih seorang guru untuk setiap anak muridnya yang berjaya melangkah kaki ke sekolah.
Suhu diambil bagi mengesahkan bahawa murid tersebut sihat untuk berada dalam kawasan sekolah, tanda selamat bersama-sama rakan-rakan lain di dalam kelas.
Guru penyayang dan guru bertugas akan sentiasa memastikan murid-murid yang hadir untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan. Setiap hari, para guru tidak jemu untuk menitipkan pesanan kepada murid-murid yang dikasihi.
Semoga pesanan tersebut melekat di minda dan tersemat di jiwa setiap murid yang mendengarnya. Tujuannya hanya satu iaitu untuk sama-sama membanteras penularan virus Covid-19.
Harapan para guru, sesi persekolahan bersemuka akan berterusan seperti biasa. Selagi guru-guru dan murid-murid mematuhi SOP, selagi itulah harapan tersebut akan mekar berbunga. Melihat senyuman dan gelagat murid setiap pagi sahaja sudah mendamaikan jiwa, apatah lagi saat bertentang mata semasa sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC).
Berikut dikongsikan gelagat yang sempat dirakam sepanjang tempoh dua minggu terakhir aktiviti menyambut kehadiran murid pada bulan Mac.
Ibu bapa dan murid boleh melihat senarai kokurikulum murid-murid di blog Kokurikulum SKTPP seperti di bawah;
Tahun 3 - sila klik di sini
Tahun 4 - sila klik di sini
Tahun 5 - sila klik di sini
Tahun 6 - sila klik di sini
Hari ini SKTPP menerima tambahan hadiah Anugerah Ruang Rehat Guru Sejahtera tahun lepas daripada pihak JPN Sepangor melalui Pn. Ruzaimah; Kaunselor PPD Sepang. Terima kasih banyak atas ingatan & sokongan. Semoga guru-guru SKTPP semakin bersemangat menjalankan tugas dalam suasana yang tenang dan damai sentiasa..
Tarikh: 22 hingga 26 Mac 2021
Guru bertugas:
Mencuci tangan di sinki yang telah disediakan. |
Murid-murid beratur untuk membeli makanan di dewan dan dipantau oleh guru bertugas. Kemudian, murid akan makan di dalam kelas dengan seliaan guru. |
Suasana di pagar B ketika waktu balik. |
Sebahagian barisan guru bertugas mingguan |
Tatacara murid mematuhi SOP masuk ke kelas dari pintu pagar B |
Situasi di pagar A |
Waktu rehat murid |
Taklimat ringkas Pn. Rohaidah Bt. Mohd. Ali (Guru Besar) selepas sesi bacaan yasin pagi Jumaat |
Pemantauan RMT oleh Pegawai PPD, Pn. Noranismawati Bt Mohd Fauzi |
Terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPS) kerana sudi menghantar sendiri ke sekolah sijil penghargaan dan hadiah baja kompos serta poly bag atas penyertaan SKTPP dalam pertandingan Kebun Komuniti tahun lepas. Insyaa Allah... hasil pengalaman tersebut akan kami gunakan untuk membuat persiapan yang lebih rapi, terancang dan menyeluruh jika terpilih menyertai lagi pertandingan yang sama pada tahun ini..
Pada 22 Mac 2021, Isnin - Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah mengadakan Program Mentor Mantee kali pertama. Program ini merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid yang melibatkan tindakan membimbing, menyokong dan memberi nasihat.
Berpegang kepada konsep membangun sahsiah diri murid melalui panduan daripada mentor, program ini berjalan dengan kerjasama semua guru. Secara tidak langsung, program ini dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi sebarang masalah yang mendatang. Bimbingan dan sentuhan ini dapat memberi impak yang positif dalam kehidupan murid.
Selain itu, program ini dapat mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling menghormati antara mentor dan mantee. Justeru, dapat mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
Program Mentor Mantee ini akan berterusan sepanjang tahun yang akan dijalankan sekali dalam sebulan. Butiran lanjut adalah seperti di bawah:
1. Sasaran : Semua murid sesi pagi dan petang
2. Masa : 7.30 pagi - 8.00 pagi (sesi pagi)
1.30 tengah hari - 2.00 petang (sesi petang)
3. Tempat : Kelas masing-masing
Antara gambar yang sempat dirakam semasa aktiviti dijalankan
SESI PAGI
PRASEKOLAH