Tarikh : 10 April 2021 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang hingga 4.15 petang
Tempat : Rumah masing-masing
Medium : Aplikasi Zoom
Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran dari pelbagai sudut. Program ini juga bagi membuka minda dan membina kesedaran murid tentang pentingnya pengurusan masa dan mempunyai sikap bertanggungjawab untuk membina kecemerlangan diri dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
Objektif program :
1. Memberi motivasi dan kemahiran belajar kepada semua murid Tahun 6 dalam meningkatkan prestasi akademik.
2. Memupuk kesedaran tentang pentingya pengurusan masa yang efektif melalui sistem jadual harian yang berkesan dalam membentuk kecemerlangan diri.
3. Sentiasa berfikiran positif di dalam apa jua situasi terutamanya dalam menghadapi peperiksaan.
4. Dapat merancang masa depan dengan baik dan berusaha membina kecemerlangan diri dari segi akademik dan pembentukan sahsiah.
Berikut adalah paparan gambar sekitar program berlangsung.
No comments:
Post a Comment