Tarikh: 14 Jun hingga 18 Jun 2021
Hari: Isnin hingga Jumaat
Senarai Nama Guru Bertugas:
Kumpulan A
1. Pn Rosmawati binti Md Desa (K)
2. Pn Roseniza binti Setapa (P)
3. Pn Norsiah binti Mohd Nor
4. Pn Norli binti Hassan
5. Pn Astina binti Mahad Nor
6. Pn Azwani binti Mohamed Noordin @ Noordin
7. Pn Juli binti Mahbah
8. En Zurilazman bin Abdullah
9. Pn Norinna binti Mohamed
10. En Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
11. Pn Claudia Jacqueline Charles Nelson
12. En Mohd Dzarfan bin Kamar Bahrin
Sesi persekolahan kembali lagi selepas berakhirnya cuti pertengahan penggal tahun 2021. Kaedah Pengajaran dan Pembelajarn Di Rumah (PdPR) atau 'Home Base Learning' merupakan alternatif kepada pembelajaran norma baharu sepanjang PKP dikuatkuasakan. Sesi PdPR disambung selama 25 hari lagi berikutan situasi semasa COVID-19 yang belum menunjukkan penurunan. Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan (Datuk Dr Radzi Jidin) di sidang media pada 6 Jun 2021.
Selain dari PdPR, guru-guru juga terlibat dengan mesyuarat dan program yang dilaksanakan secara dalam talian. Guru Bimbingan dan Kaunseling juga meneruskan tugas yang diamanahkan antaranya seperti Sesi Bimbingan Individu / Kelompok serta membuat hebahan maklumat kepada murid. Pada minggu ini hebahan maklumat dari Unit Bimbingan dan Kaunseling berfokus kepada bidang Pembangunan dan Sahsiah Diri Murid melalui Blog SKTPP, Blog Kaunseling, Telegram, Whatsapp, Facebook dan Instagram.
Jawatankuasa Penyediaan Jadual Waktu telah menyediakan Jadual Pelaksanaan PdPR semasa tempoh PKP Fasa 2 ini. Bahan pembelajaran akan dikongsi oleh guru melalui platform Whatsapp, Telegram dan Google Classroom. Ibu bapa / penjaga dipohon membantu memberi bimbingan kepada anak-anak menjalani sesi pembelajran di rumah. Pihak sekolah percaya ibu bapa dan penjaga hari ini amat prihatin terhadap pembelajaran anak-anak. Murid-murid diharapkan dapat memberi fokus dan bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran yang berkesan bagi pembelajaran anak-anak di rumah. Pelbagai bentuk gangguan pembelajaran yang sekiranya tidak ditangani dengan berkesan, akan menjejaskan pembelajaran anak-anak walau di mana mereka berada. Pembelajaran digital sesi persekolahan 2021 akan dilaksanakn secara berperingkat mengikut kesesuaian guru, ibu bapa / penjaga dan murid.
Berikut merupakan gambar yang sempat dirakamkan sepanjang minggu ini:
PGB dan PK1 menghadiri taklimat garis panduan pengisian maklumat vaksinasi pada 17 Jun 2021 |
32 orang murid SKTPP menyertai Program PINTAR pada 16 Jun 2021 |
Jom 30 Minit Bersama Cikgu Juli: 4 Vivo (15 Jun), 5 Ibnu Sina (16 Jun) dan 6 Harmoni (16 Jun) |
PdPR - kelas online oleh Cikgu Roseniza |
Taklimat PBD panitia |
Kelas Tasmik 6 Jujur oleh Ustaz Ishak |
Taklimat PBD panitia |
Guru-guru Kaunseling Daerah Sepang menyertai Bengkel Pengendalian Streamyard YouTube |
Musyawarah Guru Bimbingan dan Kaunseling SKTPP |
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:
Puan Rosmawati binti Md. Desa
Puan Juli binti Mahbah
No comments:
Post a Comment