Pages

Monday, August 30, 2021

Merdekakan Diri Anda!!

                       

Salam merdeka daripada Unit Bimbingan & Kaunseling SKTPP!!

Assalamualaikum dan salam merdeka untuk murid-murid  SKTPP. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Sempena sambutan kemerdekaan ke-64 tahun, cikgu ingin mengambil peluang untuk memberi info tentang merdekakan diri…... Kadang-kadang kita hanya menyebutnya, tetapi adakah kita menghayati sepenuhnya tentang kemerdekaan ini? Untuk itu, hari ini cikgu akan berbicara tentang MERDEKAKAN DIRI! Cikgu cuba rangkumkan apa yang dikatakan dengan merdekakan diri di dalam poster di bawah.


Sebelum kita merdekakan diri, kita terlebih dahulu perlu:

1. 💓Mengenali diri sendiri. Semak sikap, tingkahlaku dan amalan harian. Semak juga bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, keluarga dan orang sekeliling. Bagaimana pula dengan tanggungjawab diri? Sekiranya tidak sempurna, jangan kecewa tetapi bangun dan terus perbaiki.

2. 💪Tingkatkan kelebihan dan perbaiki kelemahan. Semak diri sendiri apa kelemahan diri dan cuba mencari kaedah untuk perbaiki diri. Guna kekuatan yang ada di dalam diri untuk menonjolkan dan meningkatkan kelebihan yang dikurniakan. Jom mulakan....... perlahan-lahan tetapi istiqamah.

3. 💏Hargai diri, hargai semua! Bersyukur dengan apa yang ada dan hargai apa yang dikurniakan. Jangan bandingkan dengan kehidupan orang lain. Bahagia dengan cara kita. Sekiranya kita bersyukur, Allah akan menambah nikmat itu.

Cikgu sentiasa doakan anak-anak SKTPP tidak terjajah minda tetapi berusaha memerdekakan hati dan minda. Bagaimana caranya? Caranya ialah dengan mengurangkan kesedihan, tekanan dan menggalakkan kebahagiaan. Orang yang memerdekakan hati dan minda ini mampu meneruskan kehidupan dengan suasana yang positif dan tahu menilai buruk dan baik.

Anda peroleh sesuatu hari ini? Jika ya jom sama-sama cikgu dalam Kuiz Merdekakan Diri. Sempena sambutan kemerdekaan pada hari esok cikgu ingin memberi hadiah kepada 3 orang murid yang terawal dan memperoleh markah tertinggi. Jangan lepaskan peluang ini. Klik link kuiz Merdekakan Diri di atas ya👆. Cikgu akan menghubungi pemenang. Jangan lupa tuliskan nickname & kelas ya. Semoga berjaya!!

Tahniah kepada :
1.Muhammad Iman Syahmi Bin Syamsul Nahar (6 Intelek)
2. Nur Qaisara Arissa binti Ahmad Kamal (6 Bestari)
3.Naufal Hakim Bin Syamsul Nahar (2 Topaz)

kerana telah berjaya dalam Kuiz Merdekakan Diri. Kepada yang tidak berjaya jangan putus asa. Cuba lagi pada masa akan datang.

#staysafe
#kiaskukenaldiriku
#Merdeka64

No comments:

Post a Comment