Pages

Saturday, October 16, 2021

Laporan Bertugas Minggu ke-34 (Sesi Pagi)

Tarikh        : 11 - 15 Oktober 2021

Minggu     : 34

Kumpulan : 4 (Sesi pagi)

Gambar guru bertugas berserta nama guru: 


1) Pn Norziani bt Zubir (Ketua)

2) Pn Zailezah bt Sardi

3) Pn Norlida bt Othman 

4) Pn Umi Nazrah bt Saharoni

5) Pn Arnny Yusnita bt Md Enarji

6) Pn Norazian bt Mat Anuar 

7) Pn Nor Azura bt Mustafa 

8) Pn Norfauziaton bt Ali Mohamed

9) En Srimahathevan a/l Vadivelu

10) Pn Jamilah bt Yusof

11) Pn Arjunawati bt Ahmad Nuze

12) Pn Zaleha bt Sitam

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua warga SKTPP.

Selamat kembali ke sekolah secara bersemuka untuk minggu kedua buat semua murid berkeperluan khas (MBK). Pelbagai gelagat murid dapat dilihat setelah lama tidak hadir ke sekolah. Alhamdulillah perjalanan pembukaan sekolah bagi minggu ke-34 bagi murid berkeperluan khas ini telah berjalan dengan lancar dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Suasana Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana yang sunyi sejak PKP telah kembali ceria dan riuh dengan kehadiran murid serta suara guru-guru mengajar. Suasana pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka disifatkan lebih seronok bagi murid-murid ini apabila dapat belajar bersama rakan-rakan berbanding seorang diri menerusi kelas online.


Gambar-gambar murid hadir pada waktu pagi & di dalam kelas PPKI

Namun, bagi murid-murid lain selain murid berkeperluan khas, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) masih lagi diteruskan pada minggu ke-34 ini untuk kesemua murid. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menjadi kaedah terbaik dalam memastikan pendidikan dapat diteruskan apabila pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan.

Seorang guru itu perlu kreatif dalam mencari kaedah terbaik dan menukar cara pembelajaran mengikut kesesuaian pelajar bagi memastikan kejayaan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika negara masih berhadapan dengan ancaman wabak COVID-19 ini. Pelbagai medium telah digunakan oleh guru-guru SKTPP bagi menyampaikan pengajaran supaya semua murid dapat mengikuti pembelajaran di rumah sama ada secara dalam talian atau luar talian. 

Usaha ini tidak akan membuahkan hasil tanpa sokongan dan kerjasama yang baik daripada ibu bapa dan penjaga. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan murid-murid dapat mengikuti sesi PdPR dengan baik.

Antara gambar PdPR guru bersama murid bagi minggu ini : 

1. PdPR subjek Bahasa Inggeris bersama Teacher Norazian


Hasil Kerja Murid

2. PdPR subjek Bahasa Arab bersama Muallimah Norziani


Tahun 5 Ibnu Khaldun 

3. PdPR subjek Bahasa Inggeris bersama Teacher Arnny


4. PdPR subjek Pendidikan Islam bersama Ustazah Umi Nazrah




5. PdPR subjek Matematik bersama Cikgu Jamilah


6. PdPR Tasmek Kelas 4 Oppo bersama Ustazah Norziani


Antara rangkuman peristiwa lain yang berlaku dalam minggu ke-34 adalah seperti :

1. Mesyuarat Pengoperasian Pembukaan Prasekolah (11.10.2021)



2. Sesi libat urus pengoperasian pembukaan sekolah pentadbir bersama PPD secara online pada 12.10.2021.


3. Bersama YDP PIBG menerima sumbangan hadiah daripada AADK buat murid-murid (peserta) Program Pintar terbaik pada 13.10.2021.


4. Sekolah mendapat sumbangan 4 set alatan kriket adiwira pada 13.10.2021 kerana menjalankan program Adiwira Kriket. Tahniah kepada coach Cikgu Junaidi dan semua guru penasihat Kelab Kriket di atas usaha ini.


5. Aktiviti Kokurikulum Kelab dan Persatuan secara online pada 16.10.2021.


6. Kursus Kepimpinan Kokurikulum murid secara dalam talian pada 16.10.2021.


7. Mesyuarat AJK PIBG Bil.4/2021 pada 16.10.2021.

Secara keseluruhan, sesi persekolahan pada minggu ini secara bersemuka berjalan lancar dengan pematuhan SOP oleh semua warga sekolah dan sesi PdPR juga berjalan dengan baik mengikut jadual PdPR yang ditetapkan. Program-program pembangunan pendidikan juga dilaksanakan dengqn jayanya seperti yang dirancang. Semoga lenyaplah Covid-19 daripada muka bumi ini agar kita dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. Amin...

No comments:

Post a Comment