Buat julung-julung kalinya Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Taman Putra Perdana telah dijalankan secara maya pada hari Sabtu, 30 Oktober 2021.
Majlis yang pada mulanya mengalami sedikit perubahan masa akibat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan Taman Putra Perdana, berjalan dengan sangat lancar sehingga ke akhirnya.
Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman agar majlis diberkati dan berjalan lancar seterusnya diikuti ucapan alu-aluan oleh Puan Hajah Rohaidah Mohd Ali selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana.
Di dalam ucapannya, Puan Hajah Rohaidah mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang berusaha memastikan anak-anak mereka mengikuti kelas PdPR berdasarkan jadual yang telah ditetapkan. Puan Hajah Rohaidah juga memaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum juga berjaya dilaksanakan secara dalam talian pada setiap hari Sabtu. Segala pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PPD, JPN maupun KPM juga dapat disertai oleh murid-murid walaupun dalam norma baharu hasil kerjasama ibu bapa dan guru.
Seterusnya Tuan Haji Khairul Azhar selaku Yang Dipertua (YDP) PIBG memulakan ucapan beliau dengan pengumuman ringkas mengenai keadaan kesihatan YB Tuan Adhif Syan bin Abdullah (ADUN Dengkil) yang baru sahaja menjalani pembedahan bahu dan tidak dapat hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ini. Beliau mendoakan semoga YB Adhif Syan cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa. Tuan Haji Khairul Azhar juga mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang berjaya membantu dan membimbing anak-anak semasa kelas PdPR sepanjang murid-murid berada di rumah.
Sedikit ingatan dari YDP PIBG, agar setiap ibu bapa dapat menyelesaikan sumbangan PIBG bagi membolehkan setiap aktiviti di sekolah dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua guru SK Taman Putra Perdana kerana berjaya menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG secara maya melalui aplikasi Zoom ini. 'Walaupun baru pertama kali melakukan mesyuarat ini secara maya, saya amat berpuas hati dengan hasilnya', ujar beliau. Beliau seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-17 SKTPP.
Mesyuarat dimulakan dengan pelantikan Encik Shahrizal bin Ya'am (PK Kokurikulum) selaku Pengerusi Sementara selepas Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG bagi tahun 2020/2021 dibubarkan. Majlis seterusnya sebulat suara (pengundian secara poll) mengekalkan AJK 2020/2021 untuk sesi 2021/2022 dengan dua orang AJK baru mengisi kekosongan setelah ada AJK 2020/2021 menolak untuk menjadi AJK.
Berikut adalah barisan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022:
Naib Yang Dipertua: Puan Normawati binti Saad
Setiausaha Kehormat: Puan Norbaizura binti Nordin
Naib Setiausaha Kehormat: Cik Syahirah binti Tumar
Bendahari: Puan Azwani binti Mohamed Noordin
Naib Bendahari: Puan Norazian binti Ahmad
Pengumuman mengenai kelewatan mesyuarat akibat gangguan bekalan elektrik |
Bacaan Doa |
Ucapan YDP PIBG |
Mesyuarat bermula |
Pembentangan laporan aktiviti oleh Setiausaha; Puan Baizura |
No comments:
Post a Comment