Terima kasih buat PPD Sepang dan JPN Selangor atas sumbangan peruntukan untuk pembelian set-set peralatan kriket baharu yang sangat diperlukan. Semoga anak-anak murid akan rajin berlatih bersama para coaches yang sentiasa energetik, tak jemu membimbing dan mencungkil bakat muda...
Pages
Monday, November 29, 2021
Saturday, November 27, 2021
Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Taman Putra Perdana 2021
Hari ini Sabtu (27 November 2021), telah diadakan Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Janak peringkat sekolah secara dalam talian anjuran Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).
Bagi menyambut dan meraikan kanak-kanak yang juga merupakan
murid-murid SK
Taman Putra Perdana, pihak sekolah mengambil inisiatif mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah.
Objektif program adalah seperti berikut:
- Sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak sekolah dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak.
- Dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.
- Menanam dan menyuburkan kesedaran murid-murid tentang hak-hak mereka.
- Memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak yang bakal mewarisi dunia kelak.
Poster Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah 2021 telah disediakan oleh ahli jawatankuasa yang terlibat di bawah pimpinan Encik Rusydan bin Ismail.
Buku program Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah 2021 pula merupakan hasil kerja dan kreativiti Puan Halijah binti Mihat dengan kerjasama dari semua ahli jawatankuasa di bawah pimpinan beliau.
Klik sini untuk ke pautan buku program.
Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak pada tahun ini telah dikemudikan oleh dua orang guru yang sangat
berpengalaman sebagai pengacara majis iaitu Cik Roslinda binti Mansor dan Puan
Nurliza binti Ab Rahman. Memetik ucapan pembukaan daripada pengerusi majlis pada
hari ini, Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat kebangsaan tahun 2021 telah
disambut pada 16 Oktober 2021 yang lalu. Kanak-kanak didefinisikan sebagai
seorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-kanak.
Bertemakan ‘Anak Kita Masa
Depan Kita’ Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah pada tahun ini telah
diadakan dalam medium yang berbeza. Majlis sambutan penutupan kali ini julang-julung kalinya diadakan secara dalam talian menggunakan platform aplikasi youtube.
Berikut merupakan bingkisan gambar-gambar semasa perjalanan Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah 2021.
Pengacara majis, Cik Roslinda binti Mansor. |
Pengacara majis, Puan Nurliza binti Ab Rahman. |
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang telah dipimpin oleh Ustaz Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah. Semoga dimakbulkan doa yang telah dibacakan oleh ustaz.
Bacaan doa dipimpin oleh, Ustaz Syed Farhan. |
Pembuka tirai ucapan pada majlis kali ini telah dimulakan dengan ucapan daripada wakil murid, adik Alya Zayyan binti Mohd Al Baasit dari kelas 6 Harmoni.
Ucapan daripada wakil murid, adik Alya Zayyan. |
Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan aluan daripada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTPP, Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian.
Kata aluan daripada, Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SKTPP, Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian. |
Seterusnya, Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah diteruskan dengan ucapan perasmian daripada
Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali. Guru Besar telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah bagi tahun 2021.
Ucapan perasmian daripada Guru Besar SK Taman
Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali. |
Meneruskan kelangsungan acara pada hari ini, majlis telah disajikan dengan video persembahan taranum Al-Quran yang telah disampaikan oleh adik Nik Khairunnisa binti Nik Syafful Hadi dari kelas 6 Harmoni. Persembahan adik Nik Khairunnisa telah dibimbing oleh Ustazah Safinatunajakh binti Mat Som.
Taranum Al-Quran oleh adik Nik Khairunnisa binti Nik Syafful Hadi dari kelas 6 Harmoni. |
Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak pada tahun ini. Aktiviti-aktiviti ini telah melibatkan semua murid prasekolah, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), dan murid-murid aliran perdana yang terdiri daripada tahun 1 hingga tahun 6. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah;
- -
Acara
sukaneka (Prasekolah dan PPKI)
- -
Pertandingan
sajak
- -
Pertandingan
syair
- -
Pertandingan
pidato
- -
Pertandingan
bercerita
- -
Pertandingan
nyanyian
- -
Pertandingan
tarian
Aktiviti-aktiviti ini telah dilangsungkan
bermula 22 Oktober hingga 14 November 2021 yang lalu.
Majlis diteruskan dengan tayangan video-video pemenang dan persembahan pemenang bagi setiap kategori. Berikut merupakan antara gambar-gambar semasa persembahan pemenang yang telah ditayangkan semasa siaran langsung Sambutan Hari Kanak-Kanak melalui aplikasi youtube. Senarai penuh nama pemenang bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan telah dipaparkan semasa siaran langsung pada hari ini. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat!
Antara gambar-gambar persembahan pemenang |
Antara gambar-gambar persembahan pemenang |
Turut dilampirkan semasa siaran langsung adalah bingkisan gambar dan video Sambutan Hari Kanak-kanak yang telah disambut oleh murid-murid prasekolah dan PPKI secara bersemuka di sekolah dengan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
Persembahan seterusnya pada hari ini adalah sebuah persembahan yang sangat unik iaitu persembahan pencak silat yang telah disampaikan oleh adik Nur Dayana Qamelia dari kelas 4 Iphone di bawah bimbingan Cikgu Halim. Video persembahan adik Nur Dayana telah dirakamkan khas di Putrajaya sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak SKTPP bersama-sama pesilat SUKMA Kuala Lumpur yang juga dibimbing oleh Cikgu Halim.
Persembahan pencak silat oleh adik Nur Dayana Qamelia dari kelas 4 Iphone |
Majlis pada hari ini sampai ke acara kemuncaknya iaitu acara penyampaian hadiah Tokoh Kanak-Kanak peringkat sekolah 2021. Biodata tokoh sesi pagi telah dibacakan oleh Cik Roslinda selaku pengacara majlis dan seterusnya diikuti dengan pengumuman nama tokoh iaitu Adik Rayyan Hayy bin Zunaizan dan ucapan daripada Tokoh Kanak-Kanak sesi pagi peringkat SKTPP 2021.
Tokoh Kanak-kanak sesi pagi, adik Rayyan Hayy bin Zunaizan |
Biodata Tokoh Kanak-Kanak sesi petang pula telah
dibacakan oleh Puan Nurliza dan seterusnya diikuti dengan pengumuman nama tokoh
iaitu adik Muhammad Haziq bin Mohd Amir dan ucapan daripada Tokoh Kanak-Kanak
sesi petang peringkat SKTPP 2021.
Tokoh Kanak-Kanak sesi petang, adik Muhammad Haziq bin Mohd Amir |
Sebelum majlis pada hari ini melabuhkan tirainya, majlis telah diserikan dengan persembahan gimik yang yang dibawa khas oleh Ustaz Mohd Hadri bin Ag Idris.
Persembahan gimik yang yang dibawa khas oleh Ustaz Mohd Hadri bin Ag Idris |
Video penuh Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Taman Putra Perdana 2021 boleh ditonton melalui aplikasi YouTube. Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli jawatankuasa persembahan video yang telah diketuai oleh Puan Nur Malisha binti Omar atas penghasilan video yang sangat menarik dan kreatif pada kali ini.
Pengerusi majlis telah mengakhiri siaran langsung majlis penutupan pada kali ini dengan mewakili semua ahli jawatankuasa memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan keterlanjuran sepanjang majlis ini diadakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada barisan pentadbir, semua ahli jawatankuasa guru, ibu bapa, murid-murid dan semua warga sekolah yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Laporan majlis diakhiri dengan sebuah tayangan video pendek ucapan Sambutan Hari Kanak-Kanak daripada anak-anak murid kesayangan warga SK Taman Putra Perdana. Selamat Hari Kanak-Kanak!
"Anak Kita Masa Depan Kita"
Disediakan oleh,
Amalina binti Abd Hamid
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Majlis Penutupan
Sambutan Hari Kanak-Kanak 2021
SK Taman Putra Perdana
Friday, November 26, 2021
Laporan Bertugas Minggu Ke-40 (Sesi Petang)
Senarai guru bertugas pada minggu ini adalah:
1. Encik Nor
AmirulFitri bin Othman
2. Puan Nur
Malisha binti Omar
3. Encik
Ahmad Junaidi bin Abdullah
4. Puan
Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud
5. Puan
Nazahiyah binti Ab Rahman
6. Puan
Fadhilah binti Talib
7. Puan
Rabihah binti Amirudin
8. Puan
Parimala A/P Panni Selvan
9. Puan
Ranjiny A/P Rajah
Salam sejahtera kepada semua warga SKTPP:
Minggu ini merupakan minggu ke-40 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi persekolahan pada minggu ini berjalan dengan lancar dan teratur dengan kehadiran murid mengikut jadual penggiliran. Murid-murid dari kumpulan B hadir ke sekolah untuk mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka.
Segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dipatuhi dengan baik sekali. Murid-murid sudah memahami kehidupan norma baharu ini dengan mematuhi garis panduan SOP supaya menjaga diri masing-masing bagi menjalani kehidupan dalam situasi pandemik Covid-19.
Murid-murid kelihatan
ceria, tenang dan bersemangat semasa hadir ke sekolah dan mereka disambut oleh
guru-guru bertugas. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Penolong Kanan Petang,
Pn. Siti Raudah Binti Hamid kerana sentiasa bersama-sama guru bertugas memantau
dan memerhati kelancaran sewaktu murid-murid tiba dan balik dari sekolah.
Berikut adalah suasana sesi persekolahan pada minggu ini:
a) Guru-guru bertugas menyambut kedatangan murid di pintu pagar A
b) Guru-guru bertugas menyambut kedatangan murid di pintu
pagar B
Laporan Bertugas Minggu Ke-40 (Sesi Pagi)
Tarikh : 22 - 26 November 2021
Minggu : 40
Kumpulan : 4 (Sesi Pagi)
2) Pn
Zailezah bt Sardi
3) Pn
Norlida bt Othman
4) Pn Umi
Nazrah bt Saharoni
5) Pn
Arnny Yusnita bt Md Enarji
6) Pn
Norazian bt Mat Anuar
7) Pn Nor
Azura bt Mustafa
8) Pn
Norfauziaton bt Ali Mohamed
9) En
Srimahathevan a/l Vadivelu
10) Pn
Jamilah bt Yusof
11) Pn
Arjunawati bt Ahmad Nuze
12) Pn Zaleha bt Sitam
Salam sejahtera kepada semua warga SKTPP:
Sesi persekolahan pada minggu ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran murid mengikut jadual penggiliran. Murid-murid bersama semua warga SKTPP sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan dengan cara hidup dalam norma baharu. Murid-murid kelihatan tenang dan ceria semasa hadir ke sekolah bagi mengikuti sesi pembelajaran bersemuka.
Suasana di sekolah sepanjang minggu ini;
a) Setiap pagi di pintu pagar sekolah:
Friday, November 19, 2021
Laporan Bertugas Minggu Ke-39 (Sesi Petang )
Tarikh : 15 – 19 November 2021
Senarai guru bertugas pada minggu ini :
Nama guru-guru bertugas :
1) En. Rusmami bin Rosli (K)
2) Pn. Nornadzirah binti Abd Rahim (P)
3) Pn. Siti Maziah binti Muhammad Tajuddin
4) Pn. Zabedah binti Othman
5) Cik Amalina binti Abd Hamid
6) Pn. Khairiah binti Razali
7) Pn. Salmi binti Adnan
8) Pn. Suziana binti Mohd Makhtar
9) En. Wan Roswandy bin Wan Ibrahim
10) Cik Nurul Hanani binti Mohamad Kamal
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, sesi persekolahan pada minggu ke -39 berjalan dengan lancar dan teratur mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KPM dan sekolah. Minggu ini, merupakan minggu kedua bagi murid kumpulan A datang ke sekolah untuk mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka. Murid-murid tahap 1 kelihatan gembira, teruja serta bersemangat apabila tiba di pagar sekolah disambut oleh guru-guru bertugas dan juga guru kaunseling.
Murid-murid sentiasa diingatkan mengenai kepentingan mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan kepentingan kebersihan diri sebagai langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mecegah wabak Covid-19 kerana kita masih lagi berperang dengan virus ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Penolong Kanan Petang, Pn. Siti Raudah Binti Hamid kerana senantiasa bersama-sama guru bertugas memantau dan memerhati kelancaran sewaktu murid-murid tiba dan balik dari sekolah.
Selamat datang diucapkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu iaitu Puan Fauziah binti Salehoddin yang baru menjalankan tugas pada minggu ini. Semoga puan dapat sesuaikan diri dengan sekolah baru dan kita dapat menjalankan tugas sebagai satu pasukan pada masa akan datang.
Suasana sesi persekolahan pada minggu ke-39 yang sempat dirakam oleh guru bertugas :
Murid yang tiba di pagar A akan mengimbas suhu kemudian mencuci tangan sebelum naik ke kelas |
Murid yang tiba di pagar B akan mengimbas suhu kemudian mencuci tangan dan naik ke kelas |
Murid mencuci tangan sebelum naik ke kelas |
Waktu balik - Murid beratur di luar kelas sebelum ke pagar A dan B |
Suasana murid pulang di pagar B diawasi oleh guru bertugas |
Suasana murid balik di pagar A |
Laporan disediakan oleh :