Monday, November 29, 2021

Terima Kasih Peruntukan JPS

Terima kasih buat PPD Sepang dan JPN Selangor atas sumbangan peruntukan untuk pembelian set-set peralatan kriket baharu yang sangat diperlukan. Semoga anak-anak murid akan rajin berlatih bersama para coaches yang sentiasa energetik, tak jemu membimbing dan mencungkil bakat muda...










Saturday, November 27, 2021

Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Taman Putra Perdana 2021

Hari ini Sabtu (27 November 2021), telah diadakan Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Janak peringkat sekolah secara dalam talian anjuran Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).

Bagi menyambut dan meraikan kanak-kanak yang juga merupakan murid-murid SK Taman Putra Perdana, pihak sekolah mengambil inisiatif mengadakan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah. 

Objektif program adalah seperti berikut:

  • Sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak sekolah dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak.
  • Dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.
  • Menanam dan menyuburkan kesedaran murid-murid tentang hak-hak mereka.
  • Memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak yang bakal mewarisi dunia kelak.

Poster Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah 2021 telah disediakan oleh ahli jawatankuasa yang terlibat di bawah pimpinan Encik Rusydan bin Ismail.

Buku program Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah 2021 pula merupakan hasil kerja dan kreativiti Puan Halijah binti Mihat dengan kerjasama dari semua ahli jawatankuasa di bawah pimpinan beliau.

Klik sini untuk ke pautan buku program.

Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak pada tahun ini telah dikemudikan oleh dua orang guru yang sangat berpengalaman sebagai pengacara majis iaitu Cik Roslinda binti Mansor dan Puan Nurliza binti Ab Rahman. Memetik ucapan pembukaan daripada pengerusi majlis pada hari ini, Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat kebangsaan tahun 2021 telah disambut pada 16 Oktober 2021 yang lalu. Kanak-kanak didefinisikan sebagai seorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-kanak.

Bertemakan ‘Anak Kita Masa Depan Kita’ Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah pada tahun ini telah diadakan dalam medium yang berbeza. Majlis sambutan penutupan kali ini julang-julung kalinya diadakan secara dalam talian menggunakan platform aplikasi youtube.

Berikut merupakan bingkisan gambar-gambar semasa perjalanan Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah 2021.

Pengacara majis, Cik Roslinda binti Mansor.

Pengacara majis, Puan Nurliza binti Ab Rahman.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang telah dipimpin oleh Ustaz Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah. Semoga dimakbulkan doa yang telah dibacakan oleh ustaz.

Bacaan doa dipimpin oleh, Ustaz Syed Farhan. 

Pembuka tirai ucapan pada majlis kali ini telah dimulakan dengan ucapan daripada wakil murid, adik Alya Zayyan binti Mohd Al Baasit dari kelas 6 Harmoni.

Ucapan daripada wakil murid, adik Alya Zayyan.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan aluan daripada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTPP, Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian.

Kata aluan daripada,
Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SKTPP,
 Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian.

Seterusnya, Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah diteruskan dengan ucapan perasmian daripada Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali. Guru Besar telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah bagi tahun 2021.

Ucapan perasmian daripada Guru Besar SK Taman Putra Perdana,
Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.

Meneruskan kelangsungan acara pada hari ini, majlis telah disajikan dengan video persembahan taranum Al-Quran yang telah disampaikan oleh adik Nik Khairunnisa binti Nik Syafful Hadi dari kelas 6 Harmoni. Persembahan adik Nik Khairunnisa telah dibimbing oleh Ustazah Safinatunajakh binti Mat Som.

Taranum Al-Quran oleh adik Nik Khairunnisa binti
Nik Syafful Hadi dari kelas 6 Harmoni. 

Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak pada tahun ini. Aktiviti-aktiviti  ini telah melibatkan semua murid prasekolah, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), dan murid-murid aliran perdana yang terdiri daripada tahun 1 hingga tahun 6. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah;

  • -        Acara sukaneka (Prasekolah dan PPKI)
  • -        Pertandingan sajak
  • -        Pertandingan syair
  • -        Pertandingan pidato
  • -        Pertandingan bercerita
  • -        Pertandingan nyanyian
  • -        Pertandingan tarian

Aktiviti-aktiviti ini telah dilangsungkan bermula 22 Oktober hingga 14 November 2021 yang lalu.

Majlis diteruskan dengan tayangan video-video pemenang dan persembahan pemenang bagi setiap kategori. Berikut merupakan antara gambar-gambar semasa persembahan pemenang yang telah ditayangkan semasa siaran langsung Sambutan Hari Kanak-Kanak melalui aplikasi youtube.  Senarai penuh nama pemenang bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan telah dipaparkan semasa siaran langsung pada hari ini. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat!

Antara gambar-gambar persembahan pemenang

Antara gambar-gambar persembahan pemenang

Turut dilampirkan semasa siaran langsung adalah bingkisan gambar dan video Sambutan Hari Kanak-kanak yang telah disambut oleh murid-murid prasekolah dan PPKI secara bersemuka di sekolah dengan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.

Video Sambutan Hari Kanak-Kanak Prasekolah

Video Sambutan Hari Kanak-Kanak PPKI

Persembahan seterusnya pada hari ini adalah sebuah persembahan yang sangat unik iaitu persembahan pencak silat yang telah disampaikan oleh adik Nur Dayana Qamelia dari kelas 4 Iphone di bawah bimbingan Cikgu Halim. Video persembahan adik Nur Dayana telah dirakamkan khas di Putrajaya sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak SKTPP bersama-sama pesilat SUKMA Kuala Lumpur yang juga dibimbing oleh Cikgu Halim.

Persembahan pencak silat oleh adik
Nur Dayana Qamelia dari kelas 4 Iphone

Majlis pada hari ini sampai ke acara kemuncaknya iaitu acara penyampaian hadiah Tokoh Kanak-Kanak peringkat sekolah 2021. Biodata tokoh sesi pagi telah dibacakan oleh Cik Roslinda selaku pengacara majlis dan seterusnya diikuti dengan pengumuman nama tokoh iaitu Adik Rayyan Hayy bin Zunaizan dan ucapan daripada Tokoh Kanak-Kanak sesi pagi peringkat SKTPP 2021.

Tokoh Kanak-kanak sesi pagi,
 adik Rayyan Hayy bin Zunaizan

Biodata Tokoh Kanak-Kanak sesi petang pula telah dibacakan oleh Puan Nurliza dan seterusnya diikuti dengan pengumuman nama tokoh iaitu adik Muhammad Haziq bin Mohd Amir dan ucapan daripada Tokoh Kanak-Kanak sesi petang peringkat SKTPP 2021.


Tokoh Kanak-Kanak sesi petang,
adik Muhammad Haziq bin Mohd Amir

Sebelum majlis pada hari ini melabuhkan tirainya, majlis telah diserikan dengan persembahan gimik yang yang dibawa khas oleh Ustaz Mohd Hadri bin Ag Idris.

Persembahan gimik yang yang dibawa khas
oleh Ustaz Mohd Hadri bin Ag Idris

Video penuh Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Taman Putra Perdana 2021 boleh ditonton melalui aplikasi YouTube. Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli jawatankuasa persembahan video yang telah diketuai oleh Puan Nur Malisha binti Omar atas penghasilan video yang sangat menarik dan kreatif pada kali ini.

Pengerusi majlis telah mengakhiri siaran langsung majlis penutupan pada kali ini dengan mewakili semua ahli jawatankuasa memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan keterlanjuran sepanjang majlis ini diadakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada barisan pentadbir, semua ahli jawatankuasa guru, ibu bapa, murid-murid dan semua warga sekolah yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Laporan majlis diakhiri dengan sebuah tayangan video pendek ucapan Sambutan Hari Kanak-Kanak daripada anak-anak murid kesayangan warga SK Taman Putra Perdana. Selamat Hari Kanak-Kanak!

"Anak Kita Masa Depan Kita"


Disediakan oleh,

Amalina binti Abd Hamid

Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Majlis
Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2021
SK Taman Putra Perdana

Friday, November 26, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-40 (Sesi Petang)

Tarikh               : 22 - 26 November 2021
Minggu             : 40
Kumpulan        : 4 (Sesi Petang)

Senarai guru bertugas pada minggu ini adalah:

1. Encik Nor AmirulFitri bin Othman

2. Puan Nur Malisha binti Omar

3. Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah

4. Puan Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud

5. Puan Nazahiyah binti Ab Rahman

6. Puan Fadhilah binti Talib

7. Puan Rabihah binti Amirudin

8. Puan Parimala A/P Panni Selvan

9. Puan Ranjiny A/P Rajah


Salam sejahtera kepada semua warga SKTPP:

Minggu ini merupakan minggu ke-40 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi persekolahan pada minggu ini berjalan dengan lancar dan teratur dengan kehadiran murid mengikut jadual penggiliran. Murid-murid dari kumpulan B hadir ke sekolah untuk mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka.  

Segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dipatuhi dengan baik sekali. Murid-murid sudah memahami kehidupan norma baharu ini dengan mematuhi garis panduan SOP supaya menjaga diri masing-masing bagi menjalani kehidupan dalam situasi pandemik Covid-19. 

Murid-murid kelihatan ceria, tenang dan bersemangat semasa hadir ke sekolah dan mereka disambut oleh guru-guru bertugas. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Penolong Kanan Petang, Pn. Siti Raudah Binti Hamid kerana sentiasa bersama-sama guru bertugas memantau dan memerhati kelancaran sewaktu murid-murid tiba dan balik dari sekolah.

Berikut adalah suasana sesi persekolahan pada minggu ini:

a) Guru-guru bertugas menyambut kedatangan murid di pintu pagar A




b) Guru-guru bertugas menyambut kedatangan murid di pintu pagar B





c) Murid-murid sebelum naik ke kelas masing-masing.


d) Murid-murid beratur ketika membeli makanan pada waktu rehat.

Secara keseluruhan sesi persekolahan bersemuka pada minggu ini berjalan dengan baik. Semoga pada minggu yang akan datang bertambah baik dengan pelaksanaan program-program pendidikan yang dirancang kepada murid. 

Laporan disediakan oleh :
Ranjiny A/P Rajah

Laporan Bertugas Minggu Ke-40 (Sesi Pagi)

Tarikh               : 22 - 26 November 2021

Minggu             : 40

Kumpulan        : 4 (Sesi Pagi)


Senarai guru bertugas pada minggu ini:

1) Pn Norziani bt Zubir (Ketua)

2) Pn Zailezah bt Sardi

3) Pn Norlida bt Othman 

4) Pn Umi Nazrah bt Saharoni

5) Pn Arnny Yusnita bt Md Enarji

6) Pn Norazian bt Mat Anuar 

7) Pn Nor Azura bt Mustafa 

8) Pn Norfauziaton bt Ali Mohamed

9) En Srimahathevan a/l Vadivelu

10) Pn Jamilah bt Yusof

11) Pn Arjunawati bt Ahmad Nuze

12) Pn Zaleha bt Sitam

Salam sejahtera kepada semua warga SKTPP:

Sesi persekolahan pada minggu ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran murid mengikut jadual penggiliran. Murid-murid bersama semua warga SKTPP sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan dengan cara hidup dalam norma baharu. Murid-murid kelihatan tenang dan ceria semasa hadir ke sekolah bagi mengikuti sesi pembelajaran bersemuka. 

Suasana di sekolah sepanjang minggu ini;

a) Setiap pagi di pintu pagar sekolah:


b) Sewaktu murid rehat di kantin:


c) Semasa murid balik pulang:



Antara rangkuman peristiwa lain sepanjang minggu ini:

a) Penyampaian hadiah plak dan sijil Naib Johan e-Nilam Pendidikan Khas Negeri Selangor kepada murid Nur Qaisara Arissa.


b) Sumbangan ayam segar daripada Bumbung Ehsan kepada 50 penerima asnaf

c)  Mesyuarat Pemilihan Sebut Harga Kantin dan perbincangan situasi Covid-19 bersama En. Jamilulail (Penolong Pegawai PPD Unit HEM PPD Sepang)


d) Sesi suai kenal dengan pengusaha kantin sekolah yang baru bagi sesi 2022 - 2023 (En. Muhammad Khusyairi bin Abdul Latif - Syarikat K & A Millionaire Enterprise)
 

Secara keseluruhan sesi persekolahan bersemuka pada minggu ini berjalan dengan baik. Semoga pada minggu yang akan datang bertambah lebih baik dengan pelaksanaan program-program pendidikan yang dirancang kepada murid. 

Friday, November 19, 2021

Laporan Bertugas Minggu Ke-39 (Sesi Petang )

 Tarikh : 15 – 19 November 2021 


Senarai guru bertugas pada minggu ini :

Nama guru-guru bertugas :

1) En. Rusmami bin Rosli (K)

2) Pn. Nornadzirah binti Abd Rahim (P)

3) Pn. Siti Maziah binti Muhammad Tajuddin

4) Pn. Zabedah binti Othman

5) Cik Amalina binti Abd Hamid

6) Pn. Khairiah binti Razali

7) Pn. Salmi binti Adnan

8) Pn. Suziana binti Mohd Makhtar

9) En. Wan Roswandy bin Wan Ibrahim

10) Cik Nurul Hanani binti Mohamad Kamal 

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, sesi persekolahan pada minggu ke -39 berjalan dengan lancar dan teratur mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KPM dan sekolah. Minggu ini, merupakan minggu kedua bagi murid kumpulan A datang ke sekolah untuk mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka. Murid-murid tahap 1 kelihatan gembira, teruja serta bersemangat apabila tiba di pagar sekolah disambut oleh guru-guru bertugas dan juga guru kaunseling.

Murid-murid sentiasa diingatkan mengenai kepentingan mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan kepentingan kebersihan diri sebagai langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mecegah wabak Covid-19 kerana kita masih lagi berperang dengan virus ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Penolong Kanan Petang, Pn. Siti Raudah Binti Hamid kerana senantiasa bersama-sama guru bertugas memantau dan memerhati kelancaran sewaktu murid-murid tiba dan balik dari sekolah.

Selamat datang diucapkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu iaitu Puan Fauziah binti Salehoddin yang baru menjalankan tugas pada minggu ini. Semoga puan dapat sesuaikan diri dengan sekolah baru dan kita dapat menjalankan tugas sebagai satu pasukan pada masa akan datang.

Suasana sesi persekolahan pada minggu ke-39 yang sempat dirakam oleh guru bertugas :  

Murid yang tiba di pagar A akan mengimbas suhu kemudian mencuci tangan sebelum naik ke kelas

Murid yang tiba di pagar B akan mengimbas suhu kemudian mencuci tangan dan naik ke kelas

Murid mencuci tangan sebelum naik ke kelas

Waktu balik - Murid beratur di luar kelas sebelum ke pagar A dan B

Suasana murid pulang di pagar B diawasi oleh guru bertugas

Suasana murid balik di pagar A

     Laporan disediakan oleh :
     Nornadzirah binti Abd Rahim