Pages

Friday, January 14, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-43 (Sesi Pagi)

Tarikh: 10 Januari hingga 14 Januari 2022

Hari: Isnin hingga Jumaat

Senarai Nama Guru Bertugas:

Kumpulan A

1. Pn Rosmawati binti Md Desa (K)

2. Pn Roseniza binti Setapa (P)

3. Pn Norsiah binti Mohd Nor

4. Pn Norli binti Hassan

5. Pn Astina binti Mahad Nor

6. Pn Azwani binti Mohamed Noordin @ Noordin

7. Pn Juli binti Mahbah

8. En Zurilazman bin Abdullah

9. Pn Norinna binti Mohamed

10. En Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi

11. Pn Claudia Jacqueline Charles Nelson

12. Tn Hj Tarmiji bin Sabali

13. Cik Maizan binti Abdullah

Alhamdulillah, Isnin 10.1.2022 merupakan hari pertama sesi persekolahan penggal ke-3 tahun 2021/2022. Para guru mengucapkan selamat menjalani pembelajaran secara bersemuka dan pembelajaran kendiri buat semua murid SK Taman Putra Perdana (SKTPP). Semoga bermula minggu ini, semua murid akan kekal sihat, ceria dan bersemangat untuk terus belajar. Kehadiran murid pada minggu ini bagi sesi pagi melibatkan semua murid Prasekolah, semua murid MBK (PPKI), semua murid Tahun 6, Tahun 5 (Kumpulan B) dan Tahun 4 (Kumpulan B). Semua murid Tahun 4 dan Tahun 5 masih bersekolah secara penggiliran.  Ketetapan kehadiran murid adalah berdasarkan Pengoperasian Sekolah Penggal 3, 2021/2022 yang dibentangkan oleh YBMK Pendidikan; Datuk Dr Mohd Radzi bin Md Jidin pada 24 Disember 2021.

Setiap pagi iaitu seawal jam 6.50 pagi, Guru Bertugas merangkap Guru Penyayang akan menyambut kehadiran murid di pintu Pagar A dan Pagar B. Para pentadbir juga sentiasa kelihatan turut serta berada di pintu pagar bersama-sama menyambut kehadiran murid. Semua murid SKTPP telah menjadi kebiasaan, sebaik sahaja tiba di pintu masuk pagar sekolah, mereka akan mengambil suhu dan mencuci tangan di sinki yang disediakan. Kemudian murid akan terus berjalan masuk ke kelas masing-masing. Bacaan zikir akan diperdengarkan melalui pembesar suara oleh guru bertugas sepanjang murid mula sampai di sekolah sehingga pukul 7.30 pagi. Murid-murid sentiasa diingatkan supaya tidak lupa untuk menjaga jarak dan memakai pelitup muka. 

Hari pertama sesi persekolahan penggal ke-3 ini dimulakan dengan bacaan doa oleh guru bertugas (Ustaz Zurilazman) dan ucapan ringkas oleh Guru Besar (Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali). Pn Hjh Rohaidah mengucapkan tahniah kepada semua murid yang hadir ke sekolah serta mengingatkan supaya sentiasa berdisiplin menjaga kesihatan dan S.O.P. 

Bermula minggu ini aktiviti murid di dalam kelas adalah sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual waktu yang telah diedarkan kepada semua murid. Pada waktu rehat, murid akan makan di dalam kelas masing-masing dengan dikawalselia oleh guru yang telah ditetapkan. Ketika murid pulang, mereka akan berjalan di laluan yang telah ditetapkan menuju ke pintu pagar untuk pulang ke rumah. 

Berikut adalah sebahagian paparan gambar dan video aktiviti pada minggu ini:






Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid 

Suasana ketika murid sampai di sekolah

Suasana ketika pulang dari sekolah

Suasana di bilik darjah

Pn Hjh Rohaidah Mohd Ali (Guru Besar) bersama Konst. Kennery (Pegawai Perhubungan Sekolah). 

SKTPP dikunjungi pemantau dari JPS, Puan Siti Aishah

En. V.Senggutuan, Pegawai Bahasa Tamil dari JPS datang melawat SKTPP

Suasana di bilik guru

Suasana di bilik guru

Suasana di pejabat 

Ujian Penilaian dan Temuduga PRS Tahap Bongsu 

Penyampaian Sijil Pencapaian PRS Tahap Bongsu Peringkat Kebangsaaan kepada
Adik Qhalesya Nur Iman, 6 Jujur

Suasana ketika rehat


Suasana semasa murid hadir ke sekolah


Suasana semasa Majlis Bacaan Yassin pada pagi Jumaat

No comments:

Post a Comment