Pages

Friday, January 21, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-44 (Sesi Petang)

Tarikh : 17 Januari 2022 hingga 21 Januari 2022

Senarai guru bertugas sesi petang kumpulan 2.

1. En. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin (K)

2. Pn. Nik Rosmaliza binti Nik Husain (P)

3. Pn. Halijah binti Mihat

4. Pn. Nahirah binti Taib

5. Pn. Nor Azian binti Ahmad

6. Cik Noor Azlinda binti Kasmin

7. Pn. Nor Maziah binti Abd Malek

8. Pn. Shuharma binti Ahmad

9. Pn. Roslelawati binti Ibrahim

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Minggu ini merupakan minggu ke-44 penggal ke-3 sesi persekolahan 2021/2022. Sesi persekolahan pada minggu ini melibatkan kehadiran murid sesi petang Prasekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan murid RMT hadir ke sekolah bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka tanpa penggiliran. Manakala murid Tahun 3 kumpulan B hadir ke sekolah dan murid Tahun 3 kumpulan A mengikuti PdPR dari rumah. 

Syukur alhamdulillah sesi persekolahan berjalan dengan lancar sepanjang minggu ini. Murid-murid terus bersemangat untuk hadir dan menuntut ilmu di sekolah manakala murid-murid Tahun 3 kumpulan B terus bersemangat meneruskan sesi PdPR di rumah masing-masing. Perjalanan dan pengurusan sekolah sepanjang minggu ini tetap mengekalkan Garis Panduan dan Operasi Standard (SOP) selaras dengan ketetapan dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berikut merupakan rangkuman perjalanan sekolah sesi petang sepanjang minggu ini.

Gambar 1 : Kehadiran murid disambut oleh guru bertugas dari unit guru penyayang di pintu pagar A. 

Gambar 2 : Murid-murid beratur untuk memeriksa susu badan masing-masing sebelum masuk ke kawasan sekolah.


Gambar 3 : Murid-murid mencuci tangan sebelum masuk ke kawasan sekolah sesuai dengan Garis Panduan & Operasi Standard (SOP) yang dikuatkuasakan.

Gambar 4 : Murid Tahun 1 berkumpul di dewan mengikut kelas dengan penjarakan fizikal dan kawalan dari guru bertugas sebelum masuk ke dalam kelas masing-masing.

Gambar 5 : Murid Tahun 3 berkumpul mengikut kelas masing-masing sebelum masuk ke kelas

Gambar 6 : Murid-murid beratur dengan penjarakan fizikal ketika membeli makanan semasa waktu rehat.

Gambar 7 : Murid-murid menunggu ibu bapa dan penjaga di dalam khemah mengikut kelas masing-masing semasa waktu pulang dari sekolah.


Gambar 8 : Pelancaran Program Cakna LITNUM (Literasi & Numerasi) berlangsung secara ringkas dan disempurnakan oleh Puan Guru Besar melalui simbolik penyerahan modul kepada murid dan penyerahan murid kepada guru pembimbing.


Disediakan oleh;
En. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin

No comments:

Post a Comment