Program Transisi adalah antara
program yang perlu didedahkan kepada murid-murid. Ia juga merupakan
sebagai fasa persediaan kepada Murid Tahun Satu dengan tujuan untuk membantu murid-murid
menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal
di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu.
Episod kali ini merupakan Minggu ke-2
Program Transisi. Ia berjalan dengan lebih baik. Murid-murid kelihatan sudah
dapat menyesuaikan diri di dalam bilik darjah, di persekitaran sekolah dan juga dapat
membina hubungan yang baik dengan rakan sebaya. Dengan kerjasama yang diberikan
oleh ibubapa dan guru telah membantu murid-murid menyesuaikan diri
di persekitaran yang baru.
Pada minggu ke-2, program ini merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran, perbualan dan rehat. Antara aktivitinya ialah latihan menyanyi lagu
Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Murid-murid diberi penerangan
tentang takrifan bentuk dan warna logo sekolah. Guru melaksanakan pentaksiran bilik darjah dengan menyediakan aktiviti yang sesuai untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran prabaca, pratulis dan pranombor bagi murid-murid yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran tersebut. Murid-murid juga dapat menyiapkan
buku latihan transisi dengan baik. Fasa ini bertujuan menyediakan murid-murid
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran, seterusnya disamping
menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran sekolah serta membina hubungan
baik dengan rakan dan guru.
Gambar-gambar yang dirakam pada Minggu ke-2
|
Murid-murid berkumpul didewan sebelum masuk ke kelas mengikut kumpulan kelas masing-masing
|
|
Saat ini mereka telah faham tentang disiplin yang perlu mereka patuhi. Mereka berada dalam barisan yang tersusun dan menjaga tingkahlaku dengan tertib
|
|
Guru Penolong Kanan Petang, Puan Siti Raudah sedang memberi taklimat tentang pengurusan sekolah |
|
Pergerakan murid untuk naik ke kelas bersama guru mata pelajaran |
|
Sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Murid-murid sangat teruja dengan aktiviti Program Transisi yang dijalankan. Mereka bersungguh-sungguh memberi perhatian dan sentiasa bersemangat |
|
Mereka dengan cekap menyiapkan aktiviti-aktiviti yang disediakan |
|
Masa rehat murid Tahun 1 pada pukul 3.20. Mereka membeli makanan di kantin dan makan di dalam kelas yang diawasi oleh guru mata pelajaran |
|
Murid-murid membuat barisan di luar kelas pada waktu balik. Jelas kelihatan seronok pada wajah mereka sewaktu sesi persekolahan tamat |
Syabas kerana sentiasa bersemangat dan selamat melangkah ke alam persekolahan!
Disediakan oleh
Salmi binti Adnan
No comments:
Post a Comment