Pages

Friday, July 1, 2022

Kem Bestari Solat Tahun 2022 (Sesi Pagi)

Mendirikan solat fardu  merupakan rukun Islam yang kedua wajib ditunaikan oleh setiap individu muslim. Setiap muslim diwajibkan untuk melaksanakan solat fardu lima waktu setiap hari. Jika seseorang muslim meninggalkan solat fardu, wajib baginya untuk menggantikannya. Solat adalah ibadah yang harus memenuhi syarat-syarat dan tatacara tertentu. Demi membina generasi muda muslim yang sejati, Kem Bestari Solat yang telah dilaksanakan setiap tahun masih diteruskan lagi pada tahun ini  dengan jayanya. Aktiviti Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi  memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.

Antara objektif Kem Bestari Solat adalah :

1. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.

2. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat fardu.

3. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

4. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.

5. Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fardu sebagai ibadat yang wajib dalam kehidupan seharian.

6. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang sempurna sama ada solat secara bersendirian ataupun berjemaah.

Program Kem Bestari Solat ini telah dilaksanakan dengan menjemput penceramah luar bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk "Solatku Sempurna Akhlakku Terjaga". Ceramah ini telah disampaikan kepada murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 yang bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 11.00 pagi. 

Serba sedikit profil penceramah:

Nama            : Mohd Affendi bin Mat Zin

Tempat lahir : Gua Musang, kelantan

Pendidikan   : Ijazah Sarjana Muda Fiqh Wa Ushul, Jamiah Mu'tahm Jordan

                     : Master Of Arts (Nationhood Studies) UUM

Kerjaya        : Guru Bahasa Arab di SK Kota Warisan

Sesi ceramah pada kali ini menerangkan tentang rukun dan cara-cara solat yang sempurna. Di samping itu, penceramah juga menekankan tentang kepentingan pelaksanaan solat yang sempurna dalam membentuk jati diri dan akhlak generasi muda. Solat mampu memberi kekuatan kepada diri manusia untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan, menjauhi perbuatan mungkar, mengurangkan kesulitan dan keangkuhan di saat menerima nikmat daripada Allah SWT. Selain itu, solat mendidik diri murid-murid untuk menjaga disiplin waktu dan sanggup menjauhi perkara-perkara yang melalaikan. Cabaran zaman globalisasi kini, pelbagai pengaruh negatif yang boleh mempengaruhi anak-anak muda. Justeru itu, jati diri yang kukuh dan penuh ketaqwaan yang tinggi kepada Allah SWT mampu membendung anak-anak muda daripada melakukan perkara yang sia-sia dan tidak bermoral seperti minum arak, penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Penceramah juga menasihati anak-anak murid supaya sentiasa menjaga solat dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian dengan sempurna. Solat dapat menghiasi dan memperindah seseorang dengan akhlak yang terpuji dan akal yang sihat seperti jujur, patuhi peraturan, berdisiplin dan bersabar. 

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :


Tajuk Ceramah : Solatku Sempurna Akhlakku Terjaga


Pengacara Majlis : Ustazah Mas Ayu Binti Ariffin

Bacaan Doa : Ustaz Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif 

Ucapan Guru Besar; Puan Rohaidah Binti Mohd Ali 

Penceramah Ustaz Mohd Affendi bin Mat Zin

Sesi soal jawab kuiz

Hadiah bagi murid yang berjaya menjawab soalan kuiz oleh penceramah 

Kuiz Tahun 4

Kuiz Tahun 5

Kuiz Tahun 6

Murid yang berjaya menjawab soalan kuiz 

Penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh Puan Rohaidah Binti Mohd Ali (Guru Besar SKTPP)

Pautan Buku Program Kem Bestari Solat SKTPP 2022 : http://online.anyflip.com/ozibu/nudt/mobile/

Diharapkan  pelaksanaan Kem Besatri Solat ini memberi kesan positif kepada murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan ibadah fardhu ain dalam kehidupan seharian mereka. Akhirnya semoga segala ibadah dilaksanakan mendapat keredaan dan keberkatan Allah SWT.

Disediakan oleh Mawaddah Binti Kamarulzaman

No comments:

Post a Comment