Medan perjuangan anak-anak istimewa dalam sukan olahraga kini kembali menggegar bumi Subang USJ23. Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2022 yang menghimpunkan atlet-atlet terbaik setiap daerah di Negeri Selangor.
Kontingen Sepang telah menghantar seramai 42 orang atlet, termasuk seorang murid PPKI SK Taman Putra Perdana iaitu Nur Alesya Ammara Hana Binti Mohd Redzuan dalam acara lontar peluru dan 4x100 meter perempuan bawah 12 tahun.
Secara keseluruhan Kontingen Sepang berada di kedudukan ke-9 dengan jumlah kutipan pingat 1emas, 7 perak dan 12 gangsa.
Syabas atas semangat juang yang tinggi buat anak-anak istimewa Sepang. Walaupun daerah Sepang menghantar kontingen yang paling sedikit tetapi mereka tidak mudah menyerah kalah sebelum berjuang! Menang tak megah, kalah tak rebah!
Berikut ialah gambar-gambar menarik di sepanjang kejohanan ini berlangsung:
Tahniah buat atlet-atlet Sepang yang berjaya dan yang tidak berjaya. Kita kutip pengalaman tahun ini dan jadikan pengajaran dalam memburu kejuaraan tahun depan! Terima kasih buat semua sahabat team Sepang yang sangat hebat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Semoga kita berjumpa lagi dalam program-program akan datang. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua!
#TeamSepang
#WeStrongTogether
No comments:
Post a Comment