Sempena kedatangan bulan Muharam 1444H Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah 2022/1444H. Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan hari yang penting bagi umat Islam kerana memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dan dari situlah agama Islam dapat disebarkan sehingga ke serata dunia.
Dalam konteks hari ini pula, hijrah bermaksud berubah kepada sikap
yang lebih positif, peningkatan ilmu pengetahuan, penguasaan ekonomi dan sains
teknologi dalam kalangan umat Islam bagi memperbaiki pandangan bukan Islam
terhadap Islam.
Justeru itu, adalah amat penting majlis ini diadakan bagi mendedahkan dan membuka minda murid tentang betapa pentingnya hijrah pada umat Islam juga mengambil iktibar serta ibrah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
Antara objektif Sambutan Maal Hijrah ialah:
Majlis ini diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh guru Bahasa Arab SK Taman Putra Perdana iaitu Ustaz Zurilazman bin Abdullah. Pengisian ceramah ini menghuraikan mengenai surah At-Taubah ayat 40 iaitu menceritakan kronologi penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya. Penyampaian ceramah ustaz begitu menarik perhatian murid-murid. Mereka mendengar dengan tekun dan khusyuk. Bagi memeriahkan lagi suasana beberapa soalan kuiz diutarakan bagi menguji minda dan ingatan murid. Syabas kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan kuiz dengan tepat dan jelas.
Di akhir program murid-murid mengalunkan lagu Maal Hijrah bersama dengan guru-guru SK Taman Putra Perdana.
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah itu membentuk perpaduan
Antara gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis ini dijalankan;
Pengerusi majlis ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Syarif |
Murid-murid bersedia menunggu majlis bermula |
Penceramah ustaz Zurilazaman bin Abdullah |
Barisan pentadbir turut menghayati ceramah |
Murid-murid tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh ustaz Zurilazman |
Guru-guru turut serta mendengar ceramah Hijrah |
Murid-murid yang berjaya menjawab soalan kuiz |
Penutup majlis semua murid mengalunkan lagu Maal Hijrah |
Cenderahati buat penceramah |
Ahli jawatan kuasa yang menjayakan program |
No comments:
Post a Comment