Pages

Saturday, November 5, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu-30 (Sesi Pagi)

Tarikh :    31 Oktober - 4 November 2022

Hari :    Isnin - Jumaat
Tema :    Budaya Malaysia

Senarai Nama Guru Bertugas :
Kumpulan F

1.   Pn. Noorayuni binti Ab. Fatah
2.   En. Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
3.   En. Mohd Rusydan bin Ismail
4.   Pn. Nurliza binti Ab Rahman
5.   Pn. Noor Hanawati Alinda binti Abd Taib Puruji
6.   Pn. Norbaizura binti Nordin
7.   Pn. Azlina binti Mat Isa
8.   Pn. Mas Ayu binti Arifin
9.   Pn. Norziani binti Zubir
10. Pn. Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz


Barisan guru bertugas Kumpulan F

        Pada minggu ini, perhimpunan mingguan tidak dapat dijalankan atas faktor dataran perhimpunan dan dewan sekolah yang basah kerana hujan lebat yang tidak berhenti bermula malam sebelumnya. Justeru, semua guru kelas perlu berada di dalam kelas masing-masing untuk menjaga disiplin murid dan mengemas kelas. 

        Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada minggu ini seperti Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah yang disambut pada hari Selasa (1 November 2022), Pelaksanaan SEGAK Mega bagi Tahun 6 pada hari Rabu dan Jumaat (2 & 4 November 2022), Hari Kokurikulum Unit Beruniform dan Aktiviti Psikomotor Boling PPKI pada hari Rabu (2 November 2022), Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja) untuk murid Tahun 6 pada hari Khamis (3 November 2022) dan pada hari yang sama sekolah juga telah menghantar 10 orang murid ke SK Sungai Merab Luar bagi menyertai Karnival Hari Matematik Daerah Sepang. 

        Berikut adalah sisipan gambar-gambar aktiviti yang telah berlangsung pada minggu ini... 


Kemeriahan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2022

Barisan pentadbir dan tetamu jemputan turut juga memakai pakaian mengikut tema.

Pelaksanaan SEGAK Tahun 6


Aktiviti psikomotor PPKI : boling

Program MEKAR Tahun 6

Penyampaian sijil penghargaan kepada para penceramah MEKAR


Wakil murid dan guru ke Karnival Matematik Daerah Sepang


        Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang pada minggu ini. 

Disediakan oleh:

Fatin Huzaikka Binti Abdul Aziz
Guru Bertugas Kumpulan F.

No comments:

Post a Comment