Pages

Friday, October 21, 2022

Program Sambutan Maulidur Rasul 2022M/1444H (Sesi Petang)

Pengenalan

Maulidur Rasul atau dikenali dengan hari kelahiran nabi Muhammad S.A.W adalah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam di dunia ini. Tema sambutan pada tahun ini ialah Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran. Di SKTPP sambutan Maulidur Rasul sesi petang telah diadakan pada hari Jumaat 21 Oktober 2022 bermula jam 2.30 petang bertempat di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana.

Program ini disambut setiap tahun di SKTPP sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Pelaksanaan sambutan bukan sekadar untuk memperingati hari ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW, malah ia menjadi wadah terbaik dalam menyantuni pelajar dan guru meneladani susur kehidupan, perjuangan dan sunnah Rasulullah SAW.

Matlamat

Sambutan ini juga untuk memperingati sirah Nabi Muhammad S.A.W dan mengambil iktibar daripada pengorbanan Rasulullah terhadap umatnya yang tercinta serta menyedarkan murid islam akan kasihnya Rasulullah terhadap umatnya di samping memperbanyakkan berselawat keatas baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Objektif

1- Menilai dan menghargai pengorbanan Rasul junjungan dalam menyebarkan dakwah.

2- Menanam sifat teladan sahsiah murid melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad S.A.W.

3- Melahirkan masyarakat berukhwah Islamiah dalam warga pendidik melalui konsep perpaduan ummah dan akhlak mulia.

4- Mendidik murid sentiasa berselawat kepada Rasulullah S.A.W.

5- Melahirkan kerjasama dalam kalangan murid bagi merealisasikan aktiviti sekolah.


Sehubungan itu pihak Panitia Pendidikan Agama Islam telah menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan bertujuan untuk menarik minat murid di antaranya ialah untuk tahun 1 dan prasekolah diadakan pertandingan mewarna, tahun 2 pertandingan kuiz  "Cintakan Rasulullah " dan tahun 3 pertandingan nasyid.

Di bawah ini disertakan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung:

Pengacara Majlis









Berikut adalah gambar gambar nasyid yang disertai oleh murid Tahun 3 yang sempat dirakam:








Hakim pertandingan nasyid tahun 3

Suasana di dewan semasa majlis berlangsung

Tempat pertama nasyid kelas 3 Zirqon

Tempat kedua kelas 3 Emerald

Tempat ketiga kelas 3 Saphire

Kesimpulannya dengan adanya sambutan ini murid murid sangat seronok kerana dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang sirah kelahiran Rasulullah dan seterusnya mencintai perjuangan baginda S.A.W. Di samping itu murid juga merasa gembira kerana mendapat hadiah dan saguhati pada hari tersebut. Dengan penyampaian hadiah tersebut maka berakhirlah program Sambutan Maulidur Rasul di peringkat sekolah pada tahun ini. InsyaAllah semoga tahun depan kita akan berjumpa lagi.


Disediakan oleh:
Zalina bt Ismail dan Hastipa bt Mat daud

No comments:

Post a Comment