- Tarikh : 21 November 2022 hingga 25 November 2022
- Hari : Isnin hingga Jumaat
- Masa : 7.00 pagi hingga 1.30 petang
Senarai nama guru bertugas :
1. Rosmizawati Binti Yusuf (K)
2. Syed Farhan Hanafi Bin Syed Abdullah (P)
3. Faridatul-Akmal Binti Ismail
4. Junaidah Binti Rus
5. Nur Murni Binti Abdullah
6. Nurul Iman Binti IIIyas
7. Ahmad Musrizuan Bin Daud
8. Jamunarani a/p Bhoja Rajan
9. Mazzaini Binti Muda
10. Mohd Azarul Bin Mohd Mokhtar
11. Muhammad Afiq Bin Azli
12. Siti Fatimah Binti Wan Yaacob
Guru Bertugas Kumpulan C Minggu ke-33 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga SKTPP.
Alhamdulillah, minggu ini merupakan minggu ke -33 sesi persekolahan bagi tahun 2022. Seramai 12 orang guru bertugas yang berdedikasi dari Kumpulan C telah menjalankan tugas mereka dengan jayanya dalam membantu kelancaran perjalanan aktiviti sekolah pada minggu ini.
Berikut disertakan rakaman aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu ke-33 :
- Tarikh : 21 November 2022, Isnin
- Tempat : Dewan Perdana
a)
Laporan guru bertugas
Minggu ke-32 oleh Cik Nurul Nadirah binti Kamarulzaman
➦ Murid-murid diingatkan
supaya menjaga tingkah laku semasa sesi rehat.
➦ Patuhi peraturan-peraturan
sekolah yang telah ditetapkan.
➦ Beratur ketika mahu keluar
untuk rehat dan naik ke kelas.
b)
Ucapan guru bertugas Minggu
ke-33 oleh Ustazah Siti Fatimah Binti Wan Yaacob
➦ Tema Mingguan : Berkomunikasi
dengan berhemah.
➦ Menghormati guru atau rakan
yang sedang bercakap. Jangan menyampuk atau memotong percakapan guru atau rakan.
Kita hendaklah menjadi pendengar yang baik dengan mendengar apa yang sedang
dibicarakan terlebih dahulu.
➦ Memandang ke arah mata orang
yang sedang bercakap dan tidak melakukan perbuatan yang menunjukkan bahawa diri
kita seolah-olah tidak memberi perhatian pada guru atau rakan yang sedang
bercakap.
➦ Menggunakan perkataan yang
baik dan tidak kasar dalam percakapan serta tidak mengguris perasaan guru atau rakan-rakan.
➦ Jangan memandang
kecil, rendah atau hina semasa berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.
➦ Jaga lidah dan pertuturan walau
dengan siapa sahaja. Jika kita saling menghormati, tentunya akan mewujudkan
suasana yang harmoni di sekolah.
c)
Learn a Word, a Day (LAWAD)
➦ Bahasa Melayu : ada hati (keinginan)
➦ Bahasa Inggeris : complete (lengkap)
➦ Bahasa Arab : يسار
(kiri)
d)
Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Ustazah Azizah Binti Mokhlas
➦ Murid-murid diingatkan
untuk sentiasa menjaga adab ketika guru sedang mengajar di hadapan bagi
memastikan kelancaran PdPc.
➦ Murid-murid perlu memahami
dan menghayati konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) agar membolehkan murid mengambil bahagian secara cergas dan proaktif dalam memperolehi ilmu
baharu.
Suasana Perhimpunan Pagi Minggu ke-33 |
Ucapan guru bertugas dan GPK Pentadbiran & Kurikulum |
Kehadiran murid ke sekolah sesi pagi |
Suasana murid pulang sesi pagi |
- Tarikh : 23 November 2022, Rabu
- Tempat : Dewan Kompleks Sukan MPKL
Warga SKTPP mengucapkan jutaan tahniah kepada adik Muhammad Daiyan Irfan Bin Muhamad Hasrul dari kelas 2 Merpati yang telah mewakili SKTPP dalam Program Kecergasan 1M1S (Lompat Tali Secara Dalam Talian) dan Virtual Lompat Tali Prestasi Tinggi 2022 Peringkat Negeri Selangor. Daiyan telah mengharumkan nama sekolah dengan memenangi tiga acara dalam program tersebut. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Kompleks Sukan MPKL pada jam 9.00 pagi. Adik Daiyan diiringi oleh Pn. Fauziah Binti Salehoddin, Penolong Kanan Kokurikulum SKTPP semasa sesi penyampaian pingat dan sijil dijalankan.
Acara yang dimenangi bagi kategori Bawah 10 Tahun Lelaki :
➦ JOHAN : Single Rope Double
Under Relay (SRDUR) 2p x 30s
➦ NAIB JOHAN : Single Rope
Freestyle (SRF) 1p x 45-75s
➦ KETIGA : Single Rope Double Under Speed (SRDUS) 1p x 30s
Muhammad Daiyan, Tahun 2 mewakili SKTPP dalam 3 acara lompat tali |
Penerimaan sijil dan pingat oleh Daiyan peringkat negeri Selangor |
3.0 Majlis Tautan Kasih Kilauan Budi : Puan Siti Raudah binti Hamid & Ustaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin (Sesi Pagi)
- Tarikh : 25 November 2022, Jumaat
- Tempat : Dewan Perdana SKTPP
Salam perpisahan diucapkan kepada Puan Siti Raudah Binti Hamid, Penolong Kanan Petang dan Ustaz Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin, guru Pendidikan Islam SKTPP yang akan meneruskan khidmat bakti mereka di sekolah baharu. Justeru, satu majlis yang dinamakan Majlis Tautan Kasih Kilauan Budi kelolaan Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) SKTPP telah diadakan pada sesi pagi bagi meraikan kedua-dua insan hebat ini yang telah banyak memberikan sumbangan terhadap kecemerlangan sekolah.
Untuk makluman semua, Puan Siti Raudah binti Hamid akan berkhidmat sebagai
Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum di SKTPP 2. Manakala Ustaz Ahmad Zunaidi
bin Jinalabin akan berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan (GPK) Petang di SK
Jenderam Hilir. Selamat maju jaya warga SKTPP ucapkan kepada Puan Siti Raudah
dan Ustaz Ahmad Zunaidi!
Perarakan bunga manggar dan kompang untuk yang diraikan; Pn. Siti Raudah dan Ustaz Zunaidi |
Sesi bacaan doa, ucapan YDP PIBG dan Guru Besar SKTPP |
Penyampaian hadiah |
Sesi bergambar bersama yang diraikan Pn. Raudah dan Ustaz Zunaidi |
Disediakan oleh :
No comments:
Post a Comment