Pages

Thursday, January 19, 2023

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-38 (Sesi Petang)

Tarikh  : 16 Januari hingga 19 Januari 2023 

Hari     : Isnin - Khamis

Nama Guru Bertugas : 

1. En. Mohd Hadri b. Awang Idris (K)

2. Pn. Suriyana bt Salim (P)

3. En Afandi bt Mat Zain

4. Pn. Nor Holwani bt Yahya 

5. Pn. Nornadzirah binti Abd Rahim 

6. Pn. Saliza bt Mohd Osman 

7. Pn. Ranjiny a/p Rajah 

8. Pn. Nor Saadah bt Abd Halim

9. Pn. Nur Wahidatuldinah bt Hassan 

10. Pn. Ummu Athiah bt Hashim

     Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 

Minggu ini merupakan minggu ke-38 sesi persekolahan bagi tahun 2022/2023 di mana guru-guru dari Kumpulan B akan bertugas sepanjang minggu ini. Alhamdulillah sesi persekolahan pada minggu ini berjalan dengan lancar dan teratur. Walaupun murid-murid sesi petang sudah selesai menjalani Ujian Akhir Sesi Akademik namun anak-anak ini masih bersemangat dan sentiasa ceria untuk hadir ke sekolah. Syabas! cikgu ucapkan.

Berikut adalah laporan sepanjang minggu ini : 

Pada hari Isnin, Perhimpunan Rasmi Mingguan dimulakan tepat pada jam 1.00 petang. Perhimpunan pada minggu ini dikendalikan oleh En Hadri selaku Ketua Kumpulan B. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan juga lagu Sekolah. 

Ustaz Hadri selaku Pengerusi Majlis 

Murid menyayikan 3 buah lagu 

Bacaan doa oleh adik Muhammad Syafiq Syahmi

Bacaan Ikrar diketuai adik Anissa Jannah

Laporan guru bertugas pada minggu lepas disampaikan oleh teacher Norhana 

Antara nasihat yang disampaikan oleh wakil guru bertugas adalah : 

- Murid-murid diingatkan supaya tidak membeli jajan di luar pagar sekolah

- Tidak bermain di taman seberang jalan di hadapan sekolah. 

- Semasa waktu rehat, murid diingatkan supaya makan di kantin sahaja.

- Dilarang membawa kad permainan seperti kad pokemon ke sekolah. 

- Tidak meninggalkan sampah sarap atau bekas makanan/ minuman selepas meninggalkan dewan.  


Perhimpunan diteruskan dengan ucapan dari Penolong Kanan petang En Naga Kannan 

Guru Penolong Kanan Petang En Naga Kannan 

Beliau mengingatkan murid agar tidak berlari ketika berada dikelas atau sekolah. Hal ini kerana dikuatiri murid-murid akan tercedera sekiranya terjatuh. Beliau juga menasihatkan murid-murid supaya menjaga disiplin dan kebersihan sekolah terutamanya di kantin. Murid-murid perlu meletakkan pinggan dan cawan yang telah digunakan di dalam besen yang disediakan oleh pihak kantin.  

Perhimpunan diakhiri dengan memperkenalkan perkataan LAWAD pada minggu ini, 

Bahasa Melayu : Buku 

Bahasa Inggeris : Book

Bahasa Arab : Kitabun

Selesai perhimpunan murid-murid naik ke kelas mengikut barisan. 

Berikut merupakan momen yang terakam sepanjang minggu ini. 

Guru bertugas menyambut kehadiran murid di pagar B

Murid naik ke kelas mengikut barisan

Murid naik ke kelas dalam barisan

Murid membeli makanan di kantin

Murid tahun 2 sedang makan di kantin

Tersenyum riang dapat makan bekal yang disediakan oleh ibu

Murid menunggu penjaga di pagar A (balik sekolah)


Pada minggu ini juga sekolah kami menerima satu kunjungan lawatan penanda arasan dari SK Jugra, Banting, Selangor iaitu pada hari Rabu, 18 Januari 2023 . Objektif lawatan ini adalah untuk berkongsi idea dan kepakaran dengan menggabungjalin kejayaan SK Taman Putra Perdana agar dapat diolah dan disesuaikan untuk kecemerlangan murid. Berikut merupakan momen-momen yang terakam sepanjang lawatan tersebut. 


Lawatan Penanda Arasan SK Jugra, Banting

Kehadiran guru-guru dari SK Jugra

Sesi taklimat

Lawatan ke bilik-bilik khas 

Disertakan juga video kenangan SK Jugra yang bertandang ke SKTPP untuk Lawatan Penanda Arasan



Laporan disediakan oleh: 
Nornadzirah binti Abd Rahim

No comments:

Post a Comment