Pages

Sunday, February 12, 2023

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-40 (Sesi Pagi)

Tarikh : 30 Januari - 3 Februari 2023 (Minggu ke-40) 
Hari : Isnin - Jumaat 
Kumpulan : D (Tema : Hijau) 
Tajuk : Solat Tiang Agama 

Senarai Guru Bertugas Kumpulan D:
1) Pn. Umi Nazrah bt Saharoni (Ketua) 
2) Pn. Nor-Azura bt Mustafa (Pen. Ketua) 
3) Pn. Arnny Yusnita bt Md Enarji 
4) Pn. Nor Hanim bt Ismail 
5) Pn. Norzainon bt Razalli 
6) Pn. Norlida bt Othman 
7) Pn. Zailiezah bt Sardi 
8) Pn. Arjunawati bt Ahmad Nuze 
9) Pn. Norazian bt Mat Anuar 
10) Pn. Norfauziaton bt Ali Mohamed 
11) Cik Azwane bt Adnan 
12) En. Srimahathevan a/l Vadivelu 

     Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapatlah kami guru-guru Kumpulan D sesi pagi bertugas sepanjang minggu ini. 
Aktiviti mingguan dimulakan dengan perhimpunan rasmi yang bermula jam 7.35 pagi. 

    Majlis perhimpunan rasmi telah dimulakan dengan laporan guru bertugas pada minggu lepas iaitu Dr. Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar yang telah melaporkan beberapa perkara terutama berkaitan tentang mematuhi peraturan sekolah. Beliau juga memaklumkan raptai graduasi untuk tahun 6 akan dilaksanakan pada minggu ini. Justeru murid yang terlibat perlu hadir ke sekolah untuk mengetahui perjalanan sepanjang majlis berlangsung.

    Seterusnya, majlis dikendalikan oleh Pn. Arnny Yusnita bt Md. Enarji guru bertugas Kumpulan D yang telah menyampaikan tajuk solat tiang agama. Beliau telah menyampaikan beberapa perkara penting berkaitan kepentingan solat bagi Muslim. Solat diibaratkan sebagai tiang kerana dengan solatlah akan berdiri kukuh sahsiah, adab dan akhlak seseorang muslim. Solat mengandungi falsafah atau hikmah tersendiri yang perlu kita hayati. Ini kerana solat perlu ditafsirkan sebagai jalan petunjuk Allah SWT untuk membimbing manusia supaya sentiasa menghargai dan menepati masa. Itu adalah falsafah ulung dalam solat. 

    Pn. Hjh Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana telah menitipkan beberapa pesanan yang antaranya murid perlu terus mematuhi peraturan sekolah, juga terus menghadirkan diri ke sekolah walaupun akhir sesi akademik untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

LAWAD MINGGU 40

BAHASA MALAYSIA

Adat lama pusaka usang :

Adat lama yang tidak berubah sejak dahulu

BAHASA INGGERIS

Describe : gambarkan

BAHASA ARAB

ملك (malikun) : Raja

   
     Sepanjang minggu ini juga kehadiran murid setiap hari didapati baik dan terkawal terutama ketika murid datang dan pulang melalui pagar A dan pagar B. Sebahagian murid juga masih mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka dan membasuh tangan ketika tiba di sekolah. Murid yang menaiki basikal juga didapati mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. 

     Ketika waktu rehat, murid beratur ketika membeli makanan dan minuman dengan teratur. Murid-murid juga didapati membuang sampah ke dalam tong sampah seperti yang telah disarankan oleh guru-guru. Aktiviti pemulangan buku teks juga lancar. Murid-murid telah membuat pemulangan buku teks bersama guru kelas masing-masing. 
    
    Program Melangkah ke Alam Menengah juga  telah dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi murid-murid tahun 6. Penceramah jemputan telah menyampaikan persiapan yang perlu diambil kira bagi mepersiapkan diri ke alam menengah.

    Raptai untuk Hari Gradusi Tahun 6 juga telah dijalankan dengan lancar. Sebahagian murid tahun 6 yang menyertai hari graduasi telah membuat latihan persembahan dan penyampaian skrol dengan baik.

     Berikut adalah gambar-gambar yang dapat dirakam sepanjang minggu bertugas:
 
Guru-guru bertugas Kumpulan D Sesi Pagi
Perhimpunan rasmi di dataran perhimpunan SKTPP

Aktiviti dan program yang dijalankan sepanjang minggu ini.


    Semoga minggu-minggu sesi akhir akademik ini dapat dijalani dengan baik. Terima kasih kepada semua guru-guru bertugas Kumpulan D Sesi Pagi kerana dapat menjalankan tugas dengan baik dan terkawal. 

Disediakan oleh : 
Pn. Umi Nazrah bt Saharoni

No comments:

Post a Comment