Pages

Friday, February 10, 2023

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-41 (Sesi Petang)

Hari : Selasa - Jumaat

Tarikh : 7 Februari 2023 - 10 Februari 2023

Kumpulan Bertugas : Kumpulan E 

Senarai Nama Guru Bertugas :

1. En. Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim

2. En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman

3. Pn. Nor Arzah binti Hussin

4. Pn. Hastipa binti Mat Daud

5. Pn. Shurhama binti Ahmad

6. Pn. Suziana binti Mohd Makhtar

7. Pn. Suphasara Supranie a/p Airak

8. Hajjah Zalina binti Ismail

9. Pn. Maizara binti Mahat

10. Pn. Nor Azian binti Ahmad

Alhamdulillah tiba giliran Kumpulan E bertugas pada minggu ke-41. Gambar di bawah merupakan barisan guru yang diberi amanah untuk bertugas pada minggu ini.

Sesi persekolahan pada minggu ini bermula pada hari Selasa kerana cuti perayaan Thaipusam pada hari Isnin. Seperti biasa murid datang ke sekolah dengan gembira mengikut waktu yang telah ditetapkan. Kegembiraan mereka sempat dirakam oleh guru yang bertugas di pagar B.


Pada minggu ini telah berlangsung pengagihan buku teks untuk kegunaan sesi 2023 / 2024. Murid -murid begitu teruja menerima buku teks baru. Diharapkan murid-murid dapat menjaga dan menggunakan buku teks itu dengan sebaiknya.

Gelagat murid-murid  Tahun 1 dan 3 juga sempat dirakam semasa waktu rehat. Mereka makan dengan tertib di kantin dan di tempat-tempat yang dibenarkan untuk mereka makan. Selesai makan murid-murid segera beredar ke dewan untuk berkumpul di sana sebelum masuk ke kelas semula. 

Secara keseluruhannya sesi persekolahan pada minggu ke-41 berjalan dengan lancar. Perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku pada minggu ini. Disiplin murid-murid juga terkawal. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli Kumpulan E di atas kerjasama yang diberikan. Sekian sahaja laporan untuk minggu ini.


Disediakan oleh :

Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim

No comments:

Post a Comment