Pages

Friday, April 7, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-3 (Sesi Pagi)

Tarikh : 3 April 2023 hingga 7 April 2023

Hari     : Isnin hingga Jumaat

Masa   : 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

Senarai Nama Guru Bertugas :

Kumpulan C

1. Pn. Mazzaini Binti Muda (Ketua)

2. En. Ahmad Musrizuan Bin Daud (Penolong )

3. En. Syed Farhan Hanafi Bin Syed Abdullah

4. Dr. Mohd Azarul Bin Mohd Mokhtar

5. En. Muhammad Afiq Bin Azli

6. Pn. Rosmizawati Binti Yusuf

7. Pn. Faridatul-Akmal Binti Ismail

8. Pn. Junaidah Binti Rus

9. Pn. Jamunarani Bhoja Rajan

10. Pn. Nur Murni Binti Abdullah

11. Pn. Nurul Iman Binti IIIyas

12. Pn. Siti Fatimah Binti Wan Yaacob

         


Laporan Perhimpunan Rasmi :

Tarikh : 3 April 2023

Hari    : Isnin

Masa  :  7.30 pagi - 8.30 pagi

Tempat : Dewan Perdana

Tema Ucapan : Kebersihan

Tema Warna : Biru

1.0 Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar.

  • Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian ketiga-tiga buah lagu dipimpin oleh Adik Orked Amani binti Mohd Razuan (6 Oppo)
  • Bacaan doa dipimpin oleh Adik Muhammad Zaim bin Norazmi (6 Samsung)
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Cikgu Muhammad Afiq
  • Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh Adik Kaashif Nur Kihara binti Ahmad Fadhlan (6 Oppo)

Suasana Perhimpunan Rasmi Pagi

2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-2 disampaikan oleh Cikgu Roslinda binti Mansor

  • Masih terdapat segelintir ibu bapa yang menurunkan atau menjemput anak-anak di depan pintu pagar A. Oleh itu diminta murid-murid maklumkan perkara ini kepada ibu bapa mereka supaya menghantar atau menjemput anak-anak di pagar B.
  • Murid-murid diminta jangan berebut-rebut atau tolak-menolak ketika turun tangga terutama ketika waktu balik 
  • Murid-murid juga dilarang menggunakan Laluan Patriotik di hadapan Kedai Buku semasa datang dan balik sekolah, sebaliknya murid-murid diminta menggunakan laluan di bilik j-QAF



3.0 Ucapan Guru Bertugas Minggu ini telah disampaikan oleh Cikgu Muhammad Afiq
      
Tema : Kebersihan
    
Kebersihan boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Bagi aspek kebersihan diri, cara penjagaan penampilan diri dan pakaian  perlulah dititikberatkan bermula dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Murid-murid haruslah sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri agar tidak mudah mendapat penyakit dan disenangi oleh rakan-rakan lain.

Dari aspek kebersihan persekitaran pula dimaksudkan bilik darjah, kantin, tandas dan tempat-tempat yang biasa digunakan oleh murid-murid di kawasan sekolah. Murid-murid diminta  menjaga kebersihan persekitaran sekolah seperti membuang sampah di dalam tong sampah, membersihkan kelas masing-masing  supaya dapat belajar dalam keadaan tenang dan kondusif. Murid-murid diingatkan kebersihan adalah separuh daripada iman. Jika kebersihan dijaga  maka kita mudah menerima ilmu yang diberikan oleh guru.

LAWAD pada minggu ini : 

Bahasa Melayu  : Ambil berat - memberi perhatian
Bahasa Inggeris : Paddle - dayung 
Bahasa Arab      : عيعدون raya
  



4.0 Pelancaran Program Guru Penyayang 2023

Pelancaran Program Guru Penyayang dianjurkan oleh Guru-Guru Kaunseling dan AJK Unit Penyayang SKTPP. Guru penyayang adalah guru yang memiliki sifat kepedulian terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Objektif pelancaran program ini adalah menjiwai bahawa amalan penyayang budaya guru di sekolah. Guru-guru juga menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah serta menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.

                                                   


5.0   Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Datin Noraizah binti Dun
  • Beliau mengucapkan tahniah kepada para guru penyayang yang berjaya merasmikan program hari ini.
  • Beliau mengingatkan murid-murid supaya sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri serta kebersihan persekitaran sekolah.
                                            


6.0  Aktiviti Kokurikulum Kelab dan Persatuan
       
       Tarikh      :  5 April 2023
       Masa       :  7.30 - 8.30pagi
       Lokasi      : Tempat-tempat khas
       Sasaran   : Murid-murid tahun 4, 5 dan 6
 
Aktiviti Kokurikulum kali pertama sesi 2023 pun telah bermula. Pada sesi ini aktiviti Kokurikulum bermula dengan Kelab dan Persatuan. Agenda perjumpaan kali pertama adalah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan mengikut kelab dan persatuan masing-masing. Aktiviti kokurikulum pada kali pertama ini berjalan lancar dan meriah. Terima kasih kepada semua guru dan murid-murid yang memberi komitmen yang baik untuk menjayakan aktiviti kokurikulum kali ini.
                                                        




7.0 Sambutan Nuzul Al-Quran 2023

Bulan Ramadan adalah tetamu agung dari Allah untuk umat Islam menambahkan amalan demi meriah ganjaran dan ketakwaan yang dijanjikan Allah. Pada bulan yang mulia ini, Allah S.W.T menurunkan Al-Quran kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sebagai mukjizat terbesar kepada umat islam. Menyedari hakikat ini, maka program pengisian Ramadan iaitu Majlis  Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sekolah telah dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam pada hari Jumaat 7 April 2023. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk menghayati keagungan dan kebesaran Allah S.W.T dengan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta dapat meningkatkan keutuhan sahsiah dan kredibiliti warga SKTPP.
                                                




Sekalung tahniah dan terima kasih juga atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru bertugas (Kumpulan C) sepanjang minggu ini. Tidak dilupakan juga buat semua warga sekolah yang turut sama berganding bahu dalam menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang secara langsung mahupun tidak iangsung. Semoga SKTPP terus cemerlang dalam segala program dan aktiviti yang disertai.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh:
Pn. Jamunarani Bhoja Rajan

No comments:

Post a Comment