Program Transisi adalah antara program yang perlu didedahkan
kepada murid-murid. Ia juga merupakan sebagai fasa persediaan kepada Murid
Tahun Satu dengan tujuan untuk membantu murid-murid menghadapi perubahan diri
dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di rumah ataupun di
prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu.
Episod kali ini merupakan Minggu ke-2 Program Transisi. Ia
berjalan dengan lebih baik. Murid-murid kelihatan sudah dapat menyesuaikan diri
di dalam bilik darjah, di persekitaran sekolah dan juga dapat membina hubungan
yang baik dengan rakan sebaya. Dengan kerjasama yang diberikan oleh ibubapa dan
guru telah membantu murid-murid menyesuaikan diri di persekitaran yang baru.
Pada minggu ke-2, program ini merangkumi aktiviti suai
kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran, perbualan dan
rehat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah latihan menyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri
Selangor dan lagu sekolah. Murid-murid diberi penerangan tentang takrifan
bentuk dan warna logo sekolah. Guru melaksanakan pentaksiran bilik darjah
dengan menyediakan aktiviti yang sesuai untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran
prabaca, pratulis dan pranombor bagi murid-murid yang belum menguasai sepenuhnya
kemahiran tersebut. Murid-murid juga dapat menyiapkan buku latihan transisi
dengan baik. Fasa ini bertujuan menyediakan murid-murid dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai untuk pembelajaran, seterusnya di samping menyesuaikan diri
dengan situasi dan persekitaran sekolah serta membina hubungan baik dengan
rakan dan guru.
Gambar aktiviti-aktiviti sepanjang minggu kedua ini:-
Semoga perjalanan Transisi Tahun 1 pada tahun ini berjalan
lancar dan berjaya mencapai sasaran dan objektif yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment