Pages

Tuesday, June 20, 2023

Program Motivasi Tahun 2 & 3

Hari ini telah berlangsung satu program motivasi untuk semua murid Tahun 2 & 3. Program ini telah dijalankan di Dewan Perdana, SKTPP. Personalia untuk program ini terdiri dari guru Bimbingan & Kauseling sesi petang iaitu Pn Nor Arzah dan Pn Rozimah. Program bermula dari pukul 1.00 petang hingga 3.00 petang dan bersambung semula pada pukul 3.50 petang hingga 6.20 petang.

Antara objektif program ini adalah untuk :-

*Memupuk pemikiran dan sikap positif murid-murid.

*Meningkatkan motivasi diri untuk sentiasa berusaha membina kecemerlangan diri dari segi akademik dan pembentukan sahsiah yang terpuji.

*Meningkatkan keyakinan diri murid-murid untuk merubah nilai diri ke arah yang lebih baik.

*Mewujudkan kesedaran kepada murid-murid agar sentiasa menyayangi dan menghormati diri sendiri, ibu bapa dan guru-guru.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program ini dijalankan.

Murid-murid sedang mendengar ceramah bertajuk "Berfikir Sebelum Bertindak" disampaikan oleh cikgu Nor Arzah



Ceramah kedua "Menjana Keupayaan Diri Untuk Cemerlang" oleh Cikgu Rozimah


Berikut adalah antara aktiviti bersama murid yang sempat divideokan

No comments:

Post a Comment