Pages

Friday, July 7, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-14 (Sesi Pagi)

Tarikh : 3 - 7 Julai 2023

Perhimpunan Pagi (3 Julai 2023)

Terbang burung di tanah paya, 
Memecah sunyi kicauan unggas; 
Tampillah kami segak bergaya, 
Sentiasa bersedia menjalankan tugas. 

1. Barisan guru kumpulan B : Tema hijau 

Dari kiri : Cikgu Zubair, Cikgu Afif (Guru Ganti), Cikgu Nadirah, Cikgu Musaliha,
Cikgu Roslinda, Cikgu Rosmawati, Cikgu Rafidah, Cikgu Jamilah dan Cikgu Safinatunajakh.
Tiada dalam gambar : Cikgu Dzarfan (Cuti Sakit), Cikgu Roseniza,
Cikgu Wan Rosmawati (Cuti Haji), Cikgu Wan Faizol

Pengacara Majlis Iman Amani binti Mohamed Razif ( 6 Vivo) 

2. Nyanyian lagu 
Konduktor lagu Orked Amani binti Mohd Radzuan (6 Oppo)
3. Bacaan Ikrar

Bacaan ikrar diketuai oleh Andrea Azzahra binti Afizul Izham (6 Vivo)

Ikrar bersama murid aliran Perdana

Ikrar bersama murid aliran PPKI

Ikrar bersama pentadbir dan guru

4. Bacaan Doa
Bacaan doa oleh Muhammad Zaim bin Norazmi (6 Samsung)

5. LAWAD 

Bahasa Melayu     : Ayam Tambatan 
                               Orang yang berpengalaman dan menjadi harapan 

Bahasa Inggeris     : Laze 
                                Bersantai 

Bahasa Arab         : Farawilatun 
                                Strawberi 

6. Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas (Minggu ke-13) 

Cikgu Siti Rabiaah binti Mohammed 

  • Persekolahan dua hari sahaja (Isnin dan Selasa) 
  • Masih terdapat murid yang datang lewat ke sekolah. Mohon maklumkan kepada ibu bapa, hantar sebelum pukul 7.20 pagi 
  • Murid-murid tidak beratur ketika menuruni tangga terutama ketika waktu pulang. Bertolak-tolakan di tangga dan bergurau sesama rakan. Bimbang akan berlaku perkara yang tidak baik. Contohnya terjatuh lalu tercedera. 

7. Ucapan guru bertugas 

Ustazah Safinatunajakh binti Mat Som
    Tema : Saling Memaafi 

  • Definisi memaafi ialah bermaaf-maafan. Nilai murni memaafi sangat bernilai dan penting dalam kehidupan seharian kita. 
  •  Amalan memaafi ini akan mewujudkan suasana yang harmoni, aman dan tenteram. Secara tidak langsung dapat menjauhi sifat dengki-mendengki yang boleh menimbulkan permusuhan antara kita.         
  • Sifat mazmumah yang lain boleh menjurus kepada pergaduhan. 
  • Dalam hadis dan al-Quran banyak menyebut tentang penting sifat maaf–memaafi. Antaranya, dalam surah Assyura, firman Allah yang bermaksud :    "Barang sesiapa yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya itu termasuk dalam perbuatan yang sangat mulia". 
  • Semoga dengan penerapan nilai murni ini, kita menjadi insan yang dihormati dan dihargai.
 
8. Ucapan Guru Penolong Kanan
    
Ustaz Asrulafandi bin Ismail (GPK PPKI) 
  • Memaklumkan sepanjang minggu ini diadakan latihan sukan dan sukantara. 
  • Jaga keselamatan ketika menjalani sukantara 
  • Minum air secukupnya. Air minuman ada disediakan di depan bilik RBT 
  • Jika murid tidak sihat, sila maklumkan kepada guru rumah sukan. 
  • Memperkenalkan guru praktikum : Pn. Farissma binti Reping

  • Cikgu Farissma binti Reping
    Internship / Praktikum Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
    Fakulti Pendidikan UKM
    3 Julai 2023 – 29 September 2023 
9. Penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada murid contoh 
    Program 3S (Senyum, Salam, Sapa) yang terpilih pada bulan Jun. 
    Majlis disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar 

Gegantung program

Ahmad Ilyas bin Ahmad (PPKI)
 
Annisa Jannah binti Mohd Fadil (Tahun 4)

Murid Contoh 3S bulan Jun
 
Rangkuman aktiviti sepanjang minggu:

1. Kehadiran murid sesi pagi dan ketika pulang









2. Bingkisan aktiviti sukantara

Sukaneka Prasekolah



Taklimat sukantara oleh Cikgu Zubair

Tuah

Jebat

Lekir

Lekiu

Kasturi

Warna-warni latihan sukan sepanjang minggu














Disediakan oleh : Roslinda binti Mansor

No comments:

Post a Comment