Pages

Wednesday, July 26, 2023

Kursus Kepimpinan Kokurikulum Murid 2023

 

🎀KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM MURID 2023🎀 

🎀Tarikh: 26 Julai 2023 (Rabu)  
🎀Masa: 12:00 Tengah hari - 2:20 petang
🎀Tempat: Terminal Muafakat, SK Taman Putra Perdana

🎀Pautan Buku Program:  
https://online.anyflip.com/ozibu/gczo/mobile/index.html

PENGENALAN

Program Kursus Kepimpinan Kokurikulum Murid 2023 adalah salah satu program Unit Kokurikulum SKTPP yang disertai oleh murid yang telah dilantik dalam organisasi bagi Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan. Dalam sesebuah organisasi, Pengerusi dan Setiausaha memainkan peranan penting untuk menggerakkan jentera organisasi tersebut. Melalui kursus ini, murid yang dilantik memegang jawatan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bersama-sama membantu perkembangan kokurikulum di sekolah.

Murid tersebut memerlukan keyakinan diri untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya, mereka memerlukan bimbingan dan panduan untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas barisan kepimpinan. Ini memerlukan bantuan daripada guru dan pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka.

Pengerusi dan Setiausaha Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui perkembangan bidang kokurikulm. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka Maka atas dasar dan tujuan tersebut, kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan.


OBJEKTIF

1.       Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, dedikasi dan bertanggungjawab.

2.       Melahirkan pemimpin yang akan menjadi contoh kepada murid lain, berbudi pekerti dan mempunyai jati diri yang tinggi serta berbakti kepada guru dan sekolah.

3.       Membentuk sahsiah dan keterampilan pemimpin yang dihormati.


Bacaan Doa oleh Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib

Penyelaras Program dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SKTPP


Slot 1: Bidang Tugas dan Peranan AJK dalam Organisasi


Slot 2: Cara Kendalian Tugas dan Ciri-ciri Pemimpin yang Berketerampilan


Peserta Kursus Fokus Mendengar Ceramah Kepimpinan


Aktiviti Teka Frasa


Semoga dengan adanya kursus seperti ini dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada murid untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.


Disediakan oleh:
Nor Azuad bin Md Yusof

No comments:

Post a Comment