Pages

Friday, September 15, 2023

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-23 (Sesi Petang)

Hari : Isnin - Jumaat

Tarikh : 11 September 2023 - 15 September 2023

Senarai Nama Guru Bertugas :
  1. En. Wan Roswandy bin Wan Ibrahim
  2. En. Mohd Zulhadi bin Mohd Salleh
  3. Pn. Nor Arzah binti Hussin
  4. Pn. Hastipa binti Mat Daud
  5. Pn. Shurhama binti Ahmad
  6. Pn. Suziana binti Mohd Makhtar
  7. Pn. Suphasara Supranie a/p Airak
  8. Hajjah Zalina binti Ismail
  9. Pn. Nor Azian binti Ahmad
  10. Pn. Maizara binti Mahat
Minggu persekolahan ke-23 telah melabuhkan tirai. Minggu ini merupakan giliran kumpulan E bertugas. Alhamdulillah sesi persekolahan kali ini berjalan dengan lancar dan teratur. Pada minggu ini juga berlangsungnya pelbagai aktiviti menarik bersempena dengan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 peringkat sekolah. Oleh sebab itu, murid-murid bersemangat dan ceria hadir ke sekolah pada minggu ini. 

Berikut adalah laporan sepanjang minggu ini : 

Seperti biasa, hari Isnin setiap minggu dimulai dengan Perhimpunan Rasmi Mingguan. 

Perhimpunan  Rasmi pada minggu ini telah dikendalikan oleh Puan Maizara Mahat. Ianya dimulai dengan 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah kemudian disusuli dengan bacaan doa yang diketuai oleh adik Iyad Qayyim dari kelas 3 Tempua. Puan Maizara selaku pengerusi majlis hari ini memimpin bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar keselamatan jalan raya. Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Ahmad Aryan Zaquan dari kelas 3 Tempua. 

Gambar sekitar Majlis Perhimpunan Rasmi Mingguan. 

Seterusnya, Pengacara Majlis memperkenalkan perkataan LAWAD pada minggu ini, iaitu :

Bahasa Melayu             : Memetik - ambil sesuatu daripada tangkai

Bahasa Inggeris            : Guest - tetamu

Bahasa Arab                  : Bathotisun - kentang

Manakala tema minggu ini ialah Gaya Hidup Sihat. Disertakan di sini intipati tajuk tema yang telah disampaikan oleh Pengacara Majlis, Pn. Maizara.

- Gaya Hidup Sihat adalah amalan tabiat yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Gaya hidup sihat boleh dicapai melalui amalan aktiviti fizikal sekerap yang mungkin dan juga dengan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat seperti pengambilan sayur dan buah-buahan. 

- Bersenam juga mampu mengubah kehidupan kita. Berjalan sekitar taman, jogging mahupun beriadah bersama keluarga juga boleh membantu kita ke arah kehidupan gaya hidup yang sihat. 

- Selain daripada itu, bagi menghindarkan diri daripada pelbagai jenis penyakit berjangkit, kita juga perlu mengutamakan kebersihan diri dalam kehidupan kita. Seperti menggosok gigi, mandi setiap hari, berpakaian bersih, tidur dan rehat yang mencukupi juga merupakan amalan yang membawa ke arah gaya hidup sihat. 

- Oleh itu, amalan gaya hidup sihat dapat membantu kita memastikan kesihatan kita berada di tahap yang baik agar dapat kehidupan yang lebih bermakna. 

Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan dari PK Petang, Encik Naga Kannan a/l Vadivale : 

- PK Petang, Encik Naga mengingatkan murid berkenaan dengan disiplin murid di sekolah. Murid-murid diingatkan untuk mengikuti peraturan sekolah dan peraturan di dalam kelas. Jangan selalu keluar kelas apabila waktu pertukaran guru dan juga jangan membuat bising di dalam kelas.

- Di samping itu, PK Petang juga mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan guru baharu dan guru praktikal sesi petang kepada semua murid dan guru. 

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan pengenalan dari guru-guru baharu dan guru-guru praktikal. 

Guru-guru baharu dan guru-guru praktikal sesi petang. 

Selamat datang kami ucapkan kepada guru-guru baharu dan guru praktikal. Warga sekolah mengalu-alukan  kedatangan cikgu sebagai warga SKTPP. Semoga dengan kehadiran cikgu-cikgu dapat memartabatkan lagi sekolah khususnya sesi petang ke arah kecemerlangan dari semua aspek. 

Berikut pula serba sedikit coretan ringkas rangkuman aktiviti yang telah berlangsung sepanjang minggu ini. 

11 September 2023 (Isnin)
- Pertandingan Memperagakan Pakaian Beragam Bertema Kemerdekaan atau Tradisional Malaysia Tahun 1. 

12 September 2023 (Selasa)
- Pertandingan Tarian Tradisional Tahun 2 

13 September 2023 (Rabu)
- Pertandingan Koir Patriotik Tahun 3

Alhamdulillah, setiap acara dipertandingkan mendapat sambutan yang luar biasa. Murid- murid yang menyertai pertandingan bersemangat waja dan gembira dalam setiap acara yang dipertandingkan. Guru-guru juga apa kurangnya, terus memberi sokongan dan kreatif dalam mendidik anak-anak murid mereka. Semoga tahun depan lebih ramai yang terlibat dan dapat mengcungkil bakat-bakat baru dikalangan murid.

Tiga hari acara dipertandingkan, disiplin murid sangat terkawal.


Gambar -gambar semasa acara dipertandingkan. 


Pada hari Khamis, 14 September 2023, telah diadakan Hari Jalinan Mesra Siri 1/2023 sesi petang bertempat di kelas masing-masing. Sesi Jalinan Mesra kali ini berjalan dengan lancar dan baik sekali. Kawalan disiplin murid  juga amat baik. Semoga kita, guru-guru dan ibubapa sama-sama dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua aspek. 

Suasana Hari Jalinan Mesra Siri 1/2023 sesi petang. 

15 September 2023 (Khamis)

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023. 

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan ini telah dirasmikan oleh PK Petang SK Taman Putra Perdana, iaitu Encik Naga Kannan a/l Vadivale. 

Pada majlis ini juga diadakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang untuk setiap acara yang dipertandingkan sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan diadakan.  Pada majlis itu juga, 3 orang guru lelaki dan 3 orang guru perempuan dipilih sebagai pemenang Pakaian Bertemakan Pakaian Kebangsaan. Seramai 30 murid dari semua Tahun 1, 2 dan 3 juga telah dipilih sebagai pemenang Pakaian Bertemakan Pakaian Kebangsaan. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang. 

Gambar semasa majlis berlangsung. 

Penutup : 

Terima kasih kepada semua guru bertugas kumpulan E kerana berjaya melaksanakan tugasan pada minggu ini dengan jayanya. Disiplin murid terkawal. Murid-murid sentiasa bersemangat melalui setiap minit di sekolah. 
Keriangan ketika menjamah makanan.

Jom balik!

Sekian, terima kasih. 

Disediakan oleh, 
Puan Suziana binti Mohd Makhtar.

No comments:

Post a Comment