Pada 12 September 2023 (Selasa) telah diadakan Program Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) bertempat di Terminal Muafakat SKTPP bermula jam 9.00 pagi hingga 12.50 tengah hari untuk sesi pagi manakala sesi petang pula bermula jam 2.00 petang hingga 6.20 petang. Program ini adalah sebuah program anjuran bersama pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin, Jawatankuasa Unit HEM PPKI dan Kelab Pencegahan Jenayah.
Latar Belakang
Pembentukan
sahsiah diri pelajar yang cemerlang merupakan aset terpenting dalam pencapaian
akademik seseorang murid. Kegagalan pelajar menguruskan disiplin diri dengan
baik secara tidak langsung akan menimbulkan pelbagai masalah dalam pergaulan
dan pencapaian akademik.
Program ABC ini dirancang bagi membantu murid-murid yang mempunyai masalah disiplin kembali sedar akan kesilapan mereka. Bimbingan awal tentang kepentingan sahsiah yang baik dalam diri murid-murid diharap mampu merubah sikap mereka ke arah pembentukan sahsiah yang lebih cemerlang.
Program ini juga melibatkan ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah sebagai input dan maklumat asas kepada mereka dalam memahami maksud dan perihal jenayah.
Poster Program ABC |
Objektif
i) Menimbulkan kesedaran murid-murid tentang kesilapan yang pernah mereka lakukan dan berusaha memperbaiki kesilapan tersebut
ii) Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah
iii) Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan rakan dan guru, keluarga dan masyarakat
iv) Meningkatkan kefahaman mengenai perihal jenayah kepada ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah sekolah
Buku Program ABC yang telah disediakan oleh Cikgu Rozimah;
Pautan buku program klik sini |
Berikut
dikongsikan potret Program Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) yang sempat dirakam
sepanjang program berlangsung;
Pendaftaran
peserta |
Peserta makan di kantin sebelum program |
Bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Zubair |
YDP PIBG; Tn. Hj. Megat Md Salleh bin Md Arshad menyampaikan cenderamata kepada penceramah Slot 1 sesi pagi iaitu Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian dengan diiringi oleh Guru Besar |
Slot 1 sesi pagi bersama Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian |
Slot 1 sesi petang juga turut bersama Tuan Haji Khairul Azhar |
Guru Besar bersama YDP PIBG dan Puan Juli semasa sesi penyampaian cenderahati kepada Penceramah Slot 2; Tuan Kamalaffandi bin Hashim (Fasilitator dan Penganalisa Jenayah Malaysia) |
Slot 2 sesi pagi bersama Tuan Kamalaffandi bin Hashim |
Slot 2 sesi petang bersama Puan Norafiza binti Mohamed Noor (Kaunselor Berdaftar SMK TTDI Jaya) |
Peserta bersama Tuan Kamalaffandi bin Hashim, YDP PIBG dan barisan pentadbir merakam memori |
Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir atas
restu bagi melaksanakan Program ABC. Terima kasih juga kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin, Jawatankuasa Unit HEM PPKI, Kelab Pencegahan Jenayah, Jawatankuasa Pelaksana dan semua warga sekolah yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan
Program ABC ini. Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada anak-anak
murid kita.
Disediakan oleh,
Amalina binti Abd Hamid
Program ABC/2023
No comments:
Post a Comment