Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan. Program ini juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif. Selain itu, ia dapat memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum serta meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan.
Pada tahun ini Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah menjayakan cita-cita negara melalui aktiviti Senamrobik sempena Program Hari Sukan Negara 2023. Aktiviti Senamrobik sempena Program Hari Sukan Negara ini dijalankan seperti ketetapan berikut:
Hari : Jumaat
Tarikh : 13 Oktober 2023
Tempat :
Dataran Perhimpunan SKTPP
Masa :
Sesi pagi : 8.00 hingga
9.00 pagi
Sesi petang : 4.20 hingga 5.50 petang
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para koordinator senamrobik atas komitmen menjayakan program kali ini. Mereka terdiri daripada:
1. En. Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang
2. En. Ahmad Syahir bin Tohit
3. Pn. Claudia Jacqueline Charles Nelson
4. Pn. Norazian binti Mat Anuar
5. Cik Kamelya Rusydina binti KamarulRasydan
6. Cik Effah Syamimi Albar binti Rizal Albar
7. En. Nor Amirulfitri bin Othman
8. Pn. Suphasara Supranie a/p Airak
9. Cik Izzah Raihana Binti Idris
10. Cik Fatin Batrisyia Binti Ridhuan
11. Cik Nur Hana Aqilah Binti Mohd Yasir
11. Cik Zulaikha Binti Mohamad Ostad
Berikut ialah sisipan gambar dan video sepanjang program ini yang berlangsung di sesi pagi :
Koordinator senamrobik sesi pagi |
Koordinator senamrobik sesi petang |
Ribuan terima kasih kepada semua warga SKTPP dalam menjayakan program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah pada tahun ini. Moga dapat bersua lagi pada tahun hadapan. Terima kasih.
Disediakan oleh:
Nurul Hanani binti Mohamad Kamal
No comments:
Post a Comment