Pages

Friday, October 13, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-27 (Sesi Pagi)

Tarikh: 9 - 13 Oktober 2023

Kumpulan Bertugas: Kumpulan C

Senarai Guru Bertugas Kumpulan C:
 
1. Puan Mazzaini binti Muda

2. Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah

3. Dr. Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar

4. Encik Muhammad Afiq bin Azli

5. Puan Rosmizawati binti Yusub

6. Puan Faridatul-Akmal binti Ismail

7. Puan Junaidah binti Rus

8. Puan Jamunarani Bhojan Rajan

9. Puan Nur Murni binti Abdullah

10. Puan Siti Fatimah binti Wan Yaacob

11. Puan Nurul Iman binti Illyas


Perhimpunan Rasmi  –  9 Oktober 2023 (Isnin)



1) Nyanyian Lagu 

Pengacara majlis bertugas iaitu Wan Aisha binti Wan Muhammad Farest daripada kelas 5 Solaris telah mengendalikan perhimpunan rasmi pada hari Isnin. Seterusnya, guru dan murid menyanyikan 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Nyanyian lagu-lagu ini dipimpin oleh konduktor muzik, Orked Amani binti Mohd Radzuan daripada kelas 6 Oppo. 

2) Bacaan Doa

Setelah selesai nyanyian lagu, perhimpunan diteruskan lagi dengan sesi bacaan doa. Bacaan doa ini telah dipimpin oleh Aqil Iqram bin Ahmad Shafaizal juga daripada kelas 5 Solaris. 

3) Bacaan Ikrar

Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar keselamatan jalan raya telah dipimpin oleh Dr. Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar.  Manakala, ikrar murid pula telah dipimpin oleh Andrea Ezzahiera binti Afizul Izham daripada kelas 6 Vivo.

4) Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib telah menyampaikan laporan guru bertugas pada minggu lepas. Antara pesanan yang turut disampaikan dalam laporan tersebut ialah: 
  • Murid perlulah menghormati setiap majlis perhimpunan dan setiap program yang dijalankan di sekolah.
  • Murid hendaklah menjaga alatan dan buku dengan menyimpan dalam beg dan tidak dibiarkan di atas meja pada waktu rehat.
  • Murid diingatkan untuk tidak berlari semasa menaiki dan menuruni tangga. 
  • Murid diingatkan mematuhi waktu rehat dan manfaatkan sebaiknya.

5) Ucapan Guru Bertugas

Perhimpunan rasmi diteruskan lagi dengan ucapan daripada guru bertugas pada minggu ini iaitu Dr. Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar.

Tema ucapan yang disampaikan adalah 'Kesetiaan':
  • Definisi kesetiaan; ia membawa banyak makna. Namun pada prinsipnya tentang keteguhan hati di samping mengajak sesuatu kejujuran, ketulusan dan kepercayaan.
  • Patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara sendiri. Seseorang itu dianggap berjiwa patriot apabila kepercayaan, amalan dan tindakannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara.
  • Namun, mutakhir ini, semangat patriotisme kelihatan agak longgar dalam  masyarakat khususnya dalam kalangan murid-murid. 
  • Murid-murid boleh mengikuti aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan patriotisme di sekolah untuk menanam dan memupuk kesetiaan dalam diri masing-masing.
6) Ucapan guru bertugas pada minggu ini diakhiri dengan perkongsian perkataan LAWAD. 
Bahasa Melayu: Terowong (laluan bawah tanah)
Bahasa Inggeris: Cautiously  (berhati-hati)
Bahasa Arab: Thamatun (cincin)

7) Ucapan Pn. Arnny Yusnita binti Md Enarji

Pelancaran Bulan PSS selesai dengan jayanya.
Peringatan tentang pembelian buku di “Book Truck”
Kad pinjaman buku
Pertandingan individu semasa PdP
Pertandingan terbuka PSS
Sudut Nilam Kelas

8)  Ucapan Pn. Fauziah binti Salehoddin PK Kokurikulum tentang Program Perkhemahan yang akan dijalankan peringkat sekolah pada 14 Oktober 2023 di SKTPP.

9) Penyampaian medal dan sijil Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri (MSSS)  kepada wakil dari SKTPP adik Dayana dari kelas 6 Iphone.

Berikut dikongsikan suasana persekolahan pada sesi pagi sepanjang minggu bertugas guru-guru Kumpulan C:

Ceramah Maulidur Rasul - 10/10/2023 (Selasa)

Aktiviti Kokurikulum - 11/10/2023 (Rabu)

Bengkel Remaja Celik Digital - 12/10/2023 (Khamis)

Hari Sukan Negara - 13/10/2023 (Jumaat)

Pergerakan masuk murid sesi pagi

Pergerakan pulang murid setelah selesai sesi persekolahan

Akhir sekali, terima kasih diucapkan buat semua guru khususnya guru-guru bertugas Kumpulan C atas kerjasama dan usaha yang telah diberikan sepanjang minggu ini. Semoga murid-murid terus bersemangat untuk hadir ke sekolah. 

Disediakan oleh,
Ahmad Junaidi bin Abdullah.

No comments:

Post a Comment