Pada 14 Oktober 2023 (Sabtu), SK Taman Putra Perdana (SKTPP) telah menjalankan salah satu
aktiviti tahunan sekolah iaitu Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Peringkat Sekolah
anjuran Unit Kokurikulum SKTPP bertempat di Dewan Perdana. Pada perkhemahan kali ini, murid-murid yang terlibat adalah murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) serta murid-murid PPKI.
|
Buku Program |
Sila klik link berikut untuk pautan buku program penuh: https://anyflip.com/cusay/khwj/Pelbagai acara telah dirancang untuk dilakukan sepanjang perkhemahan perdana ini.
|
Jadual Perkhemahan |
Perkhemahan Unit Beruniform adalah salah satu saluran
pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala
bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid
percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri.
Objektif program ini adalah seperti berikut:
- Memberi pendedahan awal mengenai kepelbagaian kegiatan
perkhemahan.
- Menyemai semangat bekerjasama dalam kumpulan.
- Meningkatkan disiplin dan mengukuhkan semangat jati diri.
- Membina kenyakinan dan ketrampilan diri yang baik.
Di samping itu juga, perkhemahan unit beruniform juga bertujuan untuk:
- Menggalakkan penyertaan murid-murid dalam aktiviti Unit
Beruniform untuk memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman baru dalam menjalankan
aktiviti kokurikulum
- Membina keyakinan diri murid-murid apabila berhadapan dengan
situasi mencabar.
- Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktivti
yang berfaedah.
Di bawah disertakan gambar-gambar sepanjang Perkhemahan Perdana Unit Beruniform. Semua peserta dan guru-guru kelihatan seronok dan komited menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Syabas dan tahniah diucapkan.
|
Taklimat dan Ice Breaking |
|
Hasil kerja semua peserta degan ahli kumpulan masing-masing. Tahniah.. semua kreatif dan mempunyai kerjasama yang baik dalam kumpulan. |
Slot 1 - Memasang Khemah
|
Bergambar kenangan bersama semua setelah selesai Slot 1 iaitu Memasang Khemah. Tahniah anda semua berjaya! |
Slot 2 - Pertolongan Cemas dan Permainan Kim
|
Taklimat pertolongan cemas oleh Ustazah Siti Aisyah binti Mat Zain. |
Sebelum meneruskan aktiviti pada sesi petang pula, murid dibenarkan rehat pada pukul 12.30 tengah hari untuk makan dan solat zohor berjemaah (bagi murid-murid yang beragama Islam) di Musalla Raudatul Ilmi yang diimamkan oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil.
Slot 4 - Gadget
|
Para peserta mengikut kumpulan masing-masing bersama dengan hasil gadget mereka. |
|
Barisan juri pertandingan gadget. Dari kiri: Encik Mohd Khusyairi (AJK PIBG), Mr. Tirmiezi, Puan Rohaidah (Guru Besar) dan Tuan Hj Megat Md Salleh (YDP PIBG) |
|
Sesi penjurian sedang berjalan. 2 orang peserta mewakili kumpulan masing-masing bersama hasil gadget mereka. |
Sementara itu, murid-murid PPKI pula bersama guru-guru mereka membuat aktiviti di gelanggang hoki berhadapan dengan bangunan PPKI dan Prasekolah. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:- Sukaneka
- Pertandingan kawad 10 Langkah
- Halangan Komando
- Permainan KIM
- Puzzle Pengakap
- Basketball Pong
Di bawah disertakan gambar-gambar aktiviti murid-murid PPKI dan guru-guru mereka. Jelas kelihatan semuanya gembira dan buat sehabis baik. Syabas dan tahniah diucapkan.
|
Jelas terpancar pada wajah mereka, kegembiraan dan seronok selepas melakukan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang hari. |
|
Guru-guru PPKI yang komited bersama dengan murid-murid PPKI. |
Majlis Penutup
Di bawah disertakan gambar-gambar sepanjang Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SK Taman Putra Perdana:
|
Pengacara majlis, Cik Roslinda. |
|
Dari kiri: Puan Rohaidah (Guru Besar), Tuan Hj Megat Md Salleh (YDP PIBG) dan Puan Fauziah (PK Kokurikulum). |
|
Sir Saifullah mengetuai bacaan doa untuk majlis penutupan. |
|
Tuan Hj Megat Md Salleh (YDP PIBG) |
|
Puan Rohaidah (Guru Besar) |
|
Suasana di Dewan Perdana semasa majlis penutupan. |
|
5 orang peserta mewakili unit beruniform masing-masing bersedia melakukan gimik bagi majlis penutupan. |
|
AJK Hadiah
|
|
Syabas dan tahniah kepada semua murid PPKI. |
|
2 orang peserta terbaik mewakili murid - murid PPKI. |
|
Guru-guru PPKI yang sangat komited. |
|
Tahniah! Semua gembira dengan pencapaian masing-masing. |
|
1 orang wakil setiap kumpulan mengambil hadiah. Tahniah! |
|
Bergambar dengan kumpulan masing-masing. |
|
2 orang peserta terbaik pada tahun ini. Syabas dan tahniah! |
|
Pemberian cenderamata kepada Encik Mohd Khusyairi selaku juri pertandingan gadget |
|
Pemberian cenderamata kepada Tuan Haji Megat Md Salleh. |
|
Pemberian cenderamata kepada Puan Rohaidah.
|
|
Bergambar kenangan bersama. |
|
Bergambar kenangan. Dari kiri: Ustaz Ahmad Zubair (Penolong Kem Komandan), Puan Rosmizawati (Penyelaras Perkhemahan Perdana Unit Beruniform), Puan Fauziah (PK Kokurikulum), Puan Rohaidah (Guru Besar), Tuan Hj Megat Md Salleh (YDP PIBG), Encik Mohd Khusyairi (AJK PIBG) dan Ustaz Muhammad Khairul Afiq (Kem Komandon). |
|
Anda semua hebat! Terima kasih atas kerjasama dan komitmen. |
Video kenangan wajah-wajah gembira para peserta dan juga guru-guru yang sempat dirakam oleh lensa kamera sepanjang hari.
Sesungguhnya aktiviti Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SK Tmn Putra Perdana ini telah memberikan banyak manfaat dan
pengalaman berguna kepada semua. Semangat kerjasama
yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan aktiviti ini benar-benar menjadikan program ini lebih lancar dan teratur.
Diharapkan agar perkhemahan ini dapat memberi peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka di samping dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama rakan dan juga guru.
Nur Malisha binti Omar
No comments:
Post a Comment