Pages

Sunday, May 19, 2024

LAPORAN BERTUGAS MINGGU 9 (SESI PAGI)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 


INFO PERHIMPUNAN RASMI SESI PAGI

Kumpulan : C

Minggu : 9

Tarikh : 13 - 17 Mei 2024

Hari : Isnin - Jumaat

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Dewan Perdana

Tema : Unit Beruniform / pakaian sukan

Tema Mingguan : Sayangi Sekolah


Senarai nama guru bertugas:

Teacher Noriza binti Md Nor (K)

Teacher Nur Murni binti Abdullah (P)

Ustazah Safinatunajakh binti Mat Som

Ustazah Mas ayu binti Arifin

Ustazah Salina binti Hashim

Teacher Norazian binti Mat Anuar

Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Cikgu Juli binti Mahbah

Cikgu Nur Zakiah binti Md Diat

Cikgu Siti Rabiaah binti Mohamad

Cikgu Hanifah binti Ramlee

Cikgu Muhammad Afiq bin Azli


Perjalanan majlis perhimpunan pada hari Isnin:

Juruacara (Pengawas) : Nur Ain Umairah binti Mas Jafri (6 Windows)

• Konduktor 3 Buah Lagu : Naurah Safiyyah binti Muhammad Nasir (6 Unix)

• Pembaca Doa : Muhammad Aqil Iman bin Lokman (6 Solaris)

• Pembaca Ikrar Murid : Muhammad Hadif bin Fariz Fairuzzaman (6 Solaris)

• Juruacara ( Guru) : Puan Salina binti Hashim


Laporan guru bertugas minggu 8 oleh Cikgu Roseniza binti Setapa:

1. Masih terdapat murid yang dihantar oleh ibu bapanya turun di pagar A. Guru memberikan pesan agar murid memberitahu kepada ibu bapa agar menurunkan di pagar B kerana di pagar A hanya untuk murid yang menunggang basikal dan berjalan kaki sahaja.

2. Terdapat murid yang bergurau di dalam tandas dengan mengunci kawan mereka di dalam. Perkara ini dinyatakan sebagai berbahaya dan dinasihatkan agar tidak bermain di dalam tandas.

3. Kebersihan kelas. Guru bertugas minggu melaporkan keadaan kelas sering berada dalam keadaan yang kotor. Justeru guru meminta murid agar memastikan kelas bersih sebelum memulakan pembelajaran serta sentiasa memastikan tiada sampah di atas lantai dan di dalam laci meja.


Learn a word a day (L.A.W.A.D)

1. Bahasa Melayu    : bentak - menengking/mengherdik

2. Bahasa Inggeris    : accent - dialek

3. Bahasa Arab         :  مَطْعَم (mat’amun) – kantin


Intipati ucapan guru bertugas:

-Sayangi sekolah dengan menjaga kebersihan kelas. Jangan membuat kerosakan harta benda yang terdapat di dalam kelas dan sekolah.


Laporan ucapan Guru Besar

Guru Besar mengingatkan warga sekolah tentang Visi KPM iaitu Pendidikan berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Di samping itu, Guru Besar juga menjelaskan tentang Falsafah Pendidikan Negara iaitu Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yanh seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Justeru, murid perlulah mendalami subjek yang diajarkan di sekolah yang mana ia berada di bawah bidang kuasa Kurikulum yang diterajui oleh Puan Azizah. Perlu ada hala tuju dan matlamat yang jelas yang mana murid perlu mencapai TP3 dan ke atas.

Bukan itu sahaja, murid juga perlu melibatkan diri dalam bidang kokurikulum seperti unit beruniform, persatuan dan permainan. oleh yang demikian juga,  murid perlulah memiliki sahsiah yang baik dengan menjaga tingkah laku serta mengamalkan amalan yang baik sama ada ketika berada di sekolah mahupun d rumah. Barulah seimbang kemenjadian murid seperti yang dinyatakan dalam FPN.

Sebelum mengakhiri ucapan, Guru Besar berpesan kepada seluruh warga sekolah dengan sepotong hadis: بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
yang bermaksud sampaikanlah dariku walau satu ayat. Dengan memetik potongan dari surah ar-Rad ayat 11 iaitu:



Melalui ayat tersebut, Guru Besar berpesan agar semua warga sekolah terutamanya murid mengubah diri sendiri:

• Daripada baik kepada lebih baik • Cemerlang kepada gemilang • Gemilang kepada terbilang


Pada hari Isnin juga telah diadakan peringkat akhir acara padang iaitu lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru

Murid disusunkan mengikut rumah sukan masing-masing. Mereka diberi peluang untuk menyorak rakan mereka yang mewakili rumah masing-masing dalam acara yang dinyatakan.

Acara dihentikan pada jam 1050 pagi dan murid bergerak ke kelas masing-masing. Pdpc berjalan seperti biasa. Acara disambung pada hari Selasa.

Selain acara peringkat akhir bagi acara padang, saringan acara balapan juga telah diadakan iaitu pada hari Rabu diadakan saringan acara 100 dan 200 meter lelaki perempuan tahun 4,5, dan 6. Manakala pada hari Khamis diadakan saringan acara lari berganti-ganti 4 x 100 dan 4 x 200 meter lelaki dan perempuan tahun 4,5, dan 6. Bukan itu sahaja, liga tarik tali juga telah diadakan. Pasukan lelaki dari rumah Lekiu dan Lekir, manakala pasukan perempuan dari rumah Tuah dan Kasturi berjaya mara ke peringkat akhir yang akan diadakan pada Temasya Sukan Tahunan kelak.

Pada hari Khamis juga iaitu bersamaan dengan 16 Mei 2024 merupakan Hari Guru. Yang Dipertua PIBG iaitu Tuan Hj Megat Md Salleh bersama Encik Naharanuar bin Ayob (Ahli Majlis Zon Putra Perdana) hadir ke sekolah meraikan Hari Guru dengan memotong kek yang disumbangkan oleh PIBG. Selain itu, sukaneka untuk PPKI dan Prasekolah juga telah diadakan pada hari tersebut. Anak-anak kelihatan seronok serta bersemangat dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Pada hari Jumaat pula diadakan acara penyampaian hadiah bagi pemenang acara padang. Pada pagi Jumaat yang berkah, murid membaca surah Yaasin terlebih dahulu di dalam kelas. Kemudian barulah murid keluar berbaris dan berkumpul di Dewan Perdana. Acara penyampaian hadiah berlangsung dengan teratur dan lancar. Murid mulai masuk ke kelas pada pukul 9.30 bagi murid tahun 6, dan 9.50 pagi bagi murid tahun 4 dan 5. Pdpc berjalan seperti biasa.

Kebersihan pada minggu kumpulan C bertugas berada pada tahap yang memuaskan dengan mendapat kerjasama daripada kumpulan pekerja kebersihan sekolah. Mereka turut membantu memastikan kawasan dewan bersih setelah selesai latihan sukan dilaksanakan. Murid juga sering diingatkan agar mengutip sampah sebelum meninggalkan dewan. 

Berikut disertakan gambar-gambar sepanjang minggu kumpulan C bertugas.

                                                    Semasa perhimpunan pada pagi Isnin


Murid yang bertugas semasa perhimpunan


                                             Murid hadir pada waktu pagi di Pagar A dan B


Waktu murid pulang


Lontar Peluru akhir

Lompat Tinggi akhir perempuan



Lompat Tinggi akhir lelaki



Lompat Jauh akhir



Saringan lari berganti-ganti perempuan


Saringan 100 meter perempuan


Saringan 100 meter lelaki


Sukaneka PPKI


Sukaneka Prasekolah


Penyampaian hadiah kepada pemenang acara padang


Penyampaian hadiah sukaneka Prasekolah


Acara memotong kek sumbangan PIBG sempena Hari Guru


Begitulah meriahnya suasana di sekolah pada minggu kumpulan C bertugas. Namun demikian, murid masih berada dalam kawalan. Terima kasih diucapkan kepada ahli kumpulan khasnya dan khususnya kepada semua warga sekolah yang sama-sama bertanggungjawab menjaga disiplin dan pergerakan murid-murid.

Sekian laporan bertugas dari kumpulan C.

Terima kasih.

Laporan disediakan oleh Cikgu Nur Zakiah binti Md Diat


No comments:

Post a Comment