Pages

Friday, May 3, 2024

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-7 (Sesi Petang)

Kumpulan : A

Minggu : Ke-7

Tarikh : 29 April - 3 Jun 2024

Senarai nama guru bertugas;

1.      Saifullah bin Mat Saupi

2.      Amalina binti Abd Hamid

3.      Nik Rosmaliza binti Nik Husin

4.      Nor Azuad bin Md. Yusof

5.      Nazahiyah binti Abd Rahman

6.      Fadhilah binti Talib

7.      Nor Farhani binti Mukhtar

8.      Nurul Hanani binti Mohamad Kamal

9.      Sidratul Ayuni binti Mat Daud


Info Perhimpunan Rasmi

Tarikh : 29 April 2024

Hari : Isnin

Masa : 1:00 Petang

Tempat : Dewan Perdana

Konduktor 3 Buah Lagu : Pn. Salina binti Mohd Tasu

Pembaca Doa : Ziyad Iskandar bin Mohammad Fikri - Pengawas (3 Toyota)

Pembaca Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya :

Encik Saifullah bin Mat Saupi

Pembaca Ikrar Murid : Aqeef Qawiem bin Arzeky - Pengawas (3 Volkswagen)

Juruacara (Guru) : Encik Saifullah bin Mat Saupi

Laporan Minggu Ke-6: Pn. Rihazrin binti Rahman

Tema Mingguan : Hormat-menghormati dan Amalan Baik Budaya 5S (senyum, salam, sapa, sopan, santun)

L.A.W.A.D:

* BM : rumah teres - rumah baris

* BI :  end - tamat

* BA : - idaarotun - pejabat

Program: Tiada

* Ucapan Pentadbir : Pn. Rohaya binti Rosdi (PK Petang)

Barisan guru bertugas Kumpulan A (Sesi Petang)

Pengacara Majlis pada minggu ini, Encik Saifullah

Bacaan doa diketuai oleh adik Ziyad Iskandar


Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh En. Saifullah

Ikrar Murid dipimpin oleh adik Aqief Qawiem

Ucapan guru bertugas minggu lepas telah disampaikan oleh Pn. Rihazrin

Antara pesanan dan teguran yang telah dibuat oleh Pn. Rihazrin berdasarkan pemerhatian dari minggu lepas, beliau telah mengingatkan murid-murid agar:

1.     * Murid dilarang keluar membeli makanan di luar pagar sekolah setelah murid masuk ke dalam kawasan sekolah pada waktu tengahari

2.     * Murid diminta memastikan kelas berada dalam keadaan kemas dan bersih. Sila kutip sampah di dalam kelas masing-masing

3.     * Murid turut diminta agar dapat menghormati majlis rasmi yang diadakan di sekolah

4.     * Keadaan cuaca yang panas pada ketika ini sangat membimbangkan. Murid diharapkan dapat membawa botol air dan bekalan air minuman yang secukupnya

5.     * Murid dilarang bermain dan membuat bising di dalam surau. Gunakan masa yang diberikan untuk menunaikan solat dengan berhemah dan terus kembali ke kelas selepas selesai solat

6.    * Semua murid diharapkan dapat terus bersikap dan berakhlak baik tidak kira di sekolah mahupun di luar sekolah

Ucapan Guru Bertugas minggu ini oleh En Saifullah

Ucapan guru bertugas pada minggu ini adalah bertemakan 5S iaitu;

1.      Senyum

2.      Salam

3.      Sapa

4.      Santun

5.      Sopan 

Ucapan PK Petang, Puan Rohaya

Antara pengisian ucapan PK Petang Puan Rohaya pada minggu ini adalah:

1.     ▪︎ Murid diingatkan supaya jangan bermain di luar kelas terutamanya di kawasan koridor Tingkat atas. Ini bagi menjamin keselamatan murid dan mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini

2.     ▪︎ Puan Rohaya turut menjelaskan sekali lagi kepada semua murid dan guru-guru tentang penggunaan laluan dan tangga bagi memudahkan pergerakan murid semasa waktu balik. Murid diminta agar dapat beratur dan mengikut barisan semasa bergerak pulang. Semua murid diingatkan saling hormat-menghormati kepada guru-guru, rakan dan pekerja sekolah dengan mengamalkan 5S. Budaya ini perlu diamalkan setiap hari untuk melahirkan murid yang beradab sopan dan cemerlang.

Akhir kata, semua murid diharapkan dapat ambil maklum dan cakna dengan pesanan guru-guru demi keselamatan dan kesejahteraan semua

    Minggu ini juga terdapat satu hari cuti umum sempena Hari Pekerja iaitu pada 1 Mei 2024 (Rabu). Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua warga SKTPP. Semoga dapat terus menjadi pekerja yang baik dan berdedikasi dalam menjalankan amanah.

    Turut berlangsung pada minggu ini adalah jamuan hari raya guru, majlis doa selamat bagi guru-guru yang akan berangkat menunaikan ibadah haji, majlis perpisahan dan penyampaian hadiah oleh KKGK yang telah diadakan pada 2 Mei 2024 bersamaan hari Khamis di kantin sekolah. 

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) atas penganjuran majlis ini. Tidak dilupakan kepada barisan pentadbir, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru-guru, AKP, pekerja pembersihan sekolah, pengawal keselamatan, pihak kantin dan semua warga sekolah yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Maaf zahir dan batin diucapkan kepada semua. 

Sekitar majlis jamuan 

Sekitar majlis jamuan 

Sekitar majlis jamuan 

Sekian laporan sepanjang minggu ketujuh persekolahan pada kali ini. Semoga segala perkara yang telah berlaku dalam minggu ini sama ada yang baik ataupun yang tidak baik akan menjadi pengajaran kepada semua.

Disediakan oleh,

Amalina binti Abd Hamid

No comments:

Post a Comment