Pages

Friday, July 19, 2024

Ceramah Hentikan Buli & Gangguan Seksual (Cegah, Cakna, Cantas) - Sesi Petang

Tarikh              : 16 Julai 2024 (Selasa)

Masa              : 1.30 - 2.30 petang

Tempat           : Dewan Perdana, SKTPP

Sasaran          : Semua Murid Tahun 2 dan 3

Anjuran           : Unit Hal Ehwal Murid 

Program Ceramah Cegah.Cakna.Cantas Hentikan Buli dan Gangguan Seksual merupakan salah satu program di bawah anjuran Unit Hal Ehwal Murid di bawah kelolaan Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin. Program ini telah diadakan dari pukul 1.30 - 2.30 petang. Sesi ceramah Cegah.Cakna.Cantas Hentikan Buli dan Gangguan Seksual dijalankan di Dewan Perdana, SKTPP.

Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti yang membantu terhadap meningkatkan keprihatinan murid terhadap kawalan disiplin diri, penjagaan sahsiah diri dalam aktiviti membanteras buli dan gangguan seksual dan sebagai intervensi peningkatan kesedaran hentikan buli dan gangguan seksual dan kempen berterusan untuk warga sekolah prihatin dengan isu tersebut.

Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu anggota polis dari Balai Polis Putra Perdana, Koperal Jeffri bin Jumdail. Turut hadir bersama iaitu P/KPB SM Roslan bin Rosin, Koperal Mohammad Fairuz bin Rosin, Koperal Muhammad Redzuan bin Daman Hury, Koperal Mohd Helmie Hizairie bin Sebli, L/KPL Muhammad Suhaizam bin Md Sahat.

Antara perkongsian yang telah disampaikan oleh tuan penceramah kepada murid-murid tahun dua dan tiga adalah jenis-jenis buli dan cara menangani perbuatan berunsurkan buli.

Melalui pengisian ceramah yang diadakan ini diharapkan ia dapat memberi pengajaran dan peringatan kepada murid-murid untuk lebih berdisiplin dan mengamalkan akhlak mulia sama ada  di sekolah mahupun di rumah dan dalam kalangan masyarakat.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar program yang telah dijalankan.

Pengacara majlis, Puan Rozimah


Bacaan doa telah dipimpin oleh Tuan Haji Saifullah

Sesi ceramah oleh pegawai polis

Murid-murid sedang mendengar ceramah yang disampaikan

Barisan guru yang turut serta di dewan semasa sesi ceramah

Barisan pegawai polis bersama guru disiplin dan guru bimbingan dan kaunseling

Sesi ceramah telah selesai padai jam 2.30 petang dan murid-murid kembali ke kelas untuk meneruskan sesi PdPc seperti biasa.


Disediakan oleh,

Amalina binti Abd Hamid

AJK Program

No comments:

Post a Comment