Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Sempena Program Sekolah Pengajar 2024
Pada tarikh 10 Ogos 2024 bersamaan pada hari Sabtu, Unit Kurikulum sekolah telah menganjurkan latihan dalam perkhidmatan (LADAP) bertempat di Dewan al Marbawi, IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Turut terlibat dalam LADAP tersebut ialah Guru Besar, tenaga pengajar & AKP SK Sungai Melut (A).
Pada hari tersebut juga disediakan 2 slot kepada peserta. Slot 1: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang disampaikan oleh Encik Kamarul Bahrin bin Maafus. Beliau merupakan pegawai Eksekutif Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. Slot 2 pula: Pemantapan Pedagogi - Pengajaran Terbeza yang disampaikan oleh Ybhg. Datin Miziana@ Suhana binti Saboo. Beliau merupakan Pensyarah Jabatan Kecemerlangan Akademik, Kampus pendidikan Islam, Bangi.
Berikut gambar-gambar sepanjang program berlangsung;
|
Urusetia Pendaftaran bersedia menjalankan tugas |
|
Ceria dan bersemangat semua peserta yang hadir |
|
Peserta mendaftar kehadiran
|
|
Guru Besar bersama Encik kamarul Bahrin dan Guru Besar SK Sungai Melut |
|
Puan Roseniza selaku pengacara majlis
|
Selesai sesi bergambar bersama penceramah dan para peserta maka berakhirlah program pada hari ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan penceramah kerana sudi bersama-sama menjayakan program kali ini. Adalah diharapkan agar modul dari kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta bagi membangunkan profesionalisme diri masing-masing dalam membentuk persekitaran pekerjaan dan pembelajaran yang lebih baik.
Disediakan Oleh;
Puan Nor Saadah Binti Ab Halim
Puan jamunarani a/p Bhoja Rajan
(AJK Posting Blog)
No comments:
Post a Comment