KEJOHANAN KRIKET MSSD SEPANG 2024
Pada 17-18 Julai 2024 telah berlangsung Kejohanan Kriket Bawah 12 Tahun MSSD Sepang tahun 2024. SMK Sungai Rawang dan SK Sungai Rawang telah dilantik sebagai pengelola bersama. SKTPP telah menghantar satu pasukan seramai 15 pemain yang cukup berpengalaman bagi menggalas cabaran sekolah di peringkat MSSD Sepang.
Senarai pemain adalah seperti berikut :
Dalam kejohanan ini, SKTPP Rangers diundi bersama SK Kota Warisan, SK Klia dan SK Sungai Rawang. Kesemua perlawanan di menangi oleh SKTPP Rangers dan melayakkan pasukan ke perlawanan separuh akhir. Di perlawanan separuh akhir, SKTPP Rangers turut meraih kemenangan dan bakal bertemu Juara separuh akhir iaitu pasukan dari SK Sungai Rawang yang memenangi perlawanan dengan SK Jenderam. Kecemerlangan pemain menunjukkan bakat dan semangat juang yang tinggi pada perlawanan AKHIR memastikan SKTPP Rangers menang bergaya dan merangkul JOHAN di peringkat MSSD Sepang pada tahun ini.
Lebih membanggakan lagi, seramai 3 pemain dari SKTPP Rangers terpilih sebagai pemain terbaik all rounders, best wicket keeper dan best bowler. Seramai 7 pemain telah terpilih untuk mewakili Sepang ke peringkat MSSS yang dijadualkan berlansung pada 29 Julai - 2 Ogos 2024.
Berikut adalah rangkuman perjalanan pasukan kriket SKTPP Rangers di peringkat MSSD. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat khususnya pihak sekolah yang memberi sokongan padu dan juga para jurulatih serta kelab Sepang Rangers.
Pemain bersedia untuk perlawananJurulatih memberi arahan dan motivasi diluar padang
Pemain terbaik keseluruhan - Putra Arryan Arshad
Pelapis SKTPP Rangers di masa hadapan
Barisan guru pengiring ; Cik Azlinda dan Pn. Norazian
Sesi water break dan rehat
Ketua pasukan bersama dengan pengadil perlawanan
Half century batsman - Adib Nur Ashraf
Best wicket keeper - Shafiq Syahmi
Johan MSSD Sepang !!!!
Majlis penutup kejohanan
Semoga berjumpa lagi di edisi yang akan datang. 1.2.3...ooooo S K T P P!!!
Disediakan oleh ;
Mohd Zulhadi bin Mohd Salleh
Jurulatih Kriket SKTPP
No comments:
Post a Comment