Pages

Friday, October 4, 2024

Majlis Perasmian dan Pelancaran Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024 (Sesi Pagi)

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SKTPP) yang dikenali sebagai Ujana Ilmu merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin keberhasilan pelajar dan kecemerlangan sekolah. Dalam mewujudkan prasarana pusat sumber yang sesuai dengan minat para pelajar untuk mengunjunginya, aktiviti berkaitan dengan pusat sumber harus dirancang dan dijalankan dari semasa ke semasa. Justeru itu, seperti tahun-tahun yang lalu, bulan pusat sumber sentiasa menjadi bulan yang ditunggu-tunggu oleh warga sekolah bagi menyertai pelbagai program dan aktiviti khas sempena Kempen Galakan Membaca dan Galak Guna Pusat Sumber bagi tahun 2024. 

Bertemakan "Classic Fairy Tales" yang sangat sinonim dengan buku cerita kanak-kanak, pasti dapat menarik minat para pelajar dalam membudayakan tabiat membaca dan  secara tidak langsung dapat memperhebatkan lagi pencapaian Program NILAM ke tahap yang lebih baik dan menyeluruh. 

Program ini juga merupakan kolaborasi antara Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Matematik, Panitia Sains, Panitia Bahasa Arab, Panitia Pendidikan Islam, Panitia Pendidikan Muzik dan Panitia Pendidikan Seni. Turut sama berkolaborasi dalam menjayakan program ini ialah pelajar prasekolah serta pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Terbukti bahawa segala ruang dan peluang telah disediakan sama adil kepada semua pelajar tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi agar anak-anak SKTPP mendapat akses kepada pendidikan berkualiti secara optimum. 

Antara objektif lain program ini diadakan adalah sebagai satu medium untuk mempromosikan kempen galakan membaca di sekolah serta wadah menggalakkan penglibatan semua  warga sekolah dalam menyokong dan memantapkan pelaksanaan kempen ini. Selain itu, kemahiran literasi maklumat dalam kalangan  pelajar juga dapat dikukuhkan melalui sifat ingin tahu "curiousity" ketika menyertai aktiviti yang telah dirancang.

Berikut adalah beberapa gambar dan video sorotan sepanjang Majlis Pelancaran dan Perasmian Bulan Pusat Sumber SKTPP ini berlangsung. 


Lampiran buku program
Sila klik pada pautan berikut : https://anyflip.com/lpipe/taig/


Atur cara program sesi pagi


Selepas bacaan surah Yassin di Dewan Perdana, semua murid berkumpul di dalam barisan kelas masing-masing. Para guru pula berkumpul di Laluan Patriotik bagi sesi perarakan guru bersama pentadbir sekolah bertemakan pakaian "Classic Fairy Tales". 


Perarakan masuk barisan pentadbir dan guru dengan
diiringi karakter cerita "Snow White"



Video perarakan masuk


Pentas nan indah hasil idea Cikgu Norsiah dan ahli jawatan kuasa


Barisan pentadbir segak dan menawan 


Barisan guru yang turut serta menjiwai tema
"Classic Fairy Tales"


Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib dan seterusnya gimik perasmian cerita klasik "Snow White" yang terdiri dari murid tahun 4 dan 5 serta ucapan perasmian yang diketuai oleh Encik Mohd Izzuddun bin Yoop (Guru Besar). 


Bacaan doa


Ucapan perasmian oleh En. Mohd Izzuddin


Gimik perasmian cerita klasik "Snow White"


Gimik perasmian oleh guru besar diiringi para pentadbir


Video gimik perasmian
 

Seterusnya, warga sekolah disajikan dengan tayangan video pusat sumber sekolah serta taklimat khas daripada Puan Arnny Yusnita bin Md Enarji selaku Guru Perpustakaan dan Media (GPM). 


Taklimat program daripada Puan Arnny


Sementara itu, warga sekolah amat menanti-nantikan persembahan daripada murid-murid SKTPP, yang mana mereka dari awal melihat pelbagai karakter dan kostum yang dipakai oleh rakan-rakan yang lain. Oleh hal yang demikian, terdapat dua persembahan utama yang akan dipertontonkan dalam majlis perasmian ini iaitu persembahan "Readers Theatre", yang mengetengahkan cerita bertajuk "Little Red Riding Hood" dalam kalangan murid tahun 4 Enggang, 4 Rajawali dan 5 Zircon dan persembahan "Poem Recitation" yang bertajuk "First Time" oleh saudari Aina Zafirah dari kelas 6 Nitrux dan saudari Nur Alya Sofea dari kelas 6 Windows. 

Persembahan "Readers Theatre"


Video persembahan


Persembahan "Poem Recitation"


Video persembahan


Majlis diakhiri dengan sesi bergambar guru-guru di pentas utama Dewan Perdana. Usaha ini diharap dapat mengiatkan kempen galakan membaca sesuai dengan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) yang telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada 13 Disember 2018. Pelaksanaan program serta aktiviti-aktiviti sepanjang minggu pusat sumber ini dapat juga diharap menyumbang kepda peningkatan prestasi NILAM di peringkat sekolah, negeri mahupun kebangsaan. 

Terima kasih.

Laporan disediakan oleh:
Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz
AJK Posting blog
Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024


No comments:

Post a Comment