Pages

Monday, November 4, 2024

Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024 (Sesi Pagi)

 Hari   : Isnin

Tarikh : 4/11/2024

Tempat : Dewan Perdana

Tema   : Classic Fairy Tale


Tanggal 28 Oktober 2023 bersamaan hari Isnin telah berlangsungnya Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber SK Taman Putra Perdana bagi sesi 2024. Majlis ini bertemakan Classic Fairy Tales and Our Sweet Journeys. Setelah selama sebulan berlangsung aktiviti-aktiviti Kempen Galakan Membaca dan Galak Guna Pusat Sumber Sekolah ini, maka pada tarikh 28 Oktober 2024 ini Bulan Pusat Sumber Sekolah telah melabuhkan tirainya. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan sepanjang Bulan Pusat Sumber Sekolah yang mana menggalakkan murid-murid turut serta dengan aktif dalam setiap pertandingan dan aktiviti yang dijalankan. Hal ini menjadikan Bulan Pusat Sumber penuh dengan kemeriahan dan keseronokkan kepada semua warga sekolah terutamanya murid-murid.


Buku Program Majlis Penutupan Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024

Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dengan dimulai dengan ucapan aluan pengacara majlis. Seterusnya, ucapan penutupan Bulan Pusat Sumber Sekolah 2024 oleh Tuan Guru Besar Encik Mohd Izzuddin Bin Yoop. Ucapan ini memberikan penghargaan kepada murid-murid yang menyertai dan memenangi pertandingan serta aktiviti sepanjang Minggu Pusat Sumber. Majlis ini diadakan untuk menyampaikan hadiah kepada semua pemenang yang berajaya dalam setiap aktiviti dan pertandingan yang dijalankan. Tuan Guru Besar juga memberi ucapan tahniah kepada semua guru yang bertungkus lumus melaksanakan segala aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang Minggu Pusat Sumber ini.



Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video aktiviti dan pertandingan sepanjang Bulan Pusat Sumber 2024 yang bertemakan 'Classic Fairy Tales & Our Sweet Journey'. Telah dirakamkan dalam video ini segala aktiviti dan pertandingan yang disertai oleh murid-murid dan guru-guru sepanjang Bulan Pusat Sumber ini. Penuh dengan keceriaan dan keseronokkan di wajah murid-murid ketika menyertai dan serta mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ia merupakan satu pengalaman dan kenangan berharga kepada murid-murid sepanjang Bulan Pusat Sumber 2024 berlangsung ini. Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan meningkatkan lagi penyertaan murid secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Disamping itu, dapat mencungkil bakat dan minat murid-murid serta meningkatkan pengetahuan murid dalam pelaksanaan program-program seperti ini.



Slot yang ditunggu-tunggu oleh semua murid dan guru dalam majlis penutup ini adalah penyampaian hadiah pertandingan terbuka kategori murid, staf dan guru seperti yang berikut:

  • Penyampaian Hadiah Pertandingan Terbuka Kategori Murid :
  1. Hafazan - 'Let's Recite and Retain'
  2. Nyanyian Solo - 'The Nightingale'
  3. Bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 
  4. Melukis Doodles - "Our Beautiful Malaysia'
  5. Literasi Maklumat - 'Right Under My Nose'
  6. Sudut NILAM Terbaik - 'Our Literary Haven'\
  7. Peminjam Buku Terbanyak - 'The Library Patron'
  8. Pengunjung Teraktif Pusat Sumber - 'The Great Explorer'

  •  Penyampaian Hadiah Pertandingan Terbuka Kategori Guru & Staf :
  1. Membina BBM Digital - 'My Secret Recipe'
  2. Swafoto - 'Antara Aku, Buku &....' - 'the Charms'
  3. Pembaca Buku Terbanyak - 'The Wordsmith'
  4. Pengunjung Teraktif Pusat Sumber - 'The Great Wonderer '


Antara gambar-gambar yang dapat dirakamkan ketika penyampaian hadiah adalah seperti berikut :































Disediakan oleh :

Mawaddah Binti Kamarulzaman

No comments:

Post a Comment