Pages

Wednesday, April 23, 2025

MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21

 



Makluman kepada ibu bapa / penjaga murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana
 
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 Tarikh : 26 April 2025 
 Hari    : Sabtu 
 Masa  : 8.30 pagi 
 Tempat : Dewan Perdana SKTPP 

Dijemput tuan/puan ibu bapa / penjaga murid-murid SKTPP untuk hadir sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap kecemerlangan anak-anak SKTPP.

Sepuluh buah basikal hadiah utama cabutan bertuah menanti anda! ayuh, beramai-ramai hadir ke MAT PIBG SKTPP.

Selepas berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-21, Majlis Sambutan Hari Raya PIBG SK Taman Putra Perdana juga turut diadakan. Besarlah harapan kami sekiranya ada kalangan ibu bapa yang berniat untuk menyumbang menu potluck bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya PIBG.

Kehadiran dan sokongan yang tuan/puan berikan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Saturday, April 19, 2025

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KESEMBILAN SESI 2025/2026 (SESI PAGI)

 

Kumpulan Bertugas: B

Minggu: 9

Tarikh: 14/4/2025 hingga 18/4/2025


Senarai Nama Guru Bertugas :

1. Nor Azura binti Mustafa  (K)

2. Roseniza binti Setapa (P)

3. Muhammad Hasif Arham bin Sairozi

4. Nanthini a/p Nadason

5. Nurhayati binti Mohamed Nor

6. Norlida binti Othman

7. Iryani binti Ngataman

8. Ahmad Syahir bin Tohit

9. Daeng Mohd Fikri bin Eyuki

10. Junaidah binti Rus

11. Norli binti Hassan

12. Norinna binti Mohamed

13. Zaleha binti Sitam


Perhimpunan Rasmi Minggu Kesembilan

Hari: Isnin

Masa: 7:30 pagi - 8:00 pagi

Tempat: Dewan Perdana

Tema: Unit Beruniform

Pengacara Majlis (PBSM): Naqia Sofiea binti Sarfraz (6 Zircon)

Pembaca Ikrar: Adelia Irise binti Aziman (6 Turquoise)

Pembaca Doa: Mohammad Aliff Zharfan bin Shahrin (6 Zircon)



Barisan Pentadbir



Guru Bertugas Kumpulan B



Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Cikgu Zairuddin bin Mohamad Kelsom



Ucapan Guru Bertugas Minggu Kesembilan oleh Cikgu Muhammad Hasif Arham bin Sairozi



Murid-murid menulis perkataan L.A.W.A.D ketika perhimpunan


Suasana murid datang dan balik dari sekolah 













Majlis Sambutan Hari Raya SK Taman Putra Perdana

Hari: Jumaat
Tarikh: 18 April 2025
Masa: 9.30 - 11.00 pagi
Tempat: Bilik Darjah SK Taman Putra Perdana

















\



Friday, April 18, 2025

Aktiviti Guru Penyayang : Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025

 Salam Aidilfitri..

Setiap kali menjelang Syawal, semangat hari raya turut terasa di sekolah. Suasana ceria dan meriah menyelubungi warga sekolah apabila sambutan aidilfitri diadakan bersama guru-guru, murid-murid dan AJK PIBG. Sambutan ini bukan sekadar meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi turut menjadi ruang mempererat silaturrahim, menggalakkan sikap hormat-menghormati serta memupuk nilai kasih sayang dan tolong-menolong dalam kalangan komuniti sekolah. Dengan pelbagai aktiviti menarik seperti jamuan raya dan persembahan murid Sambutan Hari Raya tahun ini menjadi kenangan manis buat semua.

Buku Program

Sekitar perjalanan aktiviti Sambutan Hari Raya Aidilfitri sesi pagi dan petang. Terima kasih kepada En Ali Shakran bin Ab Rahman (YDP PIBG) turut bersama-sama menyantuni anak-anak SKTPP.















lagi persembahan boleh ditonton di sini link 1 dan link 2


Semoga sambutan sebegini memberi seribu makna buat murid-murid SKTPP. Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah!!


Friday, April 11, 2025

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi) TAHUN 2025

 Pemerkasaan Pentaksiran Psikometrik yang bermula pada Kalender Akademik 2025/2026 perlu ditadbir oleh pihak sekolah kepada semua murid Tahun 4,5 & 6 (termasuk MBPK). PPsi merupakan salah satu daripada kompenan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di semua sekolah.

Objektif pelaksanaan PPsi adalah untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi personaliti, bakat dan kecenderungan seseorang murid. Selain itu PPsi juga digunakan sebagai alat untuk mengenalpasti tret yang boleh diperkembangkan melalui aktiviti pembelajaran dalam bilik atau luar bilik darjah. Ini adalah selaras dengan hala tuju KPM untuk memastikan sahsiah kemenjadian murid secara holistik dapat diketengahkan.

Berikut jadual pelaksanaan PPsi SK Taman Putra Perdana Tahun 2025



Laporan bergambar sepanjang PPsi Tahun 5 dilaksanakan :








Taklimat ringkas PPsi kepada semua murid Tahun 5 pada 11 April 2025



Murid sedang menjalani Pentaksiran Psikometrik di kelas