Wednesday, April 23, 2025
MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21
Saturday, April 19, 2025
LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KESEMBILAN SESI 2025/2026 (SESI PAGI)
Kumpulan Bertugas: B
Minggu: 9
Tarikh: 14/4/2025 hingga 18/4/2025
Senarai Nama Guru Bertugas :
1. Nor Azura binti Mustafa (K)
2. Roseniza binti Setapa (P)
3. Muhammad Hasif Arham bin Sairozi
4. Nanthini a/p Nadason
5. Nurhayati binti Mohamed Nor
6. Norlida binti Othman
7. Iryani binti Ngataman
8. Ahmad Syahir bin Tohit
9. Daeng Mohd Fikri bin Eyuki
10. Junaidah binti Rus
11. Norli binti Hassan
12. Norinna binti Mohamed
13. Zaleha binti Sitam
Perhimpunan Rasmi Minggu Kesembilan
Hari: Isnin
Masa: 7:30 pagi - 8:00 pagi
Tempat: Dewan Perdana
Tema: Unit Beruniform
Murid-murid menulis perkataan L.A.W.A.D ketika perhimpunan
Majlis Sambutan Hari Raya SK Taman Putra Perdana
Friday, April 18, 2025
Aktiviti Guru Penyayang : Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025
Salam Aidilfitri..
Setiap kali menjelang Syawal, semangat hari raya turut terasa di sekolah. Suasana ceria dan meriah menyelubungi warga sekolah apabila sambutan aidilfitri diadakan bersama guru-guru, murid-murid dan AJK PIBG. Sambutan ini bukan sekadar meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi turut menjadi ruang mempererat silaturrahim, menggalakkan sikap hormat-menghormati serta memupuk nilai kasih sayang dan tolong-menolong dalam kalangan komuniti sekolah. Dengan pelbagai aktiviti menarik seperti jamuan raya dan persembahan murid Sambutan Hari Raya tahun ini menjadi kenangan manis buat semua.
Buku Program |
Sekitar perjalanan aktiviti Sambutan Hari Raya Aidilfitri sesi pagi dan petang. Terima kasih kepada En Ali Shakran bin Ab Rahman (YDP PIBG) turut bersama-sama menyantuni anak-anak SKTPP.
Friday, April 11, 2025
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi) TAHUN 2025
Pemerkasaan Pentaksiran Psikometrik yang bermula pada Kalender Akademik 2025/2026 perlu ditadbir oleh pihak sekolah kepada semua murid Tahun 4,5 & 6 (termasuk MBPK). PPsi merupakan salah satu daripada kompenan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di semua sekolah.
Objektif pelaksanaan PPsi adalah untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi personaliti, bakat dan kecenderungan seseorang murid. Selain itu PPsi juga digunakan sebagai alat untuk mengenalpasti tret yang boleh diperkembangkan melalui aktiviti pembelajaran dalam bilik atau luar bilik darjah. Ini adalah selaras dengan hala tuju KPM untuk memastikan sahsiah kemenjadian murid secara holistik dapat diketengahkan.
Berikut jadual pelaksanaan PPsi SK Taman Putra Perdana Tahun 2025
Laporan bergambar sepanjang PPsi Tahun 5 dilaksanakan :
![]() |
![]() |