Pages

Friday, October 10, 2025

Majlis Perasmian dan Pelancaran Bulan Pusat Sumber Sekolah Tahun 2025 (Sesi Pagi)

Tarikh: 10 Oktober 2025 (Jumaat)

Masa: 8.00 pagi

Tempat: Dewan Perdana

Sasaran: Murid Tahun 4, 5 dan 6

Tema: Flora dan Fauna

Pada 10 Oktober 2025 (Jumaat), telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian dan Pelancaran Bulan Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2025 bertempat di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Izzuddin bin Yoop selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana.

Bulan Pusat Sumber diadakan bertujuan untuk mendedahkan murid tentang wujudnya program membaca yang dilancarkan di seluruh negara sempena Dekad Membaca 2020 - 2030. Selain itu, ianya dapat mempromosi pusat sumber SK Taman Putra Perdana kepada murid dan guru agar SK Taman Putra Perdana untuk mengunjungi dan menggunakan kemudahan yang disediakan dalam melaksanakan aktiviti dan program sekolah.

Antara pengisian menarik sepanjang bulan ini termasuk Pertandingan Melukis Doodles Tahap 2 (Coretan Alam Rimba), Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2 (Madah Nuri Di Rimba) dan macam - macam lagi.

Dikongsikan bersama gambar - gambar sepanjang Majlis Perasmian dan Pelancaran Bulan Pusat Sumber 2025. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga semangat cintakan ilmu dan budaya membaca terus subur dalam kalangan warga sekolah.

Puan Roslinda dan Puan Nurliza selaku pengacara majlis.

Bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman.

Ucapan perasmian daripada Guru Besar SKTPP iaitu Encik Izzuddin bin Yoop.

Guru Besar merasmikan Bulan Pusat Sumber dengan memotong reben pada gegantung PSS sebagai gimik perasmian.

Pengacara majlis bersama dengan Guru Perpustakaan dan media (Puan Arnny Yusnita).

Barisan guru - guru bersama Pentadbir.

Hiasan pentas yang sangat kreatif daripada AJK Pentas.

Murid - murid sesi pagi SKTPP.


Pihak sekolah berharap agar program yang dianjurkan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua murid dan guru - guru. Semoga segala pengisian yang dirancang dapat memberi manfaat serta menyemai semangat cintakan ilmu dalam kalangan murid. Sekian, terima kasih.








No comments:

Post a Comment