Pages

Thursday, December 4, 2025

TEAM BUILDING KKGK

 PROGRAM TEAM BUILDING KKGK 2025

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. 

Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah melaksanakan aktiviti Team Building Siri 1 2025. Program ini telah dilaksanakan seperti ketetapan yang berikut : 


📅 25 & 26 Oktober 2025 (Sabtu & Ahad)

📍KSCC (Kuala Selangor Cabin Camp) 


Program yang julung kali diadadakan sepanjang 2 hari 1 malam ini telah disertai seramai 71 orang anggota guru dan AKP. Ia merupakan salah satu gerak kerjadan usaha ahli KKGK dalam membantu meningkatkan semangat kerjasama serta pengurusan konflik yang lebih baik. 

 

Pada hari pertama, aktiviti dimulakan dengan aktiviti ice breaking yang melibatkan pembahagian kumpulan secara rawak. Setiap kumpulan telah dibahagikan secara sama rata dari segi jumlah ahli kumpulan dan pelbagai lapisan umur. Setiap kumpulan perlu memilih nama kumpulan berdasarkan  membuat t Semasa sesi ini juga para peserta melalui aktiviti untuk merapatkan lagi hubungan sesama rakan sekerja. 


.
Rombongan guru-guru menaiki bas ke KSCC dari SK Taman Putra Perdana

Aktiviti Ice Breaking
Aktiviti Ice Breaking

Selepas sesi ice breaking dilaksanakan, para peserta melaksanakan solat fardhu Asar secara berjemaah di dewan yang disediakan. Kemudian, mengikut kumpulan masing-masing, peserta dibahagikan ke tempat-tempat yang telah ditetapkan. Antaranya ialah aktiviti memanah, obstacle dan yoyo cart. Setiap kumpulan yang memperoleh markah akan direkod untuk menentukan kumpulan pemenang. Setelah kesemua kumpulan lengkap menjalani aktiviti yang disediakan, mereka bersama-sama menikmati juadah makan malam yang telah disediakan oleh pihak KSCC. 

Aktiviti Obstacles

Setelah bersuka ria dengan aktiviti sukan yang ternyata menghasilkan hormon dopamin di petang hari, kesemua peserta pulang ke kabin masing-masing dan membersihkan diri untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Aktiviti malam dimulakan dengan sesi LADAP Jawi bersama Puan Siti Rohayu binti Mario, Munsyi Dewan (Jawi) Dewan Bahasa dan Pustaka. Selepas itu, semua peserta bersama-sama menyediakan dan menikmati juadah makanan aktiviti BBQ.

LADAP Jawi & Aktiviti BBQ

Keesokan harinya, para peserta memulakan hari mereka dengan slot qiamullail secara berjemaah pada jam 5.30 pagi dan disusuli solat fardhu subuh berjemaah serta tazkirah ringkas. Kemudian, aktiviti membina menara dijalankan. Antara aktiviti lain pada hari kedua ialah aktiviti sukaneka, Kembara Alam dan Master Chef. 


Aktiviti Sukaneka, Kembara Alam dan Master Chef

Di akhir slot Master Chef, para peserta diberikan sedikit taklimat mengenai perjalanan penutupan. Peserta kemudian pulang ke kabin masing-masing untuk mengemas barang dan bersiap untuk majlis penutupan. Pada majlis penutupan, kumpulan yang memperoleh markah tertinggi diumumkan dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama. 


No comments:

Post a Comment