Pages

Monday, June 4, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-22 (Sesi Pagi)

Hari      :  Isnin
Tarikh   :  4 Jun 2018
Masa    :  7.30 ~ 8.30 pagi
Tempat :  Tapak Perhimpunan

Guru bertugas :
Puan Astina binti Mahad Nor (K)
Puan Nor Sakila binti Mohamad (P)
Puan Nurul Iman binti Illyas
Encik Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
Puan Musaliha binti Mustafa
Encik Mohd Izwan bin Jowahar
Puan Nurul Izziani binti Mohd Latifi
Puan Parimala a/p Vengadaslam
Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan

Laporan Perhimpunan  :

Perhimpunan dimulai dengan nyanyian empat rangkaian lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Aku Negaraku serta bacaan doa.

Perhimpunan dikendali oleh murid dari unit beruniform Pasukan Pengakap Sekolah. Pasukan ini dilatih oleh Ustaz Mustafid.




Laporan guru bertugas minggu ke-21 oleh Ustaz Zubair.

Ustaz Zubair memberi laporan selaku guru bertugas minggu lepas. Beliau mengucapkan tahniah kepada murid-murid kerana berjaya menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018 fengan jayanya.  Beliau menegur murid yang telah melanggar disiplin sekolah kerana hadir lewat ke sekolah dan berharap murid dapat menguruskan masa dengan lebih baik. Selain itu, beliau mengingatkan bahawa pada minggu ke-22 murid pulang awal iaitu pada pukul 12.50 tengah hari pada hari Isnin - Khamis ikut jadual bulan puasa.

Ucapan guru bertugas oleh Puan Parimala a/p Vengadaslam


Puan Parimala  memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ke-22.
Antara barisan guru bertugas minggu keenam...


Tema pada minggu ini adalah Faedah Bersukan. Faedah bersukan adalah;
a. Dapat menyihatkan badan.
b. Tubuh badan cergas, menjadikan otak cerdas.
c. Memupuk sikap bekerjasana apabila bermain di dalam kumpulan.
Beliau turut  mengingatkan agar murid bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Selain itu, murid yang tidak sihat dan menghadapi masalah boleh berjumpa dengan guru bertugas mingguan.

Ucapan  Bulan Dakwah oleh Ustazah Mawadah


 Ustazah Mawadah memaklumkan tentang Bulan Dakwah yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan.
 Matlamat Bulan Dakwah supaya menjadi muslim yang lebih baik dan soleh. Salah satu daripada program Jom Dakwah ini ialah Kempen "Jom Tutup Aurat". Beliau mengingatkan murid supaya menutup aurat dengan sempurna iaitu, bagi perempuan seluruh anggota badan wajib ditutup kecuali muka dan tapak tangan. Manakala bagi lelaki adalah dari pusat ke lutut.
Selain itu, perlu memakai pakaian yang bersih, sopan dan sesuai dengan seorang muslim serta tidak menyerupai jantina yang berlainan.
Seterusnya Guru Besar, Puan Rohaidah bt. Mohd Ali menyempurnakan gimik kempen menutup aurat dengan menyampaikan poster panduan menutup aurat kepada wakil Ketua Kelas Tahun 4, 5 dan 6;



Puan Arnny Yusnita selaku Guru Media


Beliau memaklumkan bahawa kempen sifar sampah di Ujana Ilmu berjaya dilaksanakan. Beliau turut mengingatkan murid-murid supaya menjaga perlakuan dan tidak bermain di Pusat Sumber (Ujana Ilmu).
Selain itu, beliau mengingatkan supaya murid menghantar buku, membayar hutang dan menggantikan buku yang hilang. Beliau turut menggalakkan murid menjaga Sudut Nilam di dalam kelas.

Ucapan Pentadbir oleh Encik Shahrizal  (PK Koko)


Beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan sekolah, semua guru, jurulatih dan murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan sebelum ini.

Di samping itu, beliau turut menggalakkan murid untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Beliau  turut mengingatkan murid-murid untuk berhati-hati  mengunakan kemudahan dan infrastruktur di sekolah dengan baik dan cermat. Jika rosak akan menyebabkan pembaziran.

Beliau turut mengingatkan bahawa pada 8 Jun ada sesi bersalaman dan bermaafan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sekolah akan dijalankan satu sesi sahaja.

Pengumuman

Pada 9 Jun hingga 24 Jun 2018 merupakan Cuti Pertengahan Tahun, murid diingatkan agar menjaga diri dan semoga bertemu kembali.

Disediakan oleh : Nurul Iziani bt Mohd Latifi 

No comments:

Post a Comment