Pages

Monday, June 4, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-22 (Sesi Petang)

Tarikh: 4 Jun 2018
Hari: Isnin
Masa: 1.20- 1.40 Petang
Tempat: Dewan Perdana
Pengacara Majlis: Pn Ummu Athiah Bt Hashim


Guru Bertugas :

En Rusmami Bin Rusli
Pn Salina Bt Mohd Tasu
Pn Ummu Athiah Bt Hashim
Pn Nor Rafini Bt Othman
Pn Nor Azian Bt Ahmad
Pn Shurhama Bt Ahmad
Pn Ranjiny A/P Rajah

Laporan/ Ulasan


  1. Perhimpunan sesi petang dimulakan dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku yang dipimpin oleh Pn Salmi Bt Amir.
  2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, bacaan Ikrar Rukun Negara, Ikrar Keselamatan Jalan Raya dan Ikrar Murid.

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-21

  • Pn Tuan Norain mengingatkan murid agar sentiasa membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
  • Murid-murid juga perlulah menghormati kawan-kawan yang berpuasa terutama pada waktu rehat.
  • Semasa waktu rehat murid hendaklah menjaga displin seperti jangan berlari dan kejar-mengejar antara satu sama lain.

Tema Minggu Ini

Faedah Bersukan

  • Bersukan dapat menyihatkan tubuh badan kerana dengan bersukan dapat mengeluarkan peluh. Kegiatan ini seperti mengayuh basikal dan bermain badminton.
  • Seterusnya bersukan juga dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan tidak mengira umur, bangsa ataupun agama.
  • Bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.
  • Selain itu, bersukan dapat mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah mahupun negeri.
Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Bacaan Ikrar Rukun Negara

Disediakan oleh:

Rusmami Bin Rusli

No comments:

Post a Comment